#kerajaangagal207 – The rekindling of the Malaysian Dream


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

This is my last media statement using the hashtag #kerajaangagal. I had said that I will end the series when Parliament is reconvened, which is in two hours’ time.

When I started on the series on 18th April 2021 with the first statement calling on the Health Minister, Adham Baba “to stop his game of semantics and focus on checking the rise in daily increase of new Covid-19 cases and bring it down to double-digit figures or resign”, it seemed like another era.

In a short period of three months and eight day, what seemed possible appeared to be impossible now.

For instance, we were then talking about bringing down the daily new Covid-19 figures to double-digit figures, but this appeared now to be an impossible dream!

In fact, we could not make the transition from Phase One to Phase Two of the National Recovery Plan announced on June 15 because we could not meet one of the three thresholds – an average daily rate of less than 4,000 cases.

We are now over the 17,000-mark for daily new cases and nobody dare to say that we will not be exceeding the 20,000-mark soon.

Yesterday we broke the million-mark for cumulative total of Covid-19 cases and today we achieved another “milestone”, breaking the 8,000-mark for Covid-19 deaths.

We are now the world’s top seventh country in daily new Covid-19 cases, losing out only to India (which had fallen by 91% from its peak of 414.433 cases on May 6, 2021 to 38,153 cases yesterday), Indonesia, United Kingdom, Iran ,Russia and Brazil.

Latest records show that we have beaten the United States of America, which for a year had the world’s worst performing state with a cumulative total of over 35 million Covid-19 cases, in both daily new cases and new deaths.

How low has Malaysia fallen!

The past three months of hashtag #kerajaangagal have proved to be a chronicle of worsening kakistocracy in Malaysia, where the country catapulted to be one of worst-performing nations in Covid-19 pandemic.

When the first #kerajaangagal media statement was written on April 18, we had daily new cases of 2,195 and a cumulative total of 375,054 cases. Yesterday, our daily new cases recorded a new peak of 17,045 cases with a cumulative total of 1,013,438 cases. On April 18, our daily Covid-19 deaths were eight with a cumulative fatality total of 1,378. Yesterday, our daily new Covid-19 fatality was 92 dead and cumulative total of 7,994 deaths.

As a writer noted yesterday:

“The prime minister has this uncanny gift of governing by brinkmanship, making his moves on the eve of a pending challenge to his premiership. The emergency ordinance to shut down Parliament, the NRP before the Yang di-Peruan Agong and rulers met, Pemulih stimulus package before the king’s meeting with the speakers, promoting ministers before the Umno supreme council met, and coming down with diarrhoea before a cabinet meeting.

“We should be expecting a major announcement on the eve of July 26, but we hope this time it will truly be a ‘Rakyat Survival Plan’.

“So, how much science and data could have gone into the NRP? Whose science says that the Covid-19 cases shall neatly and perfectly decline linearly, from about 6,000 to 4,000 to 2,000 and finally 500 and in each two-month period?

“Whose science says that the vaccination rates of 10 percent, 40 percent and 60 percent will cause a proportional decrease in infection exactly every two months? This is an insult to the science of epidemiology.

“I believe the thresholds have been carefully chosen to take the pressure off the government and give a false sense of hope to the people. According to the NRP, it seems coincidental that Parliament can only open in October, probably to table Budget 2022, and then seek dissolution of Parliament. That is why Covid-19 cases are expected to decline to 500 cases in November and December, so the general election can be held.”

What is clear is that there must be a rekindling of the Malaysian Dream to be a world-class great nation for mediocrity and kakistocracy must not be the fate for Malaysia, the confluence of four great human civilisations – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western.

Malaysia deserves better!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Monday, 26 July 2021)

 


#kerajaangagal207 – Menghidupkan semula Impian Malaysia

Ini adalah kenyataan media #kerajaangagal saya yang terakhir. Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya akan mengakhiri siri ini apabila Parlimen bersidang semula, yang akan berlaku dalam masa dua jam dari sekarang.

Ketika saya memulakan siri ini pada 18 April 2021 dengan kenyataan pertama yang meminta Menteri Kesihatan, Adham Baba “berhenti memainkan hujah semantik dan sebaliknya fokus terhadap angka kadar kenaikan harian Covid-19 untuk memastikan angka ini turun ke julat dua angka, jika tidak, beliau patut letak jawatan”, terasa seperti kenyataan itu dikeluarkan di dalam era yang berbeza.

Dalam jangka masa singkat selama tiga bulan lapan hari, perkara yang sebelum ini kelihatan seperti boleh dicapai, kini menjadi dilihat sebagai satu perkara yang mustahil untuk berlaku.

Sebagai contoh, kita sebelum ini bercakap tentang menurunkan angka kes baharu harian Covid-19 ke julat dua angka, tetapi ini nampaknya menjadi impian yang mustahil untuk dicapai!

Malah, kita tidak dapat beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan pada 15 Jun kerana kita tidak dapat memenuhi salah satu daripada tiga nilai ambang — kadar purata kes baharu harian kurang dari 4,000 kes.

Kita sekarang merekodkan kes harian baharu melebihi paras 17,000 kes dan tidak ada yang berani mengatakan bahawa kita tidak akan mencapai paras lebih daripada 20,000 kes tidak lama lagi.

Semalam kita memecahkan paras sejuta jumlah kes terkumpul Covid-19 dan hari ini kita mencapai satu lagi “pencapaian”, mencatatkan 8,000 kematian akibat Covid-19.

Kita kini menjadi negara ketujuh teratas di dunia untuk kes baharu harian Covid-19, tewas dengan India (yang mencatatkan penurunan sebanyak 91% dari puncaknya iaitu 414,433 kes pada 6 Mei 2021 kepada 38,153 kes semalam), Indonesia, United Kingdom, Iran, Rusia dan Brazil.

Rekod terbaru menunjukkan bahawa kita telah mengalahkan Amerika Syarikat — yang selama setahun dianggap sebagai negara dengan prestasi terburuk di dunia dengan lebih daripada 35 juta kes Covid-19 terkumpul — dalam kategori kes baru setiap hari dan kematian baru.

Begitu teruk rekod Malaysia!

Sejak tiga bulan lalu, tanda pagar #kerajaangagal telah terbukti menjadi catatan peristiwa kakistokrasi yang semakin buruk di Malaysia, di mana negara ini melonjak menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam pandemik Covid-19.

Semasa kenyataan media #kerajaangagal pertama ditulis pada 18 April, kita merekodkan kes baharu harian sebanyak 2,195 kes dan jumlah kumulatif sebanyak 375,054 kes. Semalam, kes baru harian kita mencatatkan puncak baru sebanyak 17,045 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 1,013,438 kes. Pada 18 April, angka kematian harian akibat Covid-19 adalah seramai lapan orang dengan jumlah kematian terkumpul seramai 1,378 orang. Semalam, kematian baharu harian Covid-19 adalah seramai 92 orang dan jumlah terkumpul seramai 7,994 orang.

Seperti yang dinyatakan oleh seorang penulis semalam:

“Perdana menteri memiliki bakat mentadbir dengan amalan yang menempah bahaya yang luar biasa, mencatur gerakannya menjelang hari yang menentukan nasibnya sebagai perdana menteri. Menguatkuasakan ordinan darurat untuk menutup Parlimen, mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebelum Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bermesyuarat, mengumumkan pakej rangsangan Pemulih sebelum pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan Speaker Parlimen, menaikkan pangkat menteri sebelum Majlis Tertinggi Umno bermesyuarat, dan mengalami cirit-birit sebelum mesyuarat kabinet.

“Kita seharusnya mengharapkan pengumuman besar pada malam 26 Julai, tetapi kita berharap kali ini ia benar-benar akan menjadi ‘Pelan Kelangsungan Rakyat’

“Jadi, berapa banyak data dan fakta sains yang mendasari perangkaan PPN? Pengetahuan sains yang mana yang mengatakan bahawa kes Covid-19 akan menurun dari sekitar 6,000 kes kepada 4,000 kepada 2,000 dan akhirnya kepada 500 kes dan dalam setiap tempoh dua bulan?

“Pengetahuan sains yang mana yang mengatakan bahawa kadar vaksinasi 10 peratus, 40 peratus dan 60 peratus akan menyebabkan penurunan jangkitan setiap dua bulan? Ini jelas adalah penghinaan terhadap ilmu epidemiologi.

“Saya percaya nilai ambang telah dipilih dengan berhati-hati untuk mengendurkan tekanan terhadap kerajaan dan memberikan harapan yang salah kepada rakyat. Menurut PPN, nampaknya kebetulan Parlimen hanya boleh dibuka pada bulan Oktober, mungkin untuk membentangkan Belanjawan 2022, dan kemudian membubarkan Parlimen. Itulah sebabnya kes Covid-19 dijangka menurun kepada 500 kes pada bulan November dan Disember, sehingga pilihan raya umum dapat diadakan.”

Apa yang jelas adalah kita mesti menghidupkan semula Impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia kerana kakistokrasi dan pencapaiannya yang sederhana tidak semestinya dan selamanya menjadi takdir bagi Malaysia — yang menjadi tempat pertemuan empat tamadun manusia yang hebat – Melayu/Islam, Cina, India dan Barat.

Malaysia mampu melakukan yang lebih baik!

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Isnin, 26 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.