The Parliamentary Special Select Committee on Agencies under the Prime Minister’s Department should summon MACC Chief Commissioner Azam Baki to explain the two-month old allegations against him, as the “conspiracy of silence” on the issue has, among other things, caused “trust deficit” in government and MACC to drop to an unprecedented level.
The Special Select Committee should submit its report to Dewan Rakyat on the first day of the first meeting of the fifth session of Parliament from February 28 to 24th March, 2022.
Academician Edmund Terence Gomez has submitted his shock resignation from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)’s Consultation and Corruption Prevention Panel in protest against the Panel’s inaction over the issue.
It is shocking that the Prime Minister and the MACC have taken this issue lightly as no action has been taken for the last two months.
The Parliamentary Special Select Committee on Agencies under the Prime Minister’s Department should step in to demonstrate that this is no trifling matter but goes to the very root of public confidence in the government as a whole and MACC in particular.
In fact, the Parliamentary Special Select Committee should summon all the Chairmen of the five oversight committees of the MACC to ensure that MACC performs its anti-corruption duties – the Anti-Corruption Advisory Board (ACAB), the Special Committee on Corruption (SCC), the Complaints Committee (CC), the Operations Review Panel (ORP) as well as the Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) to explain what their committees have done following the serious allegations against the MACC Chief Commissioner more than two months ago.
The purpose of the five oversight entities are to ensure that the MACC performs its duties in an independent, transparent and professional manner. The Malaysian public expects independence, efficiency, effectiveness, transparency and accountability of the MACC in executing its designated legal obligations.
The MACC has failed in this regard relating to the serious allegations made against the MACC Chief Commissioner.
The Parliamentary Select Committee should not only probe the MACC’s failure but make recommendations how this problem could be overcome.
(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, December 29, 2021)
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri harus memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk menjelaskan dakwaan terhadapnya yang timbul sejak dua bulan lalu, yang menyebabkan “defisit kepercayaan” terhadap kerajaan dan SPRM yang menurun ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri harus memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk menjelaskan dakwaan terhadapnya yang timbul sejak dua bulan lalu, yang menyebabkan “defisit kepercayaan” terhadap kerajaan dan SPRM yang menurun ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Jawatankuasa Pilihan Khas perlu mengemukakan laporannya kepada Dewan Rakyat pada hari pertama mesyuarat pertama sesi kelima Parlimen yang akan bersidang dari 28 Februari hingga 24 Mac 2022.
Ahli akademik Edmund Terence Gomez telah mengemukakan peletakan jawatan mengejutnya daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda protes terhadap kegagalan Panel berkenaan bertindak terhadap isu tersebut.
Amat mengejutkan apabila Perdana Menteri dan SPRM memandang ringan isu ini kerana tiada sebarang tindakan diambil sejak dua bulan lalu.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri harus bertindak untuk menunjukkan bahawa perkara ini bukan perkara remeh tetapi mengembalikan menyakinkan orang ramai terhadap kerajaan secara keseluruhan dan SPRM khususnya.
Malah, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu memanggil semua Pengerusi lima jawatankuasa pengawasan SPRM bagi memastikan SPRM melaksanakan tugas pencegahan rasuah – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan (JKA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) untuk menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh mereka susulan dakwaan serius terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM lebih dua bulan lalu.
Tujuan lima entiti pengawasan itu dibentuk adalah untuk memastikan SPRM melaksanakan tugasnya secara bebas, telus dan profesional. Rakyat Malaysia mengharapkan kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan kebertanggungjawaban SPRM dalam melaksanakan tanggungjawab undang-undang yang ditetapkan.
SPRM telah gagal dalam hal ini berikutan timbul dakwaan serius terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seharusnya bukan sahaja menyiasat kegagalan SPRM tetapi membuat cadangan bagaimana masalah ini boleh diatasi.
(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 29 Disember 2021)