Johore voters must be clear about the direction of their future as there may be 280 to 300 candidates vying for election in the Johore state general election


(Versi BM)

The Johore voters must be clear about the direction of their future as there may be 280 to 300 candidates vying for election in the Johore state general election.

In Sabah general election in September 2020, there were 447 candidates vying for 73 state assembly seats in Sabah or a ratio of 6.1 candidates to one seat.

In the Malacca state general election in November 2021, 112 candidates vied for 29 state assembly seats in Malacca or a ratio of four candidates to one seat.

In the Sarawak state general election in December 2021, 349 candidates vied for 82 seats for Sarawak or a ratio of 4.3 candidates to one seat.

Malaysia is in the most chaotic and confused political state, and many think this is time for them to time for them to act and for soldiers of fortune to believe they have an opportunity to strike gold.

In the Sabah general election, a total of 275 out of the 447 candidates or 61.5% who contested in the Sabah State Election lost their deposits after failing to garner the requisite one eighth or 12.5 percent of the total votes counted.

In the Malacca general election, a total of 33 of the 112 candidates or 29.5% of the candidates in the Melaka state election lost their deposits, including all the 22 independent candidates.

In Sarawak, a total of 169 of the 349 candidates or 47.1% of the candidates in the Sarawak state general elections lost their deposits.

Many political parties have been formed or expanded recently but how many of them are by people of intense beliefs and ideals, and who are prepared to but national and state vision above personal interests?

Time will tell but I believe that “political frogs” and “political poachers” do not belong to those who are prepared to put national interest above self-interests and do not belong to those with intense beliefs and ideals and vision.

Maximum efforts must be made to cut down the number of candidates in the Johore state general election so that the choice before the voters of Johore is clear, as there is no purpose to be like political parties which fielded double-digit number of candidates but lose deposits on all their candidates or fielded over seventy candidates but over 90 per cent of its candidates lost their deposits.

UMNO appears to be supremely confident that it will win big in the Johore state general election, and even win with two-thirds State Assembly majority – but that is exactly what the former UMNO Prime Minister Najib Razak thought Barisan Nasional would win even on the evening of the 14th General Election Polling Day on May 9, 2018 when he had actually lost power.

It is obvious that the UMNO “Court Cluster” wants the Johore state general election to be a rehearsal of early 15th General Election possibly in the first half of 2022, but will Malaysians see the return of the kleptocrats to the reins of power and a convicted criminal on corruption as the 10th or 11th Prime Minister of Malaysia?

(Media Statement (2) DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 26th January 2022)


Pengundi di Johor perlu mempunyai hala tuju masa hadapan yang jelas memandangkan mereka mungkin berhadapan dengan 280 ke 300 orang calon dalam PRN Johor

Pengundi di Johor perlu mempunyai hala tuju masa hadapan yang jelas memandangkan mereka mungkin berhadapan dengan 280 ke 300 orang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam PRN Sabah pada September 2020, terdapat 447 orang calon yang bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah, dengan nisbah 6.1 calon per kerusi.

Dalam PRN Melaka pada bulan November 2021, 112 orang calon bertanding untuk 29 kerusi Dewan Undangan Negeri, nisbah empat orang calon per kerusi.

Manakala dalam PRN Sarawak pada bulan Disember 2021, 349 calon bertanding untuk 82 kerusi atau nisbah 4.3 calon kepada satu kerusi.

Malaysia berada dalam keadaan politik yang paling huru-hara dan bercelaru, dan ramai beranggapan inilah masanya untuk mereka meluangkan masa untuk mereka bertindak dan askar-askar nasib percaya mereka mempunyai peluang untuk meraih emas.

Pada pilihan raya umum Sabah, seramai 275 daripada 447 calon atau 61.5% yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus daripada jumlah undi yang dikira.

Pada pilihan raya umum Melaka, seramai 33 daripada 112 calon atau 29.5% daripada calon dalam pilihan raya negeri Melaka kehilangan wang deposit termasuk kesemua 22 calon bebas.

Di Sarawak, sebanyak 169 daripada 349 calon atau 47.1% daripada calon dalam pilihan raya umum negeri Sarawak kehilangan wang deposit.

Banyak parti politik telah ditubuhkan atau diperluaskan baru-baru ini tetapi berapa banyak yang terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai kepercayaan dan idea, yang bersedia untuk meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi sendiri.

Hanya masa yang akan menunjukkannya, tetapi saya percaya yang “katak politik” dan “pemburu politik” tidak tergolong dalam kalangan mereka yang bersedia untuk meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi dan tidak tergolong dalam mereka yang mempunyai prinsip dan visi untuk negara.

Usaha maksima diperlukan untuk mengurangkan jumlah calon dalam PRN Johor ini supaya senarai yang diberikan kepada para pengundi di Johor ini jelas. Tidak ada gunanya untuk parti-parti politik mencalonkan terlalu ramai calon dan kemudiannya kehilangan deposit atau mencalonkan tujuh puluh calon dengan 90 peratus calon kehilangan deposit.

UMNO nampaknya amat yakin bahawa ia akan menang besar dalam pilihan raya negeri Johor, malah mungkin menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri – tetapi itulah juga jangkaan bekas Perdana Menteri UMNO Najib Razak yang Barisan Nasional akan menang sehinggalah malam pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei 2018 di mana Barisan Nasional akhirnya dikalahkan.

Jelas sekali bahawa “Kluster Mahkamah” UMNO mahukan pilihan raya umum negeri Johor menjadi latihan awal Pilihan Raya Umum ke-15 yang mungkin diadakan pada separuh pertama tahun 2022, tetapi adakah rakyat Malaysia akan menyaksikan kedatangan semula golongan kleptokrat ke tampuk kuasa dan penjenayah yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 atau ke-11?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 26 Januari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.