Will Dewan Rakyat meet on August 16 and Dewan Negara meet from August 17 – 19 on completion of the two-week suspension of the Parliament special meeting because of Covid-19 pandemic as advised by Noor Hisham?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Today is a black mark in Malaysian parliamentary history.

I do not think anyone, whether in the past, present or future would have thought that there would be a day when Malaysian Members of Parliament would be blocked from the Malaysian Parliament.

In 1933, Hitler was suspected of burning down the German Parliament – the infamous Reichstag fire – to begin his dictatorial Nazi rule.

Is Malaysia to have its infamous history where Parliament is locked down using the Covid-19 pandemic as an excuse to save the backdoor, illegitimate and undemocratic from being toppled in a major constitutional crisis of its own making?

Health director-general Noor Hisham Abdullah had proposed on August 1 that the special parliamentary meeting be postponed for two weeks.

Will Dewan Rakyat therefore meet on August 16 and the Dewan Negara meet from August 17 – 19 on completion of the two-week suspension of the Parliament special meeting because of the Covid-19 pandemic as advised by Noor Hisham?

(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 2nd August 2021)

 


Adakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan bersidang semula pada 16 ogos dan 17-19 Ogos selepas penggantungan sidang selama dua minggu kerana wabak Covid-19 seperti yang dinasihatkan oleh Noor Hisham?

Hari ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah berparlimen negara kita.

Saya tidak terfikir sesiapa pun, baik di masa lepas, sekarang, atau dari masa hadapan, yang akan menjangkakan akan ada satu hari di mana Ahli-ahli Parlimen Malaysia dihalang daripada datang ke Parlimen.

Pada tahun 1933, Hitler disyaki menjadi dalang di sebalik pembakaran Parlimen Jerman — kejadian Kebakaran Reichstag — untuk memulakan pemerintahan diktator Nazi beliau.

Adakah juga akan mencatatkan sejarah memalukan di mana Parlimen dikunci menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menyelamatkan kerajaan pintu belakang yang tidak sah dan tidak demokratik daripada ditumbangkan dalam sebuah krisis perlembagaan besar yang disebabkannya sendiri?

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah telah mencadangkan supaya persidangan khas Parlimen pada 1 Ogos ditunda selama dua minggu.

Adakah Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 16 Ogos, dan Dewan Negara bersidang semula pada 17 sehingga 19 Ogos, dua minggu selepas tempoh penggantung sidang akibat wabak Covid-19 seperti yang dicadangkan oleh Noor Hisham ini?

(Kenyataan Media (3) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 2 Ogos 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.