Has the Ismail Sabri government descended into a kakistocracy where the right hand does not know what the left hand is doing?


(Versi BM)

The claim by the Entrepreneur Development and Cooperative Minister Noh Omar that he is still the Selangor state chairman of the National Security Council (NSC) after the Selangor Mentri Besar Amirudin Shari claimed that he has resumed the task of the state NSC chief beggars imagination.

Has the Federal Government, which Prime Minister Ismail Sabri gave 90 per cent score to his jumbo-sized Cabinet for its first 100-day performance, quickly descended into a kakistocracy where the right hand does not know what the left hand is doing?

Genius overnight became a dud?

Who is now the Selangor chairman of the NSC – Amiruddin Shari or Noh Omar?

Can the Prime Minister, Ismail Sabri make an announcement to clear the air as such a conundrum should not arise in the midst of the deadliest floods disaster which has claimed 27 lives so far, the highest death toll since the last major floods in 2014, and still counting.

Or is the Prime Minister as “confused” on the matter as Noh Omar and Amniruddin Shah and could throw no light on the matter?

I agree with former Minister, Rafidah Aziz, that the National Disaster Management Agency (NADMA) is a disaster and with the Bersatu Supreme Council Member Rais Hussin that there is no excuse for poorly co-ordinated disaster management and that the government should be more concerned about pre-disaster preparedness and delivery than post-disaster relief.

The Ismail Sabri Government was grossly remiss in not presenting a Ministerial statement on the massive flood disasters in Selangor and Pahang on the extended last day of Dewan Rakyat on Dec. 20, 2021.

The Dewan Rakyat Speaker Azhar Azizan Harun is right when he denied allegations that he rejected a motion to debate the ongoing flood situation on the last day of the Dewan Rakyat sitting on Monday, but he failed as a reform Speaker of Dewan Rakyat in not ensuring that the floods disaster was the highlight of the last day of Dewan Rakyat.

This could be done in various ways, including inquiring why the Ismail Sabri government was not providing for a special debate on the floods disaster before Monday – in keeping with the doctrine of separation of powers where Parliament is co-equal with the Executive as two of the three branches of government and Parliament not subordinate to the Executive.

Can we learn from our mistakes?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 23rd December 2021)


Adakah kerajaan Ismail Sabri telah terjerumus ke lembah kakistokrasi di mana tangan kanan tidak tahu apa yang tangan kiri lakukan?

Dakwaan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar bahawa beliau masih merupakan pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Selangor sedangkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari setelah itu menegaskan bahawa beliau telah menyambung semula tugasnya sebagai ketua MKN negeri, telah menimbulkan pelbagai kekeliruan.

Adakah Kerajaan Persekutuan, yang mana Perdana Menteri Ismail Sabri memberikan markah 90 peratus kepada Kabinet gergasinya untuk prestasi 100 hari pertamanya, telah terjerumus ke dalam kakistokrasi di mana tangan kanan tidak tahu apa yang tangan kiri lakukan?

Adakah beliau telah tiba-tiba menjadi begitu dungu?

Siapakah pengerusi MKN Selangor – Amiruddin Shari atau Noh Omar?

Bolehkah Perdana Menteri, Ismail Sabri membuat pengumuman untuk menamatkan teka-teki itu kerana kekeliruan itu sepatutnya tidak timbul di tengah-tengah bencana banjir paling dahsyat yang sehingga kini telah meragut 27 nyawa — angka kematian tertinggi sejak kali terakhir banjir besar melanda negara pada 2014.

Atau adakah Perdana Menteri “keliru” mengenai perkara itu seperti mana Noh Omar dan Amiruddin Shah, malah tidak mampu untuk memberi sebarang penjelasan mengenai perkara itu?

Saya bersetuju dengan bekas Menteri, Rafidah Aziz, yang menyifatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai “bencana” dan dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Rais Hussin bahawa tidak ada alasan yang patut diberikan dalam pengurusan bencana yang tidak diselaraskan dengan baik dan kerajaan harus lebih prihatin tentang kesiapsiagaan menangani bencana dan pengagihan bantuan pasca bencana.

Kerajaan Ismail Sabri terlalu lalai kerana tidak membentangkan kenyataan Menteri berhubung bencana banjir besar yang melanda Selangor dan Pahang pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada 20 Disember 2021.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata benar apabila beliau menafikan dakwaan bahawa beliau menolak usul membahaskan situasi banjir yang sedang melanda negara pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, namun beliau gagal sebagai Speaker Dewan Rakyat kerana tidak dapat memastikan isu bencana banjir ini menjadi topik utama yang dibahaskan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat.

Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara, termasuk bertanya mengapa kerajaan Ismail Sabri tidak menyediakan perbahasan khas mengenai bencana banjir sebelum Isnin — selaras dengan doktrin pengasingan kuasa di mana Parlimen adalah setara dengan Eksekutif sebagai dua daripada tiga cabang kerajaan dan Parlimen tidak tunduk kepada kemahuan Eksekutif.

Bolehkah kita belajar daripada kesilapan kita?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 23 Disember 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.