Sarawak government MPs cheered when the 2021 Constitution Amendment Bill was passed yesterday, but they also cheered when the 1976 Constitution Amendment Bill was passed 45 years ago causing two generations of Sarawakians to lose their basic rights to citizenship and development for half a century


Sarawak government MPs cheered when the 2021 Constitution Amendment Bill was passed yesterday, but they also cheered when the 1976 Constitution Amendment Bill was passed 45 years ago causing two generations of Sarawakians to lose their basic rights to citizenship and development for half a century.

The only MPs who opposed the 1976 Constitution Amendment Bill were the nine Members of Parliament from the DAP.

If the 1976 Constitution Amendment Bill had not been passed, Sarawak would not be reduced to one of the 13 Malaysian states for 45 years, and would have a higher status as one of the three territories, namely Sarawak, Sabah and Malaya, which formed Malaysia in 1963, with vast implications in terms of financial allocations, state autonomy on education and health, oil rights and development status.

The Federal Government should now enter into serious discussion to compensate Sarawak for 45 years of being treated as one of the 13 states of Malaysia instead of as one of the three territories which formed Malaysia in 1963.

Before Parliament adjourns on Thursday, it should set up a Special Select Committee on Reparations to Sarawak and Sabah for the 1976 Constitution Amendment Act for treating the two territories as one of the 13 Malaysian states when it should be treated as one of the three territories forming Malaysia in 1963, and make recommendations on the reparation measures that should be made by the Federal Government in the next meeting of Parliament.

This Special Select Committee should be jointly chaired by an MP for Sarawak and an MP for Sabah.

I am flying back to Sarawak to continue my campaigning for DAP and Pakatan Harapan candidates, as the Sarawak general election on Dec. 18 has assumed new significance – it should be a verdict by the voters of Sarawak to demand reparations for 45 years of neglect since the 1976 Constitution Amendment Act to treat Sarawak as one of the three territories forming Malaysia in 1963 – instead of relegating Sarawak to one of the 13 Malaysian states.

There are four reasons by the voters of Sarawak should unite behind DAP and Pakatan Harapan candidates and not split their votes in the Sarawak general election on Dec. 18, 2021.

They are:

1. DAP has been accused as a peninsular party and not a Sarawak party and therefore cannot be trusted. But the 1976 Constitution Amendment Bill proved that DAP is more Malaysian and Sarawakian then the Sarawak government political parties for while all the MPs of the Sarawak government parties supported the 1976 Constitution Amendment which reduced Sarawak to one of the 13 Malaysian states instead of one of the three territories which together with Sabah and Malaya formed Malaysia in 1963, the DAP MPs opposed it. The 130 MPs who voted for the 1976 Constitution Amendment Bill included former Sarawak government leaders like Abdul Rahman Yaacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu and Patrick Uren. But all the nine opposition votes came from DAP. The 1976 Constitution Amendment which is largely the cause of the injustices suffered by Sarawak and Sabah in terms of financial allocation, autonomy on education and health, oil rights and development was passed in Parliament before the DAP set up branches in Sarawak. This showed that even before DAP formed branches in Sarawak, the DAP was more Malaysian and Sarawakian than the Sarawak government parties.

2. After the DAP had established branches in Sarawak in 1978, the last 43 years have seen DAP Members of Parliament and State Assembly members elected in the various parliamentary and state assembly elections, who had flown high the rights and interests of Sarawak and Malaysia.

3. The 2021 Constitution Amendment Bill passed by the Dewan Rakyat yesterday was only the first step to restore the full rights and position of Sarawak (and Sabah), and DAP elected representatives, whether in Parliament or the Sarawak State Assembly, are important voices to undo the injustices of the past half-a-century in terms of financial allocation, autonomy on education and health, oil rights and development.

4. The 14th General Election in 2018 is a political watershed for Malaysia, for it has ended the UMNO political hegemony in the country. This should mark the end of regression of half-a-century of the country losing out to other countries like Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam, so that in the coming decades, we do not lose out to other countries like Indonesia and the Philippines. We should begin to overtake other countries instead of being overtaken by other countries. Let the Sarawak general election be the beginning of a second “Long March” movement for Malaysia to become a world-class great country before Malaysia celebrates its 100th Birthday in the next few decades.

Instead of a local Sarawak general election, it has now assumed national importance and significance – to lead to a Malaysian regeneration to become a world-class great nation.

I am asking the voters of Sarawak to lead Malaysia to become a world-class great nation and to support DAP and Pakatan Harapan candidates for this unprecedented mission.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at Kuala Lumpur International Airport, Sepang on Wednesday, 15th December 2021 at 7.30 a.m)


Ahli Parlimen kerajaan Sarawak bersorak gembira apabila Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 diluluskan semalam, tetapi sorakan yang sama turut bergema semasa Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 diluluskan 45 tahun lalu, yang menyebabkan dua generasi rakyat Sarawak kehilangan hak asas sebagai warganegara dan mundur dari segi pembangunan selama setengah abad

Ahli Parlimen kerajaan Sarawak bersorak gembira apabila Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 diluluskan semalam, tetapi sorakan yang sama turut bergema semasa Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 diluluskan 45 tahun lalu, yang menyebabkan dua generasi rakyat Sarawak kehilangan hak asas sebagai warganegara dan mundur dari segi pembangunan selama setengah abad.

Satu-satunya Ahli Parlimen yang menentang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 ialah sembilan Ahli Parlimen daripada DAP.

Sekiranya Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1976 tidak diluluskan, Sarawak tidak akan hanya menjadi salah satu daripada 13 negeri Malaysia selama 45 tahun, dan akan mempunyai status yang lebih tinggi sebagai salah satu daripada tiga wilayah, iaitu Sarawak, Sabah dan Malaya, yang membentuk Malaysia pada tahun 1963, dengan implikasi yang luas dari segi peruntukan kewangan, autonomi negeri mengenai pendidikan dan kesihatan, hak minyak dan status pembangunan.

Kerajaan Persekutuan kini perlu mengadakan perbincangan serius untuk memberi pampasan kepada Sarawak selama 45 tahun kerana dianggap sebagai salah satu daripada 13 negeri di Malaysia dan bukannya sebagai salah satu daripada tiga wilayah yang membentuk Malaysia pada 1963.

Sebelum Parlimen ditangguhkan pada Khamis, ia perlu menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pampasan kepada Sarawak dan Sabah bagi Akta Pindaan Perlembagaan 1976 kerana menganggap kedua-dua wilayah itu sebagai salah satu daripada 13 negeri Malaysia apabila ia sepatutnya dianggap sebagai salah satu daripada tiga wilayah yang membentuk Malaysia pada tahun 1963, dan membuat syor mengenai langkah-langkah pemberian pampasan yang sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat Parlimen akan datang.

Jawatankuasa Pilihan Khas ini hendaklah dipengerusikan bersama oleh seorang Ahli Parlimen Sarawak dan seorang Ahli Parlimen Sabah.

Saya akan berlepas semula ke Sarawak untuk meneruskan kempen saya bagi calon DAP dan Pakatan Harapan, kerana pilihan raya umum Sarawak pada 18 Disember telah diisi dengan makna yang baharu – ia sepatutnya menjadi keputusan pengundi Sarawak untuk menuntut ganti rugi selama 45 tahun pengabaian sejak Akta Pindaan Perlembagaan 1976 yang menurunkan status Sarawak daripada salah satu daripada tiga wilayah membentuk Malaysia pada 1963 kepada salah satu daripada 13 negeri Malaysia.

Ada empat sebab mengapa pengundi di Sarawak perlu bersatu menyokong calon DAP dan Pakatan Harapan dan tidak memecahkan undi mereka dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021.

Sebab-sebab ini adalah:

1. DAP telah dituduh sebagai sebuah parti semenanjung dan bukan sebuah parti Sarawak, oleh itu tidak boleh dipercayai. Tetapi, Pindaan Perlembagaan 1976 membuktikan yang DAP lebih setia kepada Malaysia dan Sarawak berbanding dengan parti-parti politik kerajaan Sarawak ketika itu. Ketika itu parti-parti kerajaan di Sarawak yang menyokong pindaan ini yang menurunkan status Sarawak daripada status sebagai salah satu daripada tiga wilayah – bersama-sama dengan Malaya dan Sabah – yang membentuk Malaysia pada tahun 1963 kepada salah satu daripada 13 negeri Malaysia, sedangkan Ahli-ahli Parlimen DAP ketika itu membantah pindaan ini. 130 Ahli-ahli Parlimen yang menyokong pindaan ini ketika itu termasuklah mantan-mantan pemimpin Sarawak seperti Abdul Rahman Yaacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu, dan Patrick Uren. Tetapi kesemua undian pembangkang ketika itu datang daripada DAP. Pindaan Perlembagaan 1976 yang merupakan sebab utama ketidakadilan yang dihadapi Sarawak dan Sabah dari segi peruntukan kewangan dan pembangunan ini diluluskan di Parlimen sebelum DAP membuka cawangan di Sarawak. Perkara ini menunjukkan yang walaupun sebelum DAP bertapak di Sarawak, DAP lebih peduli kepada Malaysia dan Sarawak berbanding dengan parti-parti kerajaan Sarawak.

2. Selepas DAP mula bertapak di Sarawak pada tahun 1978, 43 tahun yang lepas telah menyaksikan Ahli-ahli Parlimen DAP dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri DAP dipilih dalam pelbagai pilihan raya negeri dan parlimen dan mereka semua telah berterusan mempertahankan hak dan kepentingan negeri Sarawak dan Malaysia.

3. Pindaan Perlembagaan 2021 hari ini hanyalah langkah pertama untuk mengembalikan semula hak dan kedudukan penuh Sarawak (dan Sabah), dan wakil-wakil rakyat DAP, sama ada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri Sarawak, adalah suara penting untuk mengungkai semula ketidakadilan yang telah berlaku dalam setengah abad yang lepas dari segi peruntukan kewangan dan pembangunan.

4. Pilihan Raya Umum ke-14 adalah satu saat yang bersejarah dalam arena politik negara, kerana detik ini telah menamatkan hegemoni politik UMNO dalam negara kita. Perkara ini sepatutnya menjadi titik berhentinya kemunduran negara kita dalam setengah abad yang lepas berbanding dengan negara-negara lain seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam, supaya dalam dekad-dekad yang mendatang, kita tidak pula kalah dengan negara seperti Indonesia dan Filipina. Kita patut mula memintasi negara lain dan bukannya ditinggalkan ke belakang oleh mereka. Jadikanlah Pilihan Raya Negeri Sarawak ini menjadi permulaan “perjalanan panjang” kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia sebelum kita menyambut ulang tahun ke-100 negara ini dalam beberapa dekad yang akan datang.

Pilihan raya umum Sarawak kini membawa makna baharu – untuk menjana semula Malaysia bagi menjadi negara hebat bertaraf dunia.

Saya meminta pengundi Sarawak untuk memimpin Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia dan menyokong calon DAP dan Pakatan Harapan untuk misi luar biasa ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada hari Rabu, 15 Disember 2021 jam 7.30 pag)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.