Call on Malacca voters to represent Malaysians to vote against PN and BN tomorrow for the loss of nearly 30,000 lives and nearly 2.6 million Covid-19 cases as well as for Malaysia having the longest Covid-19 wave in the world


(Versi BM)

Tomorrow is Polling Day for the voters of Malacca for the Malacca general election.

I call on Malacca voters to represent Malaysia to vote against both the Perikatan Nasional (PN) and Barisan Nasional (BN) for the loss of nearly 30,000 lives, nearly 6,000 Brought-in-Dead covid-19 deaths and nearly 2.6 million Covid-19 cases, as well as for Malaysia having the longest Covid-19 wave in the world lasting over 14 months since the Sabah state general in September last year.

They should vote solidly for Pakatan Harapan and for Adly Zahari to be restored his 2018 General Election mandate to be Malacca Chief Minister again.

No Malaysian expected Malaysia to perform so poorly to end up as one of the world’s worst countries in handling the Covid-19 pandemic, especially in the early months of the Covid-19 pandemic last year, Malaysia was praised as a model country in our success in handling Covid-19 pandemic.

Malaysia has even lost out to Indonesia, both in daily new Covid-19 cases for 96 days since August 18, 2021 and daily Covid-19 deaths for 70 days since 9th September 10, 2021 except for a day on 23rd September 2021.

Yesterday, Malaysia recorded 6,380 new Covid-19 cases and 55 Covid-19 deaths while Indonesia recorded 400 new Covid-19 cases and 11 Covid-19 deaths.

In the last 11 days of the Malacca general election campaign, Malaysia had a cumulative total of 58,683 Covid-19 cases while Indonesia had a cumulative total of 4,171 Covid-19 cases – Indonesia having 7.1% of the total Malaysian Covid-19 cases during the period.

In the last 11 days of the Malacca general election, there was only one day (Nomination Day on November 8) when the daily new Covid-19 cases were in four-thousand range, five days in five-thousand range and five days in six-thousand range.

The average daily new Covid-19 cases in Malaysia in the last 11 days was 5,335 cases compared to Indonesia’s 379 cases.

This is most unsatisfactory, for it is three times more than the Covid-19 data on January 11, 2021 when emergency was declared combat the Covid-19 pandemic, when the daily new Covid-19 cases were 2,232 cases with four Covid-19 deaths;

Malacca voters should use their vote tomorrow to record their dissatisfaction and displeasure with the two “backdoor” governments since Sheraton Move conspiracy in February 2020 which undemocratically toppled the Pakatan Harapan government after 22 months, and performed sub-standard as government of Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Malacca on Friday, 19th November 2021)


Gesaan kepada pengundi Melaka untuk mewakili rakyat Malaysia menolak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) atas sebab hampir 30,000 nyawa terkorban, hampir 6,000 kes BID dan hampir 2.6 juta kes jangkitan Covid-19 direkodkan, dan juga kerana Malaysia mengalami gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang berlanjutan lebih 14 bulan sejak pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung pada September tahun lalu

Esok adalah Hari Pengundian untuk pengundi Melaka dalam pilihan raya negeri Melaka.

Saya menggesa kepada pengundi di Melaka untuk mewakili rakyat Malaysia menolak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) atas sebab hampir 30,000 nyawa terkorban, hampir 6,000 kes kematian di bawa ke hospital (BID) dan hampir 2.6 juta kes jangkitan Covid-19 direkodkan, dan juga kerana Malaysia mengalami gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang berlanjutan lebih 14 bulan sejak pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung pada September tahun lalu.

Pengundi Melaka harus memberikan undian yang kukuh kepada Pakatan Harapan dan Adly Zahari bagi mengembalikan semula mandat Pilihan Raya Umum 2018 beliau untuknya menjadi Ketua Menteri Melaka sekali lagi.

Tiada rakyat Malaysia yang menjangka yang Malaysia akan menunjukkan prestasi yang begitu buruk sehingga dilihat sebagai negara paling teruk dalam mengendalikan penularan wabak Covid-19, lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 mula menular di negara ini tahun lalu, Malaysia dipuji sebagai sebuah negara contoh atas kejayaan kita mengendalikan penularan wabak tersebut.

Malaysia kini bagaimanapun telah tewas kepada Indonesia, dalam kes harian baharu Covid-19 selama 96 hari sejak 18 Ogos 2021 dan jumlah korban Covid-19 selama 70 hari sejak 9 September 2021 kecuali pada 23 September 2021.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,380 kes baharu Covid-19 dan 55 korban akibat wabak itu sementara Indonesia merekodkan 400 kes baharu Covid-19 dan 11 korban.

Sepanjang 11 hari kempen pilihan raya negeri Melaka, Malaysia telah mengumpulkan 58,683 kes jangkitan Covid-19 sementara Indonesia mengumpulkan 4,171 kes jangkitan pada tempoh yang sama — Indonesia merekodkan 7.1% daripada kes keseluruhan yang direkodkan Malaysia dalam tempoh berkenaan.

Sepanjang 11 hari pilihan raya negeri Melaka, terdapat hanya satu hari (Hari Penamaan Calon pada 8 November) di mana kes harian baharu Covid-19 berada dalam julat 4,000, lima hari berada dalam julat 5,000 dan lima hari dalam julat 6,000.

Purata kes harian baharu Covid-19 di Malaysia dalam tempoh 11 hari yang lalu adalah sebanyak 5,335 kes berbanding 379 kes di Indonesia.

Ini tidak boleh diterima, kerana jumlah tersebut adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kes yang direkodkan pada 11 Januari 2021 semasa Darurat diisytiharkan untuk melawan wabak Covid-19 — 2,232 kes harian baharu Covid-19 dan empat korban akibat wabak itu.

Pengundi Melaka harus menggunakan undi mereka esok untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap dua kerajaan “pintu belakang” yang terbentuk sejak konspirasi Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari 2020 yang secara tidak demokratik telah menumbangkang kerajaan Pakatan Harapan selepas 22 bulan memerintah, selain atas sebab prestasi yang buruk yang ditunjukkan kedua-dua kerajaan “pintu belakang” itu sepanjang menjadi memerintah.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Melaka pada hari Jumaat, 19 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.