Ismail Sabri should stop making “motherhood statements” but act or explain why no action is being taken against two former Prime Ministers for violating the Health Ministry SOP for the Malacca general election


(Versi BM)

The Prime Minister, Ismail Sabri should stop making “motherhood statements” but act or explain why no action is being taken against the two former Prime Ministers, Najib Razak and Muhyiddin Yassin, for violating the Health Ministry SOP for the Malacca General Election banning physical election campaigns and “disguised” events.

Ismail Sabri has an alternative – admit that the Health Ministry SOP was not suitable and not well thought through and should be repealed and replaced by a more suitable one – the result of the consultation of the Health Ministry, Election Commission, the political parties and interested NGOs.

Or is the Malacca general election to see a new form of Dua Darjat in the Covid-19 pandemic SOP, completely at variance with the 2022 Budget which aims to safely open up the economy and the country without worsening the Covid-19 pandemic?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 2nd November 2021)


Ismail Sabri perlu berhenti menyatakan perkara yang sudah diketahui umum, sebaliknya beliau perlu bertindak atau memberikan penjelasan mengapa tidak ada tindakan diambil terhadap dua orang mantan Perdana Menteri kerana melanggar SOP PRN Melaka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan

Perdana Menteri, Ismail Sabri perlu berhenti menyatakan perkara yang sudah diketahui umum, sebaliknya beliau perlu bertindak atau memberikan penjelasan mengapa tidak ada tindakan diambil terhadap dua orang mantan Perdana Menteri kerana melanggar SOP Pilihan Raya Negeri Melaka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan yang melarang aktiviti kempen secara fizikal atau apa-apa “acara secara sembunyi” berkenaan PRN tersebut.

Ismail Sabri ada alternatif — beliau boleh mengakui yang SOP Kementerian Kesihatan ini tidak sesuai dan tidak difikirkan sepenuhnya dan patut dibatalkan dan digantikan dengan SOP yang lebih sesuai dengan konsultasi bersama pihak Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Pilihan Raya, parti-parti politik, dan NGO yang berminat.

Atau adakah PRN Melaka ini akan menunjukkan bentuk baharu layanan dua darjat dalam pelaksanaan SOP Covid-19, satu perkara yang sama sekali bertentangan dengan Belanjawan 2022 yang menyasarkan untuk membuka semula ekonomi dan aktiviti dalam negara secara selamat tanpa menambah buruk keadaan pandemik Covid-19?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 2 November 2021)

 

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.