The 12th Malaysia Plan – Prime Minister and former Prime Ministers


While the Prime Minister, Ismail Sabri was stonily reading from the tele-prompter his 12th Malaysia Plan speech to launch the 12th Malaysia Plan in Parliament yesterday, I cannot but look at two former Prime Ministers, one who had presented two five-year Malaysia Plans in Parliament and one who must have thought he should be at the lectern delivering the 12th Malaysia Plan speech if not for the sabotage by his erstwhile political comrades just over a month ago.

They were seated on the same row, although one place apart – but they had no contact or interaction with each other and for both, the other former Prime Minister could be as far away as in a foreign land.

The former Prime Minister who had presented five five-year Malaysia Plans in Parliament from 1981-2001 was absent or it would be most interesting to speculate what was going through his mind during Ismail’s speech.

There was another Member of Parliament who should be presenting the 12th Malaysia Plan if not for the Sheraton Move conspiracy in February 2020 which negatived the mandate by the electorate in the 14th General Election on May 9, 2018 and ushered Malaysia into an era of illegitimate and backdoor governments, using all sorts of tricks and stratagems to keep such a government alive – including the declaration of an unconstitutional emergency.

Would his chance to be Prime Minister come in the 15th General Election, whether in 2022 or 2023?

Be that as it may, Malaysia is in a new political landscape as a result of confidence-supply-reform (CFR) Memorandum of Understanding (MOU) signed by the Prime Minister, Ismail Sabri and Pakatan Harapan leaders, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu and Wilfred Madius Tangau on 10th September 2021 so that all Members of Parliament can single-mindedly focus on winning the war against the Covid-19 pandemic which had caused over two million Covid-19 cases and over 25,000 deaths, and reset institutional and parliamentary reforms to pave the way for economic, social and national recovery.

Malaysia faces a new challenge with the launch of the 12th Malaysia Plan yesterday.

Can Malaysia rise like a phoenix to triumph over the setbacks and disasters of the past or will it end up as a kleptocracy, kakistocracy and a failed state as forewarned by the Covid-19 pandemic where Malaysia ended in the past year as one of worst-performing nations in the world?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, Sept. 28, 2021)


Rancangan Malaysia ke-12 — Perdana Menteri dan mantan-mantan Perdana Menteri

Semasa Perdana Menteri Ismail Sabri membaca ucapan Rancangan Malaysia Ke-12 beliau secara kaku daripada mesin teleprompter beliau di Parlimen semalam, saya tidak dapat mengelak daripada memerhatikan gelagat dua orang mantan Perdana Menteri, seorang yang pernah membentangkan dua RMK di Parlimen dan seorang lagi yang pastinya merasakan beliaulah yang sepatutnya menyampaikan ucapan pelancaran RMK-12 semalam jika beliau tidak disabotaj oleh rakan-rakan politik beliau sebulan yang lepas.

Mereka duduk di barisan yang sama, dipisahkan dengan satu tempat duduk — tetapi tidak ada sebarang hubungan atau interaksi di antara keduanya dan bagi beliau, mantan Perdana Menteri yang seorang lagi itu seperti berada di negara asing.

Mantan Perdana Menteri yang telah membentangkan lima RMK di antara tahun 1981 sehingga tahun 2001 pula tidak ada di Dewan. Jika tidak, pastinya menarik untuk meneka apa yang sedang berlegar dalam fikiran beliau semasa ucapan pelancaran Ismail Sabri.

Terdapat juga seorang lagi Ahli Parlimen yang sepatutnya membentangkan RMK-12 ini tetapi terhalang akibat berlakunya Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, yang menafikan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan membawa masuk Malaysia ke dalam era kerajaan pintu belakang yang tidak sah, yang menggunakan pelbagai helah untuk terus kekal berkuasa, termasuklah dengan mengumumkan darurat yang mencabuli perlembagaan.

Adakah peluang untuk beliau menjadi Perdana Menteri akan tercapai dalam Pilihan Raya Umum ke-15, baik pada tahun 2022 atau 2023?

Apa-apa pun, Malaysia kini berada dalam suatu landskap politik baharu hasil daripada persetujuan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi yang dimeterai di antara Perdana Menteri, Ismail Sabri, dan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, dan Wifred Madius Tangau pada 10 September 2021 bagi membolehkan semua Ahli-ahli Parlimen menumpukan segala usaha untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 yang telah menjangkiti lebih daripada dua juta orang di negara kita dan mengorbankan lebih daripada 25,000 nyawa, dan juga untuk membolehkan kita menetapkan reformasi institusi dan parlimen untuk membuka jalan kepada pemulihan ekonomi dan kehidupan sosial dalam negara.

Malaysia berhadapan dengan cabaran baharu dengan pelancaran Rancangan Malaysia ke-12 semalam.

Bolehkah kita kembali semula untuk mengatasi semua kemunduran dan bencana yang dihadapi sebelum ini atau adakah kita akan berakhir sebagai sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal, seperti pengendalian wabak Covid-19 kita yang dilihat sebagai salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa, 28 September 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.