When I asked yesterday who will be UMNO’s Prime Minister-designate after the 15th General Election, I was accused of being too obsessed with Najib Razak.
I was not.
The political comeback of a convicted criminal for corruption as the 10th or 11th Prime Minister would have serious implications for the future of Malaysia.
In four decades, when Malaysia gets ready to celebrate its Centennial in 2063, many of the burning questions today would have faded into the mists of history.
But one question which will stand out as the leading question of the day in four decades’ time, and which should be the concern of all Malaysians today, is whether Malaysia could buck up as an united plural society to reverse the national decline of the past half-century, losing out to one nation after another – Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam – to fulfil Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s Merdeka and Malaysia’s aspiration to be “a haven of peace, harmony and happiness” and “a beacon of light in a difficult and distracted world”.
Whether Malaysia will be a kleptocracy, kakistocracy and a failed state when we celebrate our Centennial in 2063 will be decided by Malaysians now, particularly in the 15th General Election and its rehearsal in the Johore state general election as to whether the national decline of the past half-a-century would continue in the coming decades.
Next Tuesday will be Tunku Abdul Rahman’s 119th birthday anniversary. I have the privilege to share Tunku’s aspiration in the last decade of his life.
Has his aspiration for national unity and inter-racial and inter-religious harmony become an impossible dream?
It is a sad commentary on the nation-building process that after six decades, many Malaysians still think of themselves as Malays, Chinese, Indians, Kadazans and Ibans first instead of as Malaysian first and it was so easy to spark inter-racial or inter-religious suspicion, distrust and hatred.
We have veered away from our founding fathers on the question of ethics and integrity.
There was no question about the commitment of the first three Prime Ministers of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn in the battle to fight corruption but today Malaysia is struggling to have a clear break from kleptocracy and no help is coming from the party of Tunku, Razak and Hussein.
If a convicted criminal of corruption could succeed in a political come-back to become the 10th or 11th Prime Minister Malaysia, then the vision of Tunku Abdul Rahman for Malaysia to be “a haven of peace, harmony and happiness” and “a beacon of light in a difficult and distracted world” have become an impossible dream.
The 15th GE must signify the continuation of the 14th GE aspiration of Malaysians for institutional reform to restore the dream of the nation’s founding fathers for Malaysia to be world-class great nation
As a Johorean, I want to see the forthcoming Johore state general election to be the start of the process to reverse the national decline of last half a century from a nearly an economic “tiger” to the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.
This is the Johore Dream.
We must make the Johore Dream the Malaysian Dream to restore strong institutions by upholding the Rukun Negara principles of constitutional monarchy, vibrant parliamentary democracy, doctrine of separation of powers, the rule of law, a free press, respect for human rights and the multi-racial, multi-lingual, multi-cultural and multi-religious character of Malaysia, least corruption and an accountable public service with integrity and efficiency.
If a convicted criminal of corruption could make a political comeback to become the nation’s 10th or 11th Prime Minister, then it means that the second effort to save Malaysia from becoming a kleptocracy, kakistocracy and a failed state has failed.
The first Save Malaysia effort was sabotaged after 22 months by the Sheraton Move conspiracy, which ushered in two backdoor and illegitimate governments.
We must not falter and surrender to the Sheraton Move conspiracy and patriotically mount a second Save Malaysia campaign.
Let us start this second Save Malaysia campaign in the Johore state general election.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 3rd February 2022)
Apakah implikasi kedatangan semula seorang penjenayah tersabit bersalah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11?
Apabila saya bertanya semalam siapa yang akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15, saya dituduh terlalu taksub dengan Najib Razak.
Saya tidak obses dengan beliau.
Kemunculan semula politik seorang penjenayah yang disabitkan kesalahan rasuah sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11 akan memberi implikasi serius kepada masa depan Malaysia.
Dalam empat dekad, apabila Malaysia bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan negara pada tahun 2063, banyak persoalan yang membara hari ini akan sudah hilang ke dalam kabus sejarah.
Tetapi satu persoalan yang akan menonjol sebagai persoalan utama hari ini dalam masa empat dekad, dan yang harus menjadi kebimbangan semua rakyat Malaysia hari ini, adalah sama ada Malaysia boleh bangkit sebagai masyarakat majmuk yang bersatu untuk memulihkan kemerosotan negara dalam setengah abad yang lepas, kalah kepada satu demi satu negara – Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam – untuk memenuhi Aspirasi Merdeka dan Aspirasi Malaysia Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman untuk menjadi “tempat selamat penuh keamanan, keharmonian dan kebahagiaan” dan “suar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.
Sama ada Malaysia akan menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal apabila kita merayakan Seratus Tahun kita pada 2063 akan diputuskan oleh rakyat Malaysia sekarang, khususnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan dalam pilihan raya negeri Johor sama ada kemerosotan nasional setengah abad yang lepas akan berterusan dalam dekad yang akan datang.
Selasa depan akan adalah hari ulang tahun ke-119 Tunku Abdul Rahman. Saya berpeluang untuk berkongsi aspirasi Tunku dalam dekad terakhir hidupnya.
Adakah aspirasinya untuk perpaduan negara dan keharmonian antara kaum dan agama menjadi impian yang mustahil?
Ia adalah ulasan yang menyedihkan mengenai proses pembinaan negara bahawa selepas enam dekad, ramai rakyat Malaysia masih menganggap diri mereka sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban terlebih dahulu dan bukannya sebagai rakyat Malaysia dahulu dan masih mudah untuk tercetusnya syak wasangka dan kebencian antara kaum dan agama di dalam negara,
Kita juga telah terpesong jauh daripada etika dan integriti yang ditunjukkan oleh bapa penubuhan negara yang terdahulu.
Tiada persoalan mengenai komitmen tiga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn dalam perjuangan memerangi rasuah tetapi hari ini Malaysia sedang bergelut untuk melepaskan diri daripada kleptokrasi dan tiada bantuan datang daripada parti Tunku, Razak dan Hussein.
Jika penjenayah rasuah yang disabitkan bersalah boleh berjaya untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11, maka visi Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “syurga keamanan, keharmonian dan kebahagiaan” dan “suar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” telah menjadi mimpi yang mustahil.
PRU ke-15 perlu menandakan kesinambungan aspirasi PRU ke-14 rakyat Malaysia untuk reformasi institusi bagi memulihkan impian bapa pengasas negara untuk Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia
Sebagai rakyat Johor, saya mahu melihat pilihan raya umum negeri Johor yang akan datang sebagai permulaan proses untuk menghentikan kemerosotan negara dalam setengah abad yang lepas daripada hampir menjadi “harimau” ekonomi kepada trajektori kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal.
Inilah Impian Johor.
Kita mesti jadikan Impian Johor juga Impian Malaysia, untuk mengembalikan institusi yang kuat berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menegakkan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen yang segar, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, akhbar yang bebas, kehormatan terhadap hak asasi manusia, sifat masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya Malaysia, tanpa rasuah dan dengan perkhidmatan awam yang bertanggungjawab, berintegriti, dan berkesan.
Jika penjenayah rasuah yang disabitkan kesalahan boleh membuat kemunculan semula politik untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 atau ke-11 negara, maka perkara ini bermakna usaha kedua untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal telah pun gagal.
Usaha pertama untuk menyelamatkan Malaysia telah disabotaj selepas 22 bulan melalui konspirasi Langkah Sheraton, yang membawa masuk dua kerajaan pintu belakang yang tidak sah.
Kita tidak boleh goyah dan menyerah kalah dengan konspirasi Langkah Sheraton ini, sebaliknya kita perlu memulakan usaha kedua untuk Menyelamatkan Malaysia.
Marilah kita mulakan kempen Selamatkan Malaysia ini dengan Pilihan Raya Negeri Johor.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 3 Februari 2022)