MACC’s Anti-Corruption Advisory Board acted ultra vires in clearing MACC Chief Commissioner Azam Baki of conflict-of-interest allegation when it has no power to do so under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009


(Versi BM)

The Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) Anti-Corruption Advisory Board acted ultra vires in clearing the MACC Chief Commissioner Azam Baki of conflict-of-interest allegation when the Board has no power to do so under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009.

Section 13 of the MACC Act 2009 stipulates six functions of the of the MACC Anti-Corruption Advisory Board and none of them gives it power to clear the MACC Chief Commissioner of conflict-of-interest allegations.

The six functions of then MACC Anti-Corruption Advisory Board are:

(a) to advise the Commission on any aspect of the corruption problem in Malaysia;

(b) to advise the Commission on policies and strategies of the Commission in its efforts to eradicate corruption;

(c) to receive, scrutinise and endorse proposals from the Commission towards the efficient and effective running of the Commission;

(d) to scrutinise and endorse resource needs of the Commission to ensure its effectiveness;

(e) to scrutinise the annual report of the Commission before its submission to the Special Committee on Corruption; and

(f) to submit its comments to the Special Committee on Corruption as to the exercise by the Commission of its functions under this Act.

Azam’s plea of innocence is no answer to the conflict-of-interest allegation which had been publicly made against him more than two months ago.

There should be a proper and satisfactory investigation mechanism on the conflict-of-interest allegation before Azam is cleared.

Azam is wrong when he claimed that he was answerable only to the MACC’s Anti-
Corruption Advisory Board as he is finally answerable to the people of Malaysia through Parliament and other intermediaries for his integrity and performance.

It is sad to see the MACC going through its worst crisis of confidence today, even worse than during the 1MDB times when Malaysia turned into a kleptocracy.

Azam should go on leave and submit himself to a full investigation by the Parliamentary Special Select Committee on Agencies under the Prime Minister’s Department, where Azam, his brother, the maker of Azam’s conflict-of-interest allegations are afforded full opportunities to state their case.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 6th January 2022)


Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bertindak secara ultra vires dalam membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada dakwaan konflik kepentingan sedangkan badan itu tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara ultra vires dalam membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada dakwaan konflik kepentingan sedangkan Lembaga Pengarah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Seksyen 13 Akta SPRM 2009 menetapkan enam fungsi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM dan tiada satu pun daripadanya memberi kuasa untuk membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM daripada dakwaan konflik kepentingan.

Enam fungsi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM ketika itu ialah:

(a) Untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;

(b) Untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;

(c) Untuk menerima, meneliti dan menyokong cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;

(d) Untuk meneliti dan menyokong keperluan sumber Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;

(e) Untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawantankuasa Khas Mengenai Rasuah; dan

(f) Untuk mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.

Pengakuan tidak bersalah Azam bukanlah jawapan kepada dakwaan konflik kepentingan yang telah dibuat secara terbuka terhadapnya lebih dua bulan lalu.

Perlu ada mekanisme penyiasatan yang betul dan memuaskan mengenai dakwaan konflik kepentingan sebelum Azam dibersihkan daripada dakwaan tersebut.

Azam silap apabila mendakwa bahawa beliau hanya bertanggungjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM kerana beliau akhirnya bertanggungjawab juga kepada rakyat Malaysia melalui Parlimen dan perantara lain atas integriti dan prestasinya.

Sedih melihat SPRM terpaksa menempuh krisis keyakinan yang paling teruk hari ini, malah lebih teruk berbanding zaman 1MDB apabila Malaysia bertukar menjadi kleptokrasi.

Azam harus bercuti dan menyerahkan dirinya kepada siasatan penuh oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, di mana Azam, adiknya, pihak yang terkait dalam dakwaan konflik kepentingan Azam diberi peluang sepenuhnya untuk membela diri mereka.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 6 Januari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.