New height of infamy for Malaysia that apart from 1MDB scandal which was “kleptocracy at its worst”, among worst performing nations in two-year Covid-19 pandemic, catastrophic government mismanagement of massive floods in Selangor and Pahang, absence of Prime Minister at annual Christmas high tea, a convicted criminal was invited to open an international conference


(Versi BM)

There have been many “national embarrassments” for Malaysia of late

With the global 1MDB scandal which had been described by the former US Attorney-General as “kleptocracy at its worst”; Malaysia among the worst performing nations in the two-year Covid-19 pandemic accumulating nearly 2.75 million Covid-19 cases and over 31,000 deaths; a former Prime Minister declared by the Court of Appeal as a “national embarrassment” during his premiership; catastrophic government mismanagement of last week’s massive floods in Selangor and Pahang causing loss of at least 48 lives and the absence of the Prime Minister at the annual Christmas high tea which totally demolished his “Keluarga Malaysia” slogan, one would have thought Malaysia had enough infamies for any nation.

Attempts to ameliorate the public image problem caused by these infamies have only worsened the situation, with an ambulance having to wait for the Prime Minister’s convoy to pass (which is more urgent, to save lives in the case of ambulance or the Prime Minister’s visit) and the inability to pass the test of transparency and accountability with regard to the Prime Minister’s cancellation of his Cabinet Ministers’ year-end leave and directive to all Ministers holidaying abroad to return home to be with the people.

But worse infamy is yet to come – when a convicted criminal, although appealing to the Federal Court, was invited to open an international conference this morning.

I may agree with some of the things that this convicted criminal said when he opened the international conference this morning, in particular that former Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad was dead wrong when he made his “chopstick” remarks – stressing that It is not important what kind of cutleries are used by the Malaysian Chinese as what is more important is that the local Chinese are Malaysians at heart.

But that is a different question.

Inviting a convicted criminal to open an international conference is the new height of infamy for Malaysia.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 27th December 2021)


Satu lagi contoh keburukan baru untuk Malaysia – selain daripada skandal 1MDB, dikenali sebagai antara negara dengan prestasi paling buruk dalam menguruskan penularan wabak Covid-19, pengurusan bencana banjir besar yang teruk di Selangor dan Pahang, dan ketiadaan Perdana Menteri ke Majlis Minum Petang Krismas – kini seorang penjenayah yang disabitkan bersalah dijemput untuk merasmikan persidangan antarabangsa

Terdapat banyak perkara yang memalukan negara baru-baru ini.

Daripada skandal global 1MDB yang disifatkan oleh mantan Peguam Negara AS sebagai “kleptokrasi dalam bentuk terburuk”; Malaysia juga dilihat sebagai antara negara dengan prestasi paling buruk dalam menangani penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu dengan hampir 2.75 juta kes jangkitan Covid-19 dan lebih daripada 31,000 korban nyawa; bekas Perdana Menteri pula digelar Mahkamah Rayuan sebagai “perkara memalukan negara” semasa menjadi perdana menteri; pengurusan bencana banjir besar yang teruk di Selangor dan Pahang yang kini telah menyebabkan kehilangan sekurang-kurangnya 48 orang nyawa; sehingga kepada ketidakhadiran Perdana Menteri ke Majlis Minum Petang Tahunan Krismas yang telah memusnahkan slogan “Keluarga Malaysia”, kita ingat sudah cukuplah perkara yang memalukan negara setakat ini.

Percubaan untuk memperbaiki imej yang disebabkan oleh kegagalan-kegagalan ini hanya memburukkan lagi keadaan, dengan ambulans terpaksa memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri (mana yang lebih penting, menyelamatkan nyawa dengan memberikan laluan kepada ambulans atau mengutamakan konvoi lawatan Perdana Menteri) dan ketidakupayaan untuk melepasi ujian ketelusan dan akauntabiliti berhubung pembatalan cuti akhir tahun Menteri Kabinet dan arahan kepada semua Menteri yang bercuti di luar negara untuk pulang segera ke tanah air bagi berkongsi kesusahan bersama rakyat yang dilanda bencana banjir.

Tetapi, masih ada perkara yang lebih buruk – seorang penjenayah yang telah disabitkan bersalah, walaupun telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, telah dijemput untuk merasmikan persidangan antarabangsa pagi ini.

Saya mungkin bersetuju dengan beberapa perkara yang dikatakan penjenayah yang disabitkan bersalah ini semasa merasmikan persidangan antarabangsa pagi ini, khususnya yang menyentuh mengenai kenyataan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad berkenaan isu “chopstick”, yang menurut beliau merupakan suatu kesilapan – sambil menegaskan bahawa persoalan tentang jenis perkakasan makan yang digunakan oleh orang Cina di Malaysia bukanlah hal yang penting, kerana apa yang lebih penting adalah semua orang Cina tempatan sememangnya menjiwai semangat rakyat Malaysia.

Tetapi itu adalah persoalan yang lain.

Menjemput penjenayah yang disabitkan bersalah untuk merasmikan persidangan antarabangsa adalah kemuncak keburukan baru bagi Malaysia.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 27 Disember 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.