Congrats Khairy, for bringing down daily new Covid-19 cases to below 14,000 cases yesterday – first time since two months ago – and now to surmount the next hurdle to bring down daily new Covid-19 cases to below 4,000 cases as four months ago and supposed to be one of the three thresholds for transiting from Phase One of National Recovery Plan


Congratulations to Khairy Jamaluddin, the Health Minister, for bringing down daily new Covid-19 cases to below 14,000 cases yesterday – the first time since two months ago – and now to surmount the next hurdle to bring down daily new Covid-19 cases to below 4,000 cases as four months ago and which was supposed to be one of the three thresholds for transiting from Phase One of the National Recovery Plan announced by the former Prime Minister on 15th June 2021.

There is also the good news of daily Covid-19 deaths plunging from 487 deaths (including 161 Brought-in-Dead BID deaths) on Tuesday to 116 Covid-19 deaths (with only 29 BID deaths) yesterday.

I have been pressing Khairy for the last few days to explain the actual position with regard to Covid-19 deaths, especially with the huge backlog of corpses in the government hospitals which have not been analysed and undergone a post-mortem, as the issue is shrouded in great mystery and gravely affected the government’ and Khairy’s credibility on Covid-19 data in Malaysia.

This is as good a time as any for Khairy to come clean about the actual situation of Covid-19 deaths which goes back to the period under the previous Health Minister.

In the process, Khairy should explain why the new website, CovidNow, was only updated well past 6 am this morning, resulting in the Worldometer website updating its Malaysia data on Covid-19 deaths yesterday only at 7 am today.

There are those who claim that Malaysia is a success story in the war against the Covid-19 pandemic.

If having the longest Covid-19 wave the world – going on for a year and still without any sign of subsiding – and causing two million Covid-19 cases and nearly 25,000 Covid-19 deaths (including about 5,000 BID Covid-19 deaths), and catapulting Malaysia to the top of the world to be No. 1 country in “Death in the last seven days per 1 million population” (except for mini-states and tiny island nations) is a success story, we clearly have a different story of what constitutes a “success story”.

Two days go, China, which was the world’s No. 1 country with the most cumulative total of Covid-19 cases at the beginning of the Covid-19 pandemic, fell another place to be ranked No. 110 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases, while Malaysia will overtake another country tomorrow to be ranked world’s top No. 20 when we were No.89 when we celebrated our 63rd National Day last year.

Which country is the success story in the war against Covid-19 pandemic?

I won’t waste time on such intellectual pygmies.

The Covid-19 pandemic is an existential threat to Malaysia.

The primary reason for the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) signed by the Prime Minister, Ismail Sabri and Pakatan Harapan leaders is the worsening Covid-19 pandemic.

This is the time for all Malaysians, regardless of race, religion, region or politics to unite and overcome this common but invisible enemy, the coronavirus which has wrought such havoc on the lives and livelihoods of Malaysians and damaged the national fabric of Malaysia whether homes, schools, universities, factories or offices.

The DAP is a Malaysian patriotic party owing loyalty, love and dedication to all Malaysians, regardless of race, religion, region or politics.

This is why the DAP will go all out to co-operate to ensure that Malaysia wins the war against the Covid-19 pandemic, as the alternative is unthinkable, but we will be unsparing in our criticisms where things go wrong.

Let me be frank – the only redeeming feature of the Cabinet of the Prime Minister, Ismail Sabri, is the appointment of Khairy Jamaluddin as the new Health Minister.

All Malaysians want Khairy Jamaluddin to succeed in winning the war against the Covid-19 pandemic which poses an existential threat to Malaysia and I am not shy to say that I am no exception.

I will be unsparing in my views and criticisms of Khairy in the war against Covid-19 pandemic, not because I want him to fail but because I want him to succeed!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, Sept. 24, 2021)

 


Tahniah Khairy, kerana berjaya menurunkan kes harian baharu Covid-19 ke paras bawah 14,000 semalam — pertama kali sejak dua bulan lepas — sekarang beliau perlu bekerja lebih keras untuk menurunkan angka kes harian baharu Covid-19 ke paras bawah 4,000 seperti empat bulan yang lepas, yang mana sepatutnya menjadi salah satu dari tiga syarat untuk beralih dari Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara

Tahniah kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerana berjaya menurunkan kes harian baharu Covid-19 ke paras bawah 14,000 semalam — pertama kali sejak dua bulan lalu — dan sekarang perlu bekerja lebih keras untuk menurunkan angka kes harian baharu Covid-19 ke paras bawah 4,000 seperti empat bulan lalu dan yang mana sepatutnya menjadi salah satu daripada tiga syarat untuk beralih dari Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara seperti diumumkan Perdana Menteri terdahulu pada 15 Jun 2021.

Ada lagi perkhabaran baik; angka kes kematian akibat Covid-19 menurun dari 487 kes (termasuk 161 kematian di luar fasiliti (BID)) pada Selasa kepada 116 kes (termasuk 29 BID) semalam.

Sejak beberapa hari lalu, saya telah berkali-kali menggesa Khairy untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kes kematian berkaitan Covid-19, terutama berhubung masalah tunggakan (backlog) pengurusan mayat di hospital kerajaan yang mana masih belum dianalisis dan dilakukan bedah siasat, kerana isu ini diselubungi misteri dan memberi kesan terhadap kredibiliti kerajaan dan Khairy sendiri dalam mempersembahkan data berkaitan Covid-19.

Ini adalah masa terbaik untuk Khairy berterus terang tentang situasi sebenar berhubung kematian akibat Covid-19 sejak zaman Menteri Kesihatan sebelum ini.

Selain itu, Khairy harus menjelaskan mengapa laman web baharu, CovidNow, hanya dikemaskini selepas jam 6 pagi hari ini ini, menyebabkan laman web Worldometer mengemaskini data kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia semalam, pada jam 7 pagi hari ini.

Ada pihak yang mendakwa Malaysia telah berjaya dalam perang melawan wabak Covid-19.

Jika mengalami gelombang Covid-19 terpanjang di dunia — berlarutan selama setahun dan tanpa tanda-tanda akan reda — dan merekodkan dua juta kes Covid-19 dan hampir menyebabkan hampir 25,000 terkorban (termasuk kira-kira 5,000 kes BID), dan meletakkan Malaysia di kedudukan nombor satu di dunia dalam kategori “kematian per sejuta penduduk sepanjang enam hari lalu” (kecuali negara-negara kecil dan negara-negara pulau) dianggap sebagai suatu kisah kejayaan, kita mungkin ada idea yang berbeza tentang maksud sebenar “kisah kejayaan”.

Dua hari lalu, China, yang mana pernah menjadi negara nombor satu dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi pada awal penularan wabak itu, turun ke kedudukan ke-110 antara negara-negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi, sementara Malaysia pula dilihat akan memintas negara lain esok, untuk berada di kedudukan ke-20 di dunia, sedangkan kita pernah berada di kedudukan ke-89 semasa kita menyambut Hari Malaysia ke-63 tahun lalu.

Negara manakah yang telah berjaya dalam perang melawan wabak Covid-19?

Saya tidak akan membuang masa untuk menjawab persoalan cetek seumpama itu.

Covid-19 membawa ancaman kepada negara.

Situasi penularan wabak Covid-19 yang kian memburuk adalah sebab utama mengapa pemimpin Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan atau latar belakang politik untuk bersatu dan melawan musuh bersama ini, iaitu coronavirus yang telah memusnahkan kehidupan dan mata pencarian rakyat Malaysia, selain merobek fabrik sosial Malaysia tidak kira di rumah, sekolah, pusat pengajian tinggi, kilang atau pejabat.

DAP adalah sebuah parti anak Malaysia yang patriotik yang sentiasa bersedia untuk mencurahkan taat setia, cinta dan dedikasi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan atau politik.

Ini sebabnya mengapa DAP akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan Malaysia menang dalam perang melawan wabak Covid-19, namun kami akan tetap memberikan kritikan yang membina jika kerajaan melakukan sebarang kesalahan.

Biar saya berlaku jujur — satu-satunya berita baik dalam peristiwa pembentukan Kabinet Perdana Menteri, Ismail Sabri adalah pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan.

Semua rakyat Malaysia mahu dan mengharapkan Khairy berjaya dalam mengemudi perang melawan Covid-19 yang mengancam negara, dan saya tidak segan untuk mengakui bahawa saya adalah seorang daripadanya.

Saya akan terus melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Khairy dalam usahanya untuk memerangi Covid-19, bukan kerana saya mahu beliau tersungkur gagal tetapi sebaliknya untuk melihat beliau berjaya!

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 24 September 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.