#kerajaangagal192 – Appoint Idrus Harun as a Senator and make him of member of the Cabinet as provided by Article 145(5) of the Constitution so that he could personally respond to issues during the special Parliament meeting beginning on Monday


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I agree with the Dewan Rakyat deputy speaker Azalina Othman Said that the Attorney-General Idrus Harun should be present during the upcoming special Parliament sitting so that he could take questions on emergency ordinances.

This could easily be done by appointing him as a Senator and make him a member of the Cabinet as provided by Article 145(5) of the Constitution so that he could personally respond to issues during the special Parliament meeting beginning on Monday.

As there are five days to the special Parliament meeting, the Prime Minister, Muhyiddin Yassin should find no problem in taking this route.

The Battle of Stalingrad or otherwise, the arrangement where the Attorney-General speaks through the de facto Law Minisiter has been most unsatisfactory and inadequate.

(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 21st July , 2021)

 


#kerajaangagal192 — Lantik Idrus Harun sebagai seorang Senator dan jadikan beliau ahli Kabinet menurut peruntukan artikel 145(5) Perlembagaan Persekutuan supaya beliau boleh memberikan maklum balas mengenai perkara berbangkit dalam sidang khas Parlimen yang bermula Isnin depan

Saya bersetuju dengan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said yang mengatakan Peguam Negara, Idrus Harun, patut hadir dalam sidang Parlimen Khas yang akan datang supaya beliau dapat menjawab persoalan mengenai ordinan-ordinan darurat.

Perkara ini boleh dilakukan dengan mudah dengan melantik beliau menjadi seorang Senator dan menjadikan beliau seorang Ahli Kabinet seperti dalam peruntukan perkara 145(5) Perlembagaan Persekutuan supaya beliau boleh menghadiri sidang Parlimen dan memberikan maklum balas mengenai perkara berbangkit dalam sidang tersebut.

Memandangkan masih ada lima hari sebelum persidangan ini bermula, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, tidak sepatutnya berhadapan dengan sebarang masalah untuk melakukan perkara ini.

Apa-apa pun, susunan di mana Peguam Negara bercakap melalui Menteri Undang-undang adalah satu susunan yang tidak mencukupi dan tidak memuaskan.

(Kenyataan Media (3) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 21 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.