Fifty deaths in three days is exceedingly and unacceptably high – when is Khairy going to address the high Covid-19 mortality rate in Malaysia?


(Versi BM)

Malaysia has chalked up 50 Covid-19 deaths in the last three days – 11 deaths yesterday, 15 deaths on Saturday and 24 on Friday.

Fifty Covid-19 deaths in three days is exceedingly and unacceptably high – when is the Heath Minister, Khairy Jamaluddin going to address the high Covid-19 mortality rate in Malaysia?

The cumulative total of Covid-19 deaths in Malaysia is now 32,125 – as compared to Japan’s 20,202 deaths, Pakistan’s 29,772 deaths, Bangladesh’s 28,819 deaths, China’s 4,638 deaths, South Korea’s 7,081 deaths, Singapore’s 897 deaths and Taiwan’s 851 deaths.

Malaysia has the highest number of deaths per capita in the Asean and East Asian regions with 972 deaths per one million population, and fourth-worst in Asia after Iran, Lebanon and Jordan – all in the Middle East.

Johor has become the top state in Malaysia in the last fortnight with the most Covid-19 deaths – recording 27 deaths as compared to Perak’s 25 deaths and Sabah’s 24 deaths, the second and third states with the most number of deaths in the past fortnight.

Malaysia is facing an Omicron wave, as Saturday’s 22,802 new Covid-19 cases, bringing the cumulative infections of over three million mark, is the fourth highest daily new Covid-19 infection throughout the two-year Covid-19 pandemic. Yesterday, we were still in five-digit numbers with 21,072 cases.

We are in line to set a new peak of daily new Covid-19 cases with the present peak of 24,599 cases set on August 26, 2021.

Last year, US-based Cardiologist Afshine Emrani in a tweet claimed that Omicron was nothing more than a seasonal cold virus.

He tweeted: “It is attenuated. Almost no hospitalisations. No critical patients. No oxygenation. No intubation. Everyone will be exposed and will get it. Mass herd immunity. Totally replaces Delta. Within 8-12 weeks, the world will be ‘vaccinated’. Why the panic? It could’ve been a lot worse. Show gratitude to nature for finally eliminating a manmade, lab-leaked nasty virus! We are blessed.”

Afshine went on to claim that the United States will report two million positive cases a day for weeks, after which the “numbers will drop dramatically”.

But Afshine has been proved wrong and no country has reported two million Omicron cases. The most the United States has recorded is 903,620 cases on 13th January 2022, which has come down to 31,652 cases yesterday. The United States reached its Delta peak of 308,320 cases on January 8, 2021 – with the Omicron daily peak almost three times the Delta daily peak.

The Delta peak in United Kingdom was 71,285 new daily cases on 8.1.2021 while the Omicron peak was 229,622 daily new cases on 4.1.2022 – an Omicron daily peak increase by 3.2 times. Yesterday, United Kingdom recorded 41,270 daily new Covid-19 cases.

As Germany seems to confirm that the Omicron daily peak is about three times that of the Delta daily peak, are we looking at a daily peak of about 75,000 cases for Malaysia?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday 14th February 2022)


Lima puluh kematian dalam tiga hari adalah sangat tinggi dan tidak boleh diterima – bilakah Khairy akan menangani kadar kematian Covid-19 yang tinggi di Malaysia?

Malaysia telah mencatatkan 50 kematian akibat Covid-19 dalam tiga hari yang lepas – 11 kematian semalam, 15 kematian pada hari Sabtu dan 24 kematian pada hari Jumaat.

Lima puluh kematian Covid-19 dalam tiga hari adalah sangat tinggi dan tidak boleh diterima – bilakah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan menangani kadar kematian Covid-19 yang tinggi di Malaysia?

Jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia kini ialah 32,125 – berbanding Jepun yang mencatatkan 20,202 kematian, Pakistan dengan 29,772 kematian, Bangladesh 28,819 kematian, China 4,638 kematian, Korea Selatan 7,081 kematian, Singapura 897 kematian, dan Taiwan dengan 851 kematian.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 972 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Johor telah menjadi negeri teratas di Malaysia dalam dua minggu terakhir dengan jumlah tertinggi kematian akibat Covid-19 – mencatatkan 27 kematian berbanding Perak 25 dengan kematian dan Sabah 24 dengan kematian, negeri kedua dan ketiga dengan jumlah kematian terbanyak dalam dua minggu lalu.

Malaysia sedang menghadapi gelombang Omicron, dengan 22,802 kes pada hari Sabtu lepas – yang membawa jumlah kes jangkitan terkumpul dalam negara melepasi paras tiga juta kes – merupakan angka keempat tertinggi dalam dua tahun negara kita berhadapan dengan pandemik ini. Semalam, kita masih berada dalam julat lima angka dengan 21,072 kes.

Kita kini dijangkakan akan mencatatkan kemuncak baharu kes harian, mengatasi kemuncak 24,599 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos 2021 sebelum ini.

Tahun lepas, Pakar Kardiologi yang berpangkalan di AS, Afshine Emrani dalam tweet mendakwa bahawa Omicron ini tidak lebih daripada virus selsema bermusim.

Beliau menulis: “Ia dilemahkan. Hampir tiada kemasukan ke hospital. Tiada pesakit kritikal. Tiada pengoksigenan. Tiada intubasi. Semua orang akan terdedah dan akan mendapatnya. Imuniti kumpulan besar-besaran. Menggantikan Delta sepenuhnya. Dalam masa 8-12 minggu, dunia akan ‘divaksin’. Kenapa panik? Ia boleh menjadi lebih teruk. Tunjukkan rasa terima kasih kepada alam semula jadi kerana akhirnya menghapuskan virus jahat buatan manusia yang dibocorkan dari makmal! Kita diberkati.”

Afshine terus mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan melaporkan dua juta kes positif sehari selama beberapa minggu, selepas itu “angka akan menurun secara mendadak”.

Tetapi Afshine telah terbukti salah dan tidak ada negara yang melaporkan dua juta kes Omicron. Amerika Syarikat mencatatkan paling banyak kes setakat 903,620 kes pada 13 Januari 2022, yang telah turun kepada 31,652 kes semalam. Amerika Syarikat mencapai kemuncak penularan Delta dengan 308,320 kes pada 8 Januari 2021 – dengan kemuncak penularan Omicron hampir tiga kali ganda kemuncak kes harian Delta.

Kemuncak penularan Delta di United Kingdom ialah 71,285 kes harian baharu pada 8.1.2021 manakala puncak Omicron ialah 229,622 kes baharu harian pada 4.1.2022 – peningkatan puncak harian Omicron sebanyak 3.2 kali ganda. Semalam, United Kingdom merekodkan 41,270 kes baharu Covid-19 setiap hari.

Memandangkan Jerman nampaknya mengesahkan bahawa kemuncak kes harian Omicron adalah kira-kira tiga kali ganda daripada puncak harian Delta, adakah kita melihat kemuncak harian dengan 75,000 kes untuk Malaysia?

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 14 Februari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.