Four reasons why Sarawak should unite behind DAP candidates and not split their votes in the Sarawak general election on Dec. 18


(Versi BM)

I am at the Sibu Airport to rush back to Kuala Lumpur for the voting in Parliament on the 2021 Constitution Amendment Bill to end 45 years of injustices to Sarawak and Sabah caused by the 1976 Constitution Amendment Bill which resulted in Sarawak and Sabah not enjoying the rights and interests intended in the Malaysia Agreement 1963.

There are four reasons by the voters of Sarawak should unite behind DAP and Pakatan Harapan candidates and not split their votes in the Sarawak general election on Dec. 18, 2021.

They are:

1. DAP has been accused as a peninsular party and not a Sarawak party and therefore cannot be trusted. But the 1976 Constitution Amendment Bill proved that DAP is more Malaysian and Sarawakian then the Sarawak government political parties for while all the MPs of the Sarawak government parties supported the 1976 Constitution Amendment which reduced Sarawak to one of the 13 Malaysian states instead of one of the three territories which together with Sabah and Malaya formed Malaysia in 1963, the DAP MPs opposed it. The 130 MPs who voted for the 1976 Constitution Amendment Bill included former Sarawak government leaders like Abdul Rahman Yaacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu and Patrick Uren. But all the nine opposition votes came from DAP. The 1976 Constitution Amendment which is largely the cause of the injustices suffered by Sarawak and Sabah in terms of financial allocation and development was passed in Parliament before the DAP set up branches in Sarawak. This showed that even before DAP formed branches in Sarawak, the DAP was more Malaysian and Sarawakian than the Sarawak government parties.

2. After the DAP had established branches in Sarawak in 1978, the last 43 years have seen DAP Members of Parliament and State Assembly members elected in the various parliamentary and state assembly elections, they had all flown high the rights and interests of Sarawak and Malaysia.

3. The 2021 Constitution Amendment Bill today is only the first step to restore the full rights and position of Sarawak (and Sabah), and DAP elected representatives, whether in Parliament or the Sarawak State Assembly, are important voices to undo the injustices of the past half-a-century in terms of financial allocation and development.

4. The 14th General Election in 2018 is a political watershed for Malaysia, for it has ended the UMNO political hegemony in the country. This should mark the end of regression of half-a-century of the country losing out to other countries like Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam, so that in the coming decades, we do not lose to other countries like Indonesia and the Philippines. We should begin to overtake other countries instead of being overtaken by other countries. Let the Sarawak general election be the beginning of a second “Long March” movement for Malaysia to become a world-class great country before Malaysia celebrates its 100th Birthday in the next few decades.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the Sibu Airport on Tuesday, 14th December 2021 at 11 am)


Empat sebab mengapa rakyat Sarawak perlu bersatu menyokong calon DAP dan bukannya memecahkan undi mereka dalam PRN Sarawak pada 18 Disember

Saya berada di Lapangan Terbang Sibu, bergesa kembali ke Kuala Lumpur untuk mengundi Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 di Parlimen untuk menamatkan ketidakadilan kepada Sarawak dan Sabah yang telah berterusan selama 45 tahun akibat RUU Pindaan Perlembagaan 1976 yang menyebabkan Sarawak dan Sabah tidak dapat menikmati hak dan kepentingan yang diniatkan seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Ada empat sebab mengapa pengundi di Sarawak perlu bersatu menyokong calon DAP dan Pakatan Harapan dan tidak memecahkan undi mereka dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021:

Sebab-sebab ini adalah:

1. DAP telah dituduh sebagai sebuah parti semenanjung dan bukan sebuah parti Sarawak, oleh itu tidak boleh dipercayai. Tetapi, Pindaan Perlembagaan 1976 membuktikan yang DAP lebih setia kepada Malaysia dan Sarawak berbanding dengan parti-parti politik kerajaan Sarawak ketika itu. Ketika itu parti-parti kerajaan di Sarawak yang menyokong pindaan ini yang menurunkan status Sarawak daripada status sebagai salah satu daripada tiga wilayah – bersama-sama dengan Malaya dan Sabah – yang membentuk Malaysia pada tahun 1963 kepada salah satu daripada 13 negeri Malaysia, sedangkan Ahli-ahli Parlimen DAP ketika itu membantah pindaan ini. 130 Ahli-ahli Parlimen yang menyokong pindaan ini ketika itu termasuklah mantan-mantan pemimpin Sarawak seperti Abdul Rahman Yaacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu, dan Patrick Uren. Tetapi kesemua undian pembangkang ketika itu datang daripada DAP. Pindaan Perlembagaan 1976 yang merupakan sebab utama ketidakadilan yang dihadapi Sarawak dan Sabah dari segi peruntukan kewangan dan pembangunan ini diluluskan di Parlimen sebelum DAP membuka cawangan di Sarawak. Perkara ini menunjukkan yang walaupun sebelum DAP bertapak di Sarawak, DAP lebih peduli kepada Malaysia dan Sarawak berbanding dengan parti-parti kerajaan Sarawak.

2. Selepas DAP mula bertapak di Sarawak pada tahun 1978, 43 tahun yang lepas telah menyaksikan Ahli-ahli Parlimen DAP dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri DAP dipilih dalam pelbagai pilihan raya negeri dan parlimen dan mereka semua telah berterusan mempertahankan hak dan kepentingan negeri Sarawak dan Malaysia.

3. Pindaan Perlembagaan 2021 hari ini hanyalah langkah pertama untuk mengembalikan semula hak dan kedudukan penuh Sarawak (dan Sabah), dan wakil-wakil rakyat DAP, sama ada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri Sarawak, adalah suara penting untuk mengungkai semula ketidakadilan yang telah berlaku dalam setengah abad yang lepas dari segi peruntukan kewangan dan pembangunan.

4. Pilihan Raya Umum ke-14 adalah satu saat yang bersejarah dalam arena politik negara, kerana detik ini telah menamatkan hegemoni politik UMNO dalam negara kita. Perkara ini sepatutnya menjadi titik berhentinya kemunduran negara kita dalam setengah abad yang lepas berbanding dengan negara-negara lain seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam, supaya dalam dekad-dekad yang mendatang, kita tidak pula kalah dengan negara seperti Indonesia dan Filipina. Kita patut mula memintasi negara lain dan bukannya ditinggalkan ke belakang oleh mereka. Jadikanlah Pilihan Raya Negeri Sarawak ini menjadi permulaan “perjalanan panjang” kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia sebelum kita menyambut ulang tahun ke-100 negara ini dalam beberapa dekad yang akan datang.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Lapangan Terbang Sibu pada hari Selasa, 14 Disember 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.