(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Yesterday, we set a new record for daily new Covid-19 cases – 22,948 cases and today, we will set another new record by breaking the 1.5 million-mark for cumulative total of Covid-19 cases. Will we set another record on Saturday, 21st August, by breaking pass the 14,000 mark for Covid-19 deaths?
On January 11, 2021 when emergency was proclaimed to combat the Covid-19 pandemic, there was a cumulative total of 138,224 Covid-19 cases and 555 Covid-19 deaths.
We have now a cumulative total 1,489,460 Covid-19 cases and 13,480 Covid-19 deaths – about 11 times the number of Covid-19 cases and 24 times the Covid-19 deaths since January 11 this year.
We are set to overtake Chile, in a week’s time, and the Czechia Republic in two days thereafter, to be ranked No. 23 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases, and the question is whether we will overtake Philippines, now ranked No. 22 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases by the 58th Malaysia Day.
Malaysia faces a grim future as it is set to pass 1.7 million mark for Covid-19 cases and over 15,000 Covid-19 deaths on 64th National Day on August 31 and pass the two million mark for Covid-19 cases and over 19,000 Covid-19 deaths on 58th Malaysia Day on Sept 16, 2021.
Can we avert these calamitous figures on Malaysia’s 64th National Day and 58th Malaysia Day?
This will the greatest test for the ninth Prime Minister of Malaysia.
Is he prepared to stake his premiership on his ability to turn the tides of defeat and gain control of the invisible but lethal war against the Covid-19 pandemic to save lives and livelihoods?
This is the question every Malaysian would be asking when the new Prime Minister is announced.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 20th August 2021)
Malaysia berdepan masa depan suram apabila negara kita bakal melepasi tahap 1.5 juta kes hari ini, dan 1.7 juta kes Covid-19 dengan lebih dari 15,000 kematian akibat Covid-19 pada Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos dan melepasi paras 2 juta kes Covid-19 dengan lebih 19,000 kematian pada Hari Malaysia, 16 September 2021
Semalam, kita memecahkan satu lagi rekod kes harian baharu Covid-19 — 22,948 kes dan hari ini, kita bakal memecahkan rekod lain dengan mencapai paras 1.5 juta untuk jumlah kumulatif kes Covid-19. Adakah kita akan mencipta satu lagi rekod baharu pada Sabtu, 21 Ogos, dengan melepasi paras 14,000 untuk kematian akibat wabak itu?
Pada 11 Januari 2021, semasa darurat diisytiharkan untuk melawan wabak Covid-19, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 138,224 dengan 555 kematian.
Kini, kita mempunyai jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 1,489,460 dengan 13,480 kematian — kira-kira 11 kali ganda jumlah kes Covid-19 dan 24 kali ganda jumlah kematian akibat wabak itu sejak 11 Januari tahun ini.
Kita bakal memintas Chile, dalam tempoh seminggu, dan Republik Czech dalam masa dua hari selepas itu, untuk berada di kedudukan ke-23 antara negara-negara dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi, dan berdepan persoalan sama ada kita juga bakal memintas Filipina, yang kini berada di kedudukan ke-22 dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi, menjelang sambutan Hari Malaysia ke-58.
Malaysia berdepan masa depan suram ekoran bakal melepasi paras 1.5 juta kes hari ini, dan melepasi paras 1.7 juta kes Covid-19 dengan lebih 15,000 kematian akibat Covid-19 pada Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos dan melepasi paras 2 juta kes Covid-19 dengan lebih 19,000 kematian pada Hari Malaysia, 16 September 2021
Mampukah kita mengelakkan angka-angka mengerikan ini daripada direkodkan pada Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58?
Ini bakal menjadi ujian terbesar buat Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.
Adakah beliau bersedia untuk mempertaruhkan kepemimpinannya pada kemampuannya untuk mengubah arus kekalahan dan menguasai perang yang tidak dapat dilihat tetapi amat berbahaya terhadap wabak Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia?
Ini adalah persoalan yang akan dipertanyakan setiap rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri baharu diumumkan kelak.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 20 Ogos 2021)