Malacca General Election the messiest general election in Malaysian history for six decades with the most number of candidates likely to lose their deposits


(Versi BM)

The Malacca General Election is the messiest general election in Malaysian history for six decades, with the most number of candidates likely to lose their deposits.

There are 112 candidates vying for 28 Malacca State Assembly seats. There will be three-cornered fights in 11 seats, four-way contests in nine, five-cornered battles in five and six-way fights in three.

Although it is a Malacca state general election, it will have far-reaching political future implications for the future of Malaysia and may even decide whether Ismail
Sabri will Prime Minister for the shortest term – shorter than the term served by his “backdoor” predecessor, Muhyiddin Yassin.

It may also decide whether there will be a creeping return of kleptocracy in Malaysia.

One of the weapons used in the Malacca state general election will be lies and misinformation.

A Bersatu leader has already accused the DAP of being “chauvinist” and “anti-Malay”.

I cannot understand this Bersatu leader for I have been in politics some 57 years and I do not have a single anti-Malay bone in my body.

I have on the other hand been accused by the real “chauvinists” of having sold out Chinese rights and interests, and a traitor to the Chinese race, because I had said that optionally learning Jawi does not make one less of a Malaysian – which I did during my first Internal Security Act detention in Muar in 1969.

I can still remember 44 years ago on the night of 8th November 1977 when DAP MPs supported PAS MPs in opposing the declaration of an emergency in Kelantan and a bill to enable the Federal Government to take over the administration of the Kelantan State Government.

DAP MPs opposed the emergency measure in Kelantan in Parliament, which was debated through the night until 2.45 am the next morning.

Nobody accused the DAP of being anti-Malay and anti-Islam then!

Let me ask this Bersatu leader, which is open all politicians in all parties based on Malay mono-ethnic ideology, whether any of them had gone to jail or sacrificed his qualification to be a Member of Parliament in defending the honour and dignity of an underaged Malay girl like the DAP Secretary-General Lim Guan Eng in 1994?

The Malacca state general election is the proper time for one of the great lies and misinformation to be laid to rest.

Although Ismail Sabri has coined the “Keluarga Malaysia” slogan, he has to prove that he can live down his past.

It was only after he became Prime Minister that I found from the social media the leading racist role he played in demonising the DAP as anti-Malay and anti-Islam, especially over the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) ratification issue at the end of 2018.

The DAP leadership knew nothing about the ICERD ratification issue beforehand and we were taken by surprise by the then Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad’s speech at the United Nations that Malaysia was going to ratify ICERD.

The ICERD ratification issue gave the Malay-first politicians the opportunity to go on a racist rampage and Ismail Sabri was one of the leading proponents.

We are still living with the consequences of the toxic politics of lies, misinformation, hatred, race and religion, so deftly mobilised during the ICERD ratification fiasco in 2018, whether it be the “Sheraton Move” conspiracy in February 2020 to topple a democratic and legitimate government and replace it with a backdoor and illegitimate government, or the deadly Covid-19 pandemic which had killed nearly 30,000 people and caused over 2.5 million Covid-19 infections in the past 22 months.

The Foreign Minister at that time is now back as the Foreign Minister.

I call on Saifuddin Abdullah to speak the truth that the ICERD ratification issue at the end of 2008 had nothing to do with the DAP although DAP was accused of being the instigator behind the issue.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang to the DAP Malacca General Election Publicity Committee in Kuala Lumpur on Tuesday, 9th November 2021 at 12 noon)


Pilihan Raya Negeri Melaka adalah pilihan raya paling bercelaru dalam enam dekad sejarah Malaysia, dengan besar kemungkinan ramai calon akan hilang wang deposit

Pilihan Raya Negeri Melaka adalah pilihan raya paling bercelaru dalam enam dekad sejarah Malaysia, dengan besar kemungkinan ramai calon akan kehilangan wang pertaruhan.

Terdapat 112 calon yang akan merebut 22 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka. Berlaku pertembungan tiga penjuru di 11 kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, lima penjuru di lima kerusi dan enam penjuru di tiga kerusi.

Meskipun ini cuma pilihan raya negeri, ia tetap akan memberikan impak yang meluas terhadap masa depan Malaysia, malah akan menentukan nasib Ismail Sabri — sama ada beliau akan menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia, lebih singkat daripada perdana menteri kerajaan “pintu belakang”, Muhyiddin Yassin.

Ia juga akan menentukan sama ada kleptokrasi akan kembali mencengkam Malaysia.

Salah satu senjata yang digunakan dalam kempen pilihan raya negeri Melaka ini adalah pembohongan dan penyebaran maklumat salah.

Antaranya pihak yang menggunakan senjata itu adalah pemimpin Bersatu yang baru-baru ini menuduh DAP sebagai cauvinis dan anti-Melayu.

Saya tidak faham mengapa beliau perlu membuat tuduhan semberono begitu. Saya telah menceburi bidang politik hampir 57 tahun dan tidak pernah sekalipun saya anti-Melayu.

Di satu pihak yang lain pula, mereka menuduh saya sebagai cauvinis sebenar yang telah menggadaikan kepentingan dan hak kaum Cina, selain memomokkan saya sebagai pengkhianat kepada kaum Cina, kerana saya pernah berkata bahawa belajar Jawi atas pilihan sendiri tidak menjadikan seseorang itu kurang menjiwai semangat rakyat Malaysia — Hakikatnya, saya memang pernah mempelajari Jawi ketika pertama kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Muar pada 1969.

Saya masih ingat, 44 tahun lalu, pada malam 8 November 1977 semasa Ahli Parlimen DAP menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen PAS yang ketika itu menolak pengisytiharan darurat di Kelantan dan membantah usul yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Ahli Parlimen DAP menyuarakan bantahan di Parlimen berhubung usul pelaksanaan darurat di Kelantan, yang mana dibahaskan sehingga jam 2.45 pagi keesokan harinya.

Masa itu, tiada pula yang mengatakan DAP anti-Melayu dan anti-Islam!

Benarkan saya untuk mengajukan satu soalan kepada pemimpin Bersatu berkenaan dan persoalan ini juga terbuka untuk dijawab oleh semua ahli politik yang bergiat dalam parti-parti politik yang bertunjangkan ideologi ketuanan Melayu — Pernahkah mereka dipenjarakan atau mengorbankan kelayakan mereka sebagai Ahli Parlimen kerana semata-mata mempertahankan maruah dan kehormatan seorang gadis Melayu bawah umur seperti yang pernah dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 1994?

Pilihan Raya Negeri Melaka adalah wadah yang sesuai untuk menguburkan segala pembohongan dan penyebaran maklumat salah seumpama ini.

Meskipun Ismail Sabri sudah ‘insaf’ dan mencipta slogan “Keluarga Malaysia”, beliau perlu membuktikan bahawa beliau telah benar-benar berubah.

Hanya setelah beliau menjadi perdana menteri barulah saya terjumpa pelbagai poster dan kenyataan beliau yang menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti Islam di media sosial, terutama berhubung isu ratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada penghujung tahun 2018.

Pemimpin DAP tidak tahu-menahu tentang isu ratifikasi ICERD sehinggalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Malaysia akan meratifikasi ICERD semasa beliau berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Isu ratifikasi ICERD memberikan “peluru” kepada ahli politik ketuanan Melayu untuk mengeluarkan kenyataan rasis dan Ismail Sabri adalah salah seorang yang menangguk di air keruh dalam isu berkenaan.

Kita terperangkap dalam suasana toksik pembohongan, penyebaran maklumat salah, kebencian, perkauman dan keagamaan, yang mudah dijadikan alat sewaktu isu ICERD mula meletus pada 2018, yang juga mencetuskan konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menggulingkan sebuah kerajaan yang sah dan dipilih secara demokratik, yang kemudiannya digantikan dengan kerajaan pintu belakang dan tidak sah, malah menyebabkan hampir 30,000 terkorban dan lebih 2.5 juta dijangkiti wabak Covid-19 sepanjang 22 bulan lalu.

Menteri Luar Negeri yang bertanggungjawab terhadap isu ICERD itu dilantik semula ke jawatan asal dalam kerajaan baharu.

Saya menggesa Saifuddin Abdullah untuk menyatakan perkara sebenar bahawa DAP tidak ada kena-mengena dengan isu ratifikasi ICERD meskipun DAP telah dituduh sebagai dalangnya.

(Ucapan oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam mesyuarat Jawatankuasa Publisiti DAP Pilihan Raya Negeri Melaka di Kuala Lumpur pada Selasa, 9 November 2021, 12 jam tengah hari)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.