Does Ismail Sabri’s “Keluarga Malaysia” includes a ban of gambling and liquor in Malaysia and withdrawal of support for the five Rukun Negara nation-building principles?


(Versi BM)

I have said that Ismail Sabri, the ninth Prime Minister of Malaysia, is the weakest Prime Minister in Malaysian history, and this is confirmed by Kedah Mentri Besar’s action banning gambling in Kedah.

Ismail Sabri should clarify whether his “Keluarga Malaysia” includes a ban on gambling and liquor in Malaysia and the withdrawal of support for the five Rukun Negara nation-building principles of belief in God, loyalty to King and country, supremacy of the Constitution, the rule of law and courtesy and morality.

Ismail Sabri should explain why he had not informed Parliament that his government and Cabinet do not support the five Rukun Negara nation-building principles for a plural Malaysia.

It is unbelievable that a Prime Minister from UMNO is repudiating one of the greatest achievements of the second Prime Minister of Malaysia, Tun Razak, in formulating the five nation-building principles for a plural Malaysia.

Indonesia also has Pancasila, the five principles of the Indonesian philosophy of nation-building, viz: belief in God, Just and Civilized Humanity, Unity of Indonesia, Democracy from the deliberation of elected representatives and social justice for all in Indonesia.

Indonesia is catching up with Malaysia because no Indonesian President has repudiated the Pancasila.

Is Ismail going to bungle along and allow his Ministers and coalition partners to repudiate the Rukun Negara?

Yesterday, together with the DAP MP for Damansara Tony Pua and DAP candidate for Duyong, Damien Yeo, I revisited the Hang Tuah well.

At the historic site, which highlights Hang Tuah’s strength of character, I was reminded that Malacca, which achieved a high quality of civilization five hundreds years ago, fell because of corruption, and wondered whether there is going to be a fall of Malaysia and a second fall of Malacca again because of corruption in allowing the return of creeping kleptocracy.

The UMNO Deputy President, Mohamad Hasan, is confident that UMNO can win 18 of the 28 seats UMNO is contesting Malacca – which means UMNO will form the next Malacca State Government.

The person who was responsible for Malaysia becoming a kleptocracy is playing the leading role in the UMNO campaign in the Malacca state general election. What does this imply?

I do not think anyone will disagree when I say that the Transparency International’s report of next year’s Corruption Perception Index (CPI) is going to be a bad one for Malaysia, showing that we are sliding in corruption.

This is before the Malacca general election.

Are we heading for more rampant corruption in Malacca and Malaysia?

Are all our efforts to save Malaysia from kleptocrfacy in the 14th General Election in 2018 going to be in vain?

These will be among the issues that will be decided on Saturday.

(Seventh article in eight-part series by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on “My Years in Malacca” on Wednesday, 17th November 2021)


Adakah larangan terhadap perjudian dan penjualan arak serta penarikan semula sokongan terhadap Rukun Negara ini sebahagian daripada “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri?

Saya telah katakan yang Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan ini adalah Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah negara, perkara ini telah disahkan dengan tindakan Menteri Besar Kedah yang melarang aktiviti perjudian di Kedah.

Ismail Sabri perlu menjelaskan samada larangan terhadap perjudian dan penjualan arak serta penarikan semula sokongan terhadap Rukun Negara — kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan dan kesusilaan — ini sebahagian daripada “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri?

Ismail Sabri perlu menjelaskan mengapa beliau masih belum memaklumkan kepada Parlimen yang kerajaan dan Kabinet beliau tidak menyokong kelima-lima prinsip pembinaan negara bangsa dalam Rukun Negara yang berteraskan Malaysia yang majmuk.

Sukar untuk dipercayai yang seorang Perdana Menteri daripada UMNO sendiri kini menolak salah satu pencapaian terhebat Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Razak, dalam merangka kelima-lima prinsip untuk membina Malaysia yang majmuk.

Indonesia juga mempunyai Pancasila, lima prinsip yang menjadi falsafah pembangunan negara bangsa Indonesia, iaitu: Kepercayaan kepada Tuhan, Kemanusiaan yang adil dan beradab, Penyatuan Indonesia, Demokrasi berteraskan pertimbangan dan musyawarah wakil rakyat, dan Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia.

Indonesia kini sedang mengejar Malaysia, kerana tiada seorang pun Presiden Indonesia yang menolak Pancasila ini.

Adakah Ismail akan terus silap dan membiarkan Menteri-menteri dan rakan gabungan beliau untuk terus menolak Rukun Negara?

Semalam, bersama dengan MP DAP Damansara, Tony Pua dan calon DAP untuk Duyong, Damien Yeo, saya melawat semula telaga Hang Tuah.

Di tapak bersejarah tersebut, yang menunjukkan kekuatan sifat Hang Tuah, saya teringat yang Melaka yang telah mencapai tahap ketamadunan tinggi lima ratus tahun lepas, tumbang kerana rasuah, dan terfikir sama ada suatu hari nanti, akan terjadi pula kejatuhan Malaysia dan berulangnya kejatuhan Melaka buat kali kedua akibat rasuah kerana kita membenarkan kleptokrasi untuk kembali.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, yakin yang UMNO boleh memenangi 18 daripada 28 kerusi yang ditandingi di Melaka — yang bermakna UMNO akan membentuk kerajaan negeri Melaka yang akan datang.

Orang yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi kini sedang memainkan peranan utama berkempen untuk UMNO dalam PRN melaka ini. Apakah maksud perkara ini?

Saya tidak rasa ada sesiapa yang tidak setuju apabila saya katakan yang laporan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun hadapan akan menjadi satu laporan yang buruk untuk Malaysia, menunjukkan kejatuhan anak tangga akibat rasuah.

Semua ini berlaku sebelum PRN Melaka.

Adakah kita akan melihat rasuah yang lebih berleluasa di Melaka dan Malaysia?

Adakah semua usaha kita untuk menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi dalam PRU 14 pada tahun 2018 ini sia-sia?

Inilah antara isu yang akan ditentukan pada hari Sabtu ini.

(Artikel ketujuh daripada lapan artikel oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang tentang “Tahun-tahun saya di Melaka” dikeluarkan pada hari Rabu, 17 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.