Sarawak general election results show that if there is PH-PSB co-operation, DAP will have seven and PSB six Sarawak State Assembly seats instead of the present two for DAP and four for PSB


(Versi BM)

The Sarawak general election results on Dec. 18, 2021 show that if there is Pakatan Harapan (PH) and Parti Sarawak Bersatu (PSB) co-operation, the DAP will have seven and PSB six Sarawak State Assembly seats instead of the present two for DAP and four for PSB.

DAP would have won five more seats apart from Padungan and Pending, namely Pujut in Miri, Tanjong Batu in Bintulu, Pelawan and Bukit Assek in Sibu and Kota Sentosa in Kuching while PSB would have won two more seats in apart from Bawang Assam, Ba’kelalan, Batu Lintang and Engkilili, namely Ngemah and Simanggang.

Just as I said when I campaigned for the three seats of Pujut, Piasau and Senadin in Miri, the DAP Sarawak objective in the 2021 Sarawak general election is to preserve the “roots” for change and betterment to ensure that there is a better tomorrow for Sarawak and Malaysia.

DAP has gone through three Covid state general elections in Sabah, Malacca and Sarawak in the past two years and we must learn from these three general elections.

The challenge is whether it is possible for Pakatan Harapan and Parti Sarawak Bersatu to co-operate in the interests of the people of Sarawak, especially at a critical juncture of Malaysia’s development when, among other things, the Federal Government is tryingto undo the 45-year injustices created by the 1976 Constitution Amendment Act which downgraded Sarawak and Sabah from two of the four territories which formed Malaysia in 1963 – Malaya, Singapore, Sarawak and Sabah – to two of the 13 Malaysian states with far-reaching implications in terms of fair financial allocations, true autonomy rights in education and health, proper allocation of oil funds and equitable development expenditures in accordance with Malaysia Agreement 1963.

Hence the 2021 Constitution Amendment Bill which was unanimously passed with the requisite two-thirds parliamentary majority on Dec. 14, 2021 to fulfil one the leading demands of the confidence-supply-reform (CSR) Memorandum of Understanding (MOU) signed between Prime Minister Ismail Sabri and the four Pakatan Harapan leaders on Sept. 13, 2021.

DAP should be rewarded for the nine DAP MPs who opposed the 1976 Constitution Amendment Act 45 years ago, but instead DAP and Pakatan Harapan candidates were punished for failure of the PH government to fulfil election pledges in 22 months when the PH government were given a five-year mandate to fulfil these pledges.

The PH government would be able to accelerate the fulfilment of its election pledges in the second half of its five-year term if it had been slow in the first half of its term.

But the PH government was overthrown in an undemocratic, unconstitutional and illegitimate Sheraton Move conspiracy in February 2020.

Whether DAP and PH in Sarawak can come to some form of electoral co-operation with PSB will be up to the Sarawak DAP and PH leaders as well as the PSB leaders, but the people should get a clear message that although the DAP in Sarawak is down from the finest day of the 2011 Sarawak general election, it is not out as it is determined to regain its former strength and position as the repository of hope and confidence for a better tomorrow for both the people of Sarawak and Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Iskandar Puteri on Tuesday, December 21, 2021)


Keputusan PRN Sarawak menunjukkan yang sekiranya ada kerjasama PH-PSB, DAP akan menang tujuh kerusi manakala PSB akan menang enam kerusi di DUN Sarawak, berbanding dengan angka dua dan empat kerusi yang dimenangi sekarang

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 18 Disember 2021 menunjukkan yang sekiranya ada kerjasama PH-PSB, DAP akan menang tujuh kerusi manakala PSB akan menang enam kerusi di DUN Sarawak, berbanding dengan dua dan empat kerusi masing-masing yang dimenangi sekarang.

DAP akan memenangi lima lagi kerusi selain daripada Padungan dan Pending, iaitu kerusi-kerusi berikut, Pujut di Miri, Tanjong Batu di Bintulu, Pelawan dan Bukit Assek di Sibu dan Kota Sentosa di Kuching manakala PSB pula akan memenangi dua lagi kerusi selain Bawang Assam, Ba’kelalan, Batu Lintang, dan Engkili, iaitu kerusi Ngemah dan Simanggang.

Sepertimana yang saya katakan semasa saya berkempen di tiga kerusi, Pujut, Piasau, dan Senadin di Miri, objektif DAP Sarawak dalam PRN 2021 Sarawak ini adalah untuk mengekalkan “akar” perubahan dan penambahbaikan untuk memastikan ada masa hadapan yang lebih baik untuk Sarawak dan Malaysia.

DAP telah melalui tiga Pilihan Raya Negeri Covid, di Sabah, Melaka, dan Sarawak, dalam dua tahun yang lepas dan kita perlu pelajari pengajaran daripada PRN-PRN ini.

Cabarannya adalah sama ada mungkin untuk Pakatan Harapan dan Parti Sarawak Bersatu untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat Sarawak, terutamanya di masa penting dalam sejarah pembangunan negara di mana, dalam banyak-banyak perkara, Kerajaan Persekutuan sedang cuba memperbaiki ketidakadilan yang telah berterusan selama 45 tahun yang disebabkan oleh Pindaan Perlembagaan 1976 yang menurunkan taraf Sarawak dan Sabah, daripada empat wilayah yang membentuk Malaysia pada tahun 1963 (Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah) kepada dua daripada 13 negeri yang membentuk Malaysia, satu tindakan yang mempunyai implikasi yang besar dari segi peruntukan kewangan yang adil, hak autonomi sebenar dalam pendidikan dan kesihatan, peruntukan dana hasil minyak yang adil dan peruntukan pembangunan yang sepatutnya menurut Perjanjian Malaysia 1963.

Kerana inilah Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 telah diluluskan sebulat suara di Parlimen dengan melepasi majoriti dua pertiga yang diperlukan pada 14 Disember 2021 untuk memenuhi satu daripada tuntutan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi yang ditandatangani di antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan empat orang pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

Perjuangan sembilan orang Ahli Parlimen DAP dalam menentang Pindaan Perlembagaan 1976 ini sepatutnya diiktiraf sebaliknya calon-calon DAP dan Pakatan Harapan dihukum atas kegagalannya untuk memenuhi janji-janji pilihan raya dalam tempoh 22 bulan sedangkan PH diberikan mandat selama lima tahun untuk memenuhi janji-janji ini.

Kerajaan PH patut boleh mempercepatkan pemenuhan janji-janjinya dalam setengah kedua penggal lima tahunnya sekiranya ia agak perlahan dalam setengah pertama penggal ini.

Tetapi, Kerajaan PH ini ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik dan tidak sah dengan konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020.

Sama ada DAP dan PH di Sarawak dapat membentuk sebarang bentuk kerjasama pilihan raya dengan PSB ini terserahlah kepada para pemimpin DAP dan PH Sarawak dan juga kepada pemimpin-pemimpin PSB. Tetapi, rakyat perlu diberikan mesej yang jelas yang walaupun DAP di Sarawak kini telah jatuh daripada hari kegemilangan PRN 2011 sebelum ini, kita masih ada kerana kita masih berusaha keras untuk mendapatkan kekuatan dan kedudukan kita sebelum ini sebagai pembawa obor harapan untuk hari esok yang lebih baik untuk rakyat Sarawak dan Malaysia.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa, 21 Disember 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.