#kerajaangagal197 – Muhyiddin should give Ministerial Statement in Parliament next week to explain whether Syed Saddiq is victim of political prosecution and why he was charged in court seven months after the consent to prosecute had been given


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Prime Minister, Muhyiddin Yassin, should give a Ministerial statement in Parliament next week to explain whether the MP for Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, is a victim of political prosecution and why he was charged in court seven months after the consent to prosecute him had been given.

Muhyiddin should also enumerate the persons who were charged in court one month, two months, three months, four months, five months, six months and seven months after the consent to prosecute had been given by the Public Prosecutor.

If Muhyiddin is unable to give a satisfactory explanation, then Syed Saddiq’s charge that his prosecution was politically-motivated stands as well as his warning that several other MPs were also being “targeted” by the authorities with corruption investigations launched against them.

Malaysia had been plunged into a constitutional havoc this year as a result of a government which is mortally afraid to test its majority support in Parliament but it is completely unacceptable and a gross abuse of state institutions to prosecute or penalise Members of Parliament just to save the government of the day.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 23rd July , 2021)

 


#kerajaangagal197 — Muhyiddin perlu memberikan Kenyataan Menteri di Parlimen untuk menjelaskan mengapa Syed Saddiq menjadi mangsa pendakwaan politik dan mengapa beliau hanya didakwa tujuh bulan selepas kelulusan diberi untuk pendakwaan

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, perlu memberikan Kenyataan Menteri di Parlimen untuk menjelaskan mengapa Syed Saddiq menjadi mangsa pendakwaan politik dan mengapa beliau hanya didakwa tujuh bulan selepas kelulusan diberi untuk pendakwaan.

Muhyiddin juga perlu menyenaraikan jumlah orang yang hanya didakwa di mahkamah sebulan, atau dua, tiga, empat, lima, enam, atau tujuh bulan selepas diberikan kelulusan untuk didakwa oleh Pendakwa Raya.

Sekiranya Muhyiddin gagal memberikan penjelasan yang memuaskan, maka dakwaan Syed Saddiq yang pertuduhan ini didorong oleh tujuan politik adalah betul, begitu juga dengan amaran beliau bahawa beberapa Ahli-ahli Parlimen lain yang kini juga disasarkan oleh “pihak berkuasa” dengan siasatan rasuah terhadap mereka.

Malaysia telah terjunam dalam situasi kucar-kacir kerana kerajaan yang teramat takut untuk menguji sokongannya di Parlimen, namun amatlah tidak boleh diterima apabila terdapat cubaan untuk menyalahgunakan institusi negara untuk mendakwa dan menghukum Ahli-ahli Parlimen hanya semata-mata untuk menyelamatkan kerajaan.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 23 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.