Last chance for Ismail Sabri to salvage his premiership – get his Cabinet on Wednesday to decide to terminate Azam’s appointment as MACC Chief Commissioner if Azam is not prepared to appear before the PSSC on Agencies in the Prime Minister’s Department to clear his conflict-of-interest allegations


(Versi BM)

Ismail Sabri has a last chance to salvage his premiership from becoming a kakistocracy.

On Wednesday, he must get his Cabinet to decide to terminate the appointment of Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner, Azam Baki, if Azam is not prepared to appear before the Parliamentary Special Select Committee (PSCC) on Agencies in the Prime Minister’s Department to clear his conflict-of-interest allegations.

He should also ask the Cabinet to decide to convene a Special Parliament on 21st January to restore public confidence in the government’s anti-corruption programme and to receive, debate and decide on the report of the PSCC on Agencies in the Prime Minister’s Department on Azam-gate.

The Cabinet should decide on two days of Special Parliament – on January 20 on the floods disaster and on January 21 on the Azam-gate, two major issues which started the New Year of 2022 with the question whether Malaysia has degenerated into a kakistocracy.

The Cabinet should take a further decision that henceforth, the appointment of MACC Chief Commissioner will be considered and evaluated by the bi-partisan PSCC on Agencies in the Prime Minister’s Department in accordance with the Cabinet decisions of August 13, 2018 and July 31, 2019.

Malaysia suffered two infamies – becoming “kleptocracy at its worst” in the world as a result of the 1MDB scandal and a convicted criminal for corruption opening an international conference. Let us not suffer a third infamy where the MACC chief loses all public confidence in his integrity and probity.

It is sad and tragic that instead of strengthening the national integrity system in Malaysia, the MACC Chief Commissioner has plunged the country into the worst crisis of confidence in the anti-corruption agency in the nation’s history, contributed in no small measure by the MACC Anti-Corruption Advisory Board (ACAB) members not realising their statutory powers and responsibilities, the ACAB Chairman unilaterally speaking on behalf of the other six ACAB members when he was merely expressing his personal opinion and the ill-advised joint statement by the three MACC deputy commissioners declaring their support for Azam and dismissing the conflict-of-interest allegations as “politics of revenge” to discredit MACC’s image and credibility.

The question is whether the Prime Minister and the Cabinet can salvage their integrity and credibility on Wednesday to demonstrate that they have not degenerated to become a kakistocracy.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 10th January 2022)


Peluang terakhir untuk Ismail Sabri menyelamatkan reputasinya – dapatkan persetujuan Kabinet pada Rabu ini untuk menamatkan perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM jika Azam tidak bersedia untuk hadir memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk menjawab persoalan mengenai konflik kepentingan yang membabitkan dirinya

Ismail Sabri mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan reputasinya sebagai Perdana Menteri daripada terus mereput menjadi sebuah kakistokrasi.

Pada hari Rabu, beliau perlu mendapatkan persetujuan Kabinet untuk menamatkan perkhidmatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya Azam tidak bersedia untuk untuk hadir memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab persoalan mengenai konflik kepentingan yang membabitkan dirinya.

Beliau juga perlu meminta Jemaah Menteri untuk memutuskan sama ada untuk mengadakan sidang Parlimen Khas pada 21 Januari untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap program pencegahan rasuah kerajaan dan menerima, membahaskan dan memutuskan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengenai skandal Azam.

Kabinet harus memutuskan untuk mengadakan sidang khas Parlimen selama dua hari – pada 20 Januari mengenai bencana banjir dan pada 21 Januari mengenai skandal membabitkan Azam, dua isu utama yang memulakan Tahun Baru 2022 dengan persoalan sama ada Malaysia telah merosot menjadi kakistokrasi.

Kabinet perlu membuat keputusan selanjutnya bahawa pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan dipertimbangkan dan dinilai oleh PSC mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri secara dwipartisan selaras dengan keputusan Kabinet pada 13 Ogos 2018 dan 31 Julai 2019.

Malaysia mengalami dua masalah – menjadi “kleptokrasi paling teruk” di dunia akibat skandal 1MDB dengan penjenayah yang disabitkan kesalahan rasuah dijemput untuk merasmikan persidangan antarabangsa. Usahlah kita menanggung derita yang ketiga di mana ketua SPRM hilang semua keyakinan orang ramai terhadap integriti dan kejujuran.

Amat menyedihkan dan tragis bahawa daripada mengukuhkan sistem integriti nasional di Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menjerumuskan negara ke dalam krisis keyakinan terburuk terhadap agensi pencegah rasuah dalam sejarah negara, yang disumbangkan tidak sedikit oleh Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang tidak menyedari kuasa dan tanggungjawab berkanun mereka, Pengerusi LPPR secara sepihak bercakap bagi pihak enam ahli LPPR yang lain sedangkan beliau hanya menyatakan pendapat peribadinya dan kenyataan bersama tiga timbalan pesuruhjaya SPRM yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada Azam dan menolak dakwaan konflik kepentingan sebagai “politik membalas dendam” untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

Persoalannya adalah sama ada Perdana Menteri dan Kabinet boleh menyelamatkan integriti dan kredibiliti mereka pada Rabu untuk menunjukkan bahawa mereka tidak akan membiarkan Malaysia terjerumus menjadi kakistokrasi.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 10 Januari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.