The Election Commission should relax the Sarawak General Election SOPs to ensure that the holding of “clean, free and fair election” is not curbed on the specious ground of preventing the spread of Covid-19 infection.
Everybody agrees that in the Sarawak general election, everyone must not take their eyes off from the Covid-19 pandemic and must do everything possible to prevent Covid-19 infections, but this should not be used as an excuse to prevent the holding of a “clean, free and fair” general election.
It is on these grounds that I disagree with some of the SOPs for the Sarawak general election which had been announced.
For instance, there is no reason for limiting inter-state travel for campaign to five top leaders of a party, which is to curb “clean, free and fair” election rather than to curb the spread of Covid-19 infection.
There is also no justification to confine ceramahs to 64 named constituencies on the ground of “poor internet access”. What is important is to comply with Covid-19 SOPs to prevent the spread of Covid-19 infections and not whether there is internet access or not.
If the named 60 constituencies can hold ceramahs if they comply with the Covid-19 SOPs, there is no reason why all constituencies cannot hold ceramahs if the Covid-19 SOPs are similarly complied with – unless the reason is to help particular political parties by giving them an unfair advantage in the Sarawak general election in the balance of the 22 constituencies through methods which are the very opposite of “clean, free and fair” election.
The present Sarawak general election SOPs serve the objective of preventing Covid-19 infections but not the objective of ensuring a “clean, free and fair” election.
The Election Commission should immediately consult with all political parties on how the Sarawak general election SOPs can be relaxed to meet both objectives of preventing the spread of Covid-19 infections and the holding of “clean, free and fair election” and amend the Sarawak general election SOPs.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 7th December 2021)
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melonggarkan SOP Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk memastikan berlangsungnya satu “pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil” yang tidak disekat atas nama mengekang penularan wabak Covid-19
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melonggarkan SOP Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk memastikan berlangsungnya satu “pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil” yang tidak disekat atas nama mengekang penularan wabak Covid-19.
Semua orang setuju yang dalam PRN Sarawak ini, kita semua tidak boleh lalai daripada keadaan wabak Covid-19 dan perlu melakukan apa sahaja yang kita boleh lakukan untuk menghalang penularan wabak ini, tetapi perkara ini tidaklah patut digunakan sebagai alasan untuk menyekat suatu pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.
Atas sebab inilah saya tidak bersetuju dengan sesetengah SOP yang telah diumumkan untuk PRN Sarawak ini.
Sebagai contoh, tidak ada sebab untuk menghadkan perjalanan merentas negeri untuk berkempen kepada hanya lima orang pemimpin tertinggi sesebuah parti, perkara ini hanya menyekat perjalanan sebuah pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil” dan bukannya menyekat penularan wabak Covid-19.
Tidak ada sebab juga untuk menghadkan ceramah hanya kepada 64 kerusi di atas sebab “akses internet yang tidak baik”. Apa yang penting adalah supaya SOP Covid-19 dipatuhi untuk mengelakkan penularan Covid-19, bukannya sama ada sesuatu kawasan itu mempunyai liputan internet yang baik atau tidak.
Sekiranya 60 kawasan kerusi DUN ini boleh mengadakan ceramah dengan mematuhi SOP Covid-19, tidak ada sebab mengapa kawasan-kawasan lain tidak boleh mengadakan ceramah, asalkan SOP Covid-19 ini dipatuhi — melainkan sebab sebenar sekatan ini adalah untuk membantu parti politik tertentu dengan memberikan mereka kelebihan dalam PRN Sarawak di 22 lagi kerusi melalui cara yang bertentangan dengan semangat pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.
SOP PRN Sarawak sedia ada ini memenuhi objektif untuk mengekang penularan wabak Covid-19, bukannya untuk mengadakan pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu segera berunding dengan semua parti politik mengenai bagaimana SOP PRN Sarawak ini dapat dilonggarkan untuk memenuhi kedua-dua objektif untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan pada masa yang sama untuk mengadakan pilihan raya yang “bersih, bebas, dan adil”.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 7 Disember 2021)