Sixty hours to a major constitutional crisis in Malaysia and double whammy for Malaysians?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Are we some sixty hours to a major constitutional crisis in Malaysia – which will be a double whammy for Malaysians on top of the mishandling of the Covid-19 pandemic which has catapulted Malaysia to be one the world’s dozen countries which are the worst performers in the pandemic whether because of daily new cases or daily Covid-19 deaths.

If by Saturday midnight – some sixty hours from now – there is no Royal Assent to the revocation of six Emergency Ordinances announced in Parliament on Monday by the Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Parliament), Takiyuddin Hassan, Malaysia will be plunged into a major constitutional crisis.

The statement by the UMNO President, Ahmad Zahid Hamidi, that UMNO had no prior knowledge that the emergency ordinances had been “revoked” is one of many indications of a major constitutional crisis in-the-making.

There are at least six other indications to show that a major constitutional crisis is in-the-making, viz:

1. Statement by the Federal Territories Minister Annuar Musa that the revocation of the six Emergency Ordinances are still in the process of revocation.

2. The absence of gazette of the Royal Assent and revocation of the six Emergency Ordinances in the past week;

3. The inability of the Minister in the Prime Minister’s Department and the Prime Minister himself to declare that Royal Assent had been given to the revocation of the six Emergency Ordinances, despite being questioned in Parliament daily for the last three days;

4. The letter by the Parliament Speaker to the MP for Bruas, Ng Koo Ham, rejecting his motion to annul the Emergency Ordinances on technical grounds, instead of on the ground that the emergency Ordinances had been revoked; and

5. The failure to inform MPs of the revocation when the six Emergency Ordinances were laid before the House.

This is a national tragedy for it had distracted Parliament, in its special meeting, to focus singly on the Covid-19 pandemic, as the issue of whether six Emergency Ordinances had been properly revoked had haunted the last three days of Parliament.

It showed a government in paralysis, unable to plan and to take action to ensure that when the country is marking its 64th National Day on August 31, the country will not be having more than 1.5 million Covid-19 cases and 1,500 Covid-19 deaths and reaching two million Covid-19 cases and nearly 20,000 Covid-19 deaths when marking the 58th Malaysia Day on Sept. 16, 2021.

Why is the position of the Attorney-General, Idris Harun on whether the six Emergency Ordinances have been revoked – to the Government, to the Yang di Pertuan Agong and to the people of Malaysia?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Thursday, July 29, 2021)


Adakah Malaysia berhadapan dengan krisis perlembagaan yang besar dan masalah berganda dalam kurang dari 60 jam?

Adakah kita sedang menuju ke arah sebuah krisis perlembagaan di Malaysia dalam tempoh kurang daripada 60 jam dari sekarang — yang mana akan menjadi masalah berganda buat rakyat Malaysia selain daripada kesilapan dalam mengendalikan isu pandemik Covid-19 yang mana telah meletakkan kedudukan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang menunjukkan prestasi terburuk dalam pengendalian wabak berkenaan sama ada dalam kategori kes harian baru mahupun kematian harian akibat Covid-19.

Jika menjelang tengah malam Sabtu ini — atau 60 jam dari sekarang — tiada Perkenan Diraja diberikan untuk pembatalan enam Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Takiyuddin Hassan pada Isnin lalu di Parlimen, tidak mustahil Malaysia akan terjerumus ke dalam krisis perlembagaan.

Kenyataan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bahawa UMNO tidak mengetahui Ordinan Darurat telah “dibatalkan” adalah salah satu petanda bahawa krisis perlembagaan bakal berlaku.

Terdapat enam lagi petanda yang menunjukkan bahawa krisis perlembagaan bakal berlaku dalam masa terdekat, antaranya:

1. Kenyataan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa bahawa pembatalan enam Ordinan Darurat berkenaan masih dalam proses.

2. Tiadanya pewartaan Perkenan Diraja dan pembatalan enam Ordinan Darurat sejak seminggu yang lalu;

3. Kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri untuk menyatakan bahawa Perkenan Diraja telah diberikan untuk pembatalan enam Ordinan Darurat tersebut, meskipun perkara itu dibangkitkan setiap hari di Parlimen sejak tiga hari lalu;

4. Surat oleh Speaker kepada Ahli Parlimen Bruas, Ng Koo Ham, yang menolak usul untuk membatalkan Ordinan Darurat dengan alasan teknikal, dan bukannya dengan alasan bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan; dan

5. Kegagalan untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen mengenai pembatalan tersebut semasa enam Ordinan Darurat berkenaan dibentangkan di Dewan yang mulia.

Ini adalah sebuah tragedi buat negara kerana isu ini telah mengalihkan perhatian Parlimen, dalam sidang khasnya, daripada pengendalian wabak Covid-19, kerana isu sama ada pembatalan enam Ordinan Darurat telah dibuat melalui proses yang wajar telah menjadi topik hangat yang dibangkitkan di Parlimen sejak tiga hari lalu.

Ini menunjukkan kerajaan kini dalam keadaan lumpuh, tidak dapat merancang dan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa negara kita tidak akan merekodkan lebih dari 1.5 juta kes Covid-19 dan 1,500 kematian akibat wabak itu menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos, mahupun mencapai dua juta kes Covid-19 dan hampir 20,000 kematian akibat wabak berkenaan menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Apakah pendirian Peguam Negara, Idrus Harun berkenaan sama ada enam Ordinan Darurat telah dibatalkan — kepada kerajaan, kepada Yang di-Pertuan Agong dan kepada seluruh rakyat Malaysia?

Rabu, 28 Julai 2021:

*Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi krisis berperlembagaan yang besar sekiranya tidak ada persetujuan diraja dan pewartaan pembatalan enam Ordinan Darurat menjelang hari Sabtu ini, mengalihkan perhatian negara daripada fokus kepada usaha untuk memastikan negara kita tidak mencatatkan 1.5 juta kes menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos atau mencatatkan 2 juta kes menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September*

Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi krisis berperlembagaan yang besar sekiranya tidak ada persetujuan diraja dan pewartaan untuk pembatalan enam Ordinan Darurat.

Perkara ini akan mengalihkan perhatian negara daripada fokus kepada usaha untuk memastikan negara kita tidak mencatatkan 1.5 juta kes menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos atau mencatatkan 2 juta kes menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Buat masa ini, kita adalah antara 12 negara teratas dari segi kes baharu setiap hari, manakala dari segi kematian baharu akibat Covid-19, kita berada di tempat ke-10.

Bagaimanakah kerajaan hendak mengubah kedudukan negara kita dari tempat yang buruk sebegini?

Berapa ramai lagi yang akan mati dan membunuh diri di Malaysia sebelum kita dapat menglihat penghujung kepada wabak Covid-19 ini di negara kita?

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, perlu membuat Kenyataan Menteri di Parlimen mengenai apa yang kerajaan beliau akan lakukan untuk mengelakkan negara kita berhadapan dengan masalah berganda — satu krisis perlembagaan yang besar dan juga keadaan wabak Covid-19 yang semakin memburuk.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Khamis, 29 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.