With the Sabri Ismail Cabinet sworn in, can the new Health Minister Khairy explain why despite the full national vaccination rate reaching 44.5 per cent of the population, Malaysia is still having an upsurge of daily new Covid-19 cases and deaths


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The death of former Sabah Governor and Chief Minister, Sakaran Dandai, former Sabah Deputy Chief Minister and Bersatu Supreme Council member Lajim Ukin, former Chief Secretary, Ahmad Sarji Abdul Hamid and Pakatan Harapan Youth chief, Shazni Munir Mohd Ithnin and the inability of a Deputy Minister to be sworn in by the Yang di Pertuan Agong today underlined the importance of a single-minded purpose of the new Cabinet and the Malaysian people to win the war against the
Covid-19 pandemic and end the high rate of loss of lives and destruction of livelihoods and the Malaysian economy.

With the Sabri Ismail Cabinet sworn in, can the new Health Minister Khairy Jamaluddin explain why despite the full national vaccination rate reaching 44.5 per cent of the population, Malaysia is still having an upsurge of daily new Covid-19 cases and deaths as to be ranked No. 6 in the world for daily new Covid-19 cases and ranked as the world’s No. 7 for daily new Covid-19 deaths yesterday?

Malaysia compares most unfavourably with France, Spain, Italy and Germany – the
European nations which had topped the world in the early phases of the Covid-19 pandemic as worst-performing nations – as their high vaccination rates have been accompanied by lower new daily Covid-19 cases and Covid-19 deaths?

Even United Kingdom has been able to have lower fatality rates despite high new daily Covid-19 cases.

Khairy should also explain why for six consecutive days, Malaysia is having more daily new Covid-19 cases than Indonesia and Philippines, despite these two countries having bigger populations.

In fact, we beat all ASEAN and Asian nations in the “new cases per million population” on August 28, 2021 on the “Our World In Data” website, and we are ten times the world average of 68.39 as Malaysia’s score is 689.43.

When will Khairy announce a new policy based on science and data, adopt an “all-of-government” and “whole-of-nation” strategy and approach involving a total mobilisation of Malaysians and end the “Dua Darjat” mentality which I had been advocating for the past 20 months?

When will Malaysians begin to see the result in turning the tide of defeat in the war against the Covid-19 pandemic – whether in September or which month?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, August 30, 2021)

 


Selepas Kabinet Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan hari ini, bolehkah Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy menjelaskan mengapa meskipun kadar vaksinasi kebangsaan mencapai 44.5 peratus populasi, Malaysia masih mencatatkan lonjakan kes harian baharu Covid-19 dan kes kematian akibat wabak itu

Pemergian mantan Yang di-Pertua dan Ketua Menteri Sabah, Sakaran Dandai; mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bersatu, Lajim Ukin; mantan Ketua Setiausaha Negara, Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin serta peristiwa seorang Timbalan Menteri tidak dapat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, seharusnya membuka mata barisan ahli Kabinet yang baharu dan rakyat Malaysia tentang kepentingan untuk memberikan tumpuan tunggal terhadap kemenangan dalam perang melawan wabak Covid-19 selain mengakhiri peningkatan berterusan angka kematian dan kemusnahan terhadap mata pencarian rakyat Malaysia serta ekonomi negara yang disebabkan oleh penularan wabak berkenaan.

Selepas Kabinet Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan hari ini, bolehkah Menteri Kesihatan yang baharu, Khairy Jamaluddin menjelaskan mengapa meskipun kadar vaksinasi kebangsaan mencapai 44.5 peratus populasi, Malaysia masih mencatatkan lonjakan kes harian baharu Covid-19 dan kematian akibat wabak itu kerana semalam kita ditempatkan di kedudukan ke-6 di dunia untuk kes harian baharu Covid-19 dan berada di kedudukan ke-7 di dunia untuk kes kematian harian Covid-19?

Jika dibandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Jerman — negara-negara eropah yang pada awalnya menunjukkan prestasi yang buruk — negara-negara tersebut kini mencatatkan kadar kes harian baharu Covid-19 dan kes kematian akibat wabak itu lebih rendah sejajar dengan peningkatan kadar pemberian vaksin.

Malah, United Kingdom juga telah berjaya menurunkan kadar kematian meskipun mencatatkan kes harian baharu Covid-19 yang tinggi.

Khairy juga perlu menjelaskan mengapa untuk enam hari berturut-turut, Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid-19 lebih tinggi berbanding Indonesia dan Filipina, meskipun kedua-dua negara untuk mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai.

Bukan itu sahaja, kita turut menewaskan semua negara ASEAN dan Asia untuk “kes baharu persejuta penduduk” pada 28 Ogos 2021 seperti yang disiarkan dalam laman web “Our World In Data. Kita menerima markah sebanyak 689.43, iaitu 10 kali ganda kadar purata dunia sebanyak 68.39.

Bilakah Khairy akan mengumumkan sebuah dasar baharu yang berlandaskan data dan sains, selain menerapkan pendekatan dan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan negara” yang melibatkan mobilasi seluruh rakyat Malaysia selain mengakhiri mentaliti “Dua Darjat” yang telah disuarakan saya sejak 20 bulan lalu?

Bilakah rakyat Malaysia akan dapat melihat kekalahan dalam peperangan melawan wabak ini akhirnya bertukar menjadi suatu kemenangan — adakah dalam bulan September atau bila?

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 30 Ogos 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.