(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Members of Parliament have not yet received any notice for the parliamentary meeting which is to meet for five days beginning on July 26 as announced by a Prime Minister’s Office statement on July 5, 2021.
As the former Deputy Minister in the Prime Minister’s Department and the MP for Sepang, Hanipa Maidin, has rightly pointed out, this is most improper especially as the five-day special meeting seems to exclude a question-and-answer session for the five days as well as excluding a Royal Address for the official opening of Parliament for the year.
As a result, it makes a mockery of parliamentary democracy in Malaysia.
Only the most dishonest politician will indulge in the denial complex, disputing that the government strategy, the six-month emergency and the “total lockdown” since June 1 had been dismal failures in the war against the Covid-19 pandemic, which is fortified by adverse international surveys, viz:
1. June 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking with Malaysia falling 35 places from its 16th ranking in January 2021 to 51st position in June 2021 edition out of 53 economies of more than US$200 billion;
2. Economist’s global normalcy index which placed Malaysia in the last 50th position out 50 countries; and
3. Nikkei Covid-19 Recovery Index on 7th July which ranks Malaysia No. 114 out of 120 countries on infection management, vaccine rollouts and social mobility.
In the past 40 days from June 1, there had been 31% rise in Covid-19 cases despite a 17% fall in testing, and a 111% increase of Covid-19 deaths.
Malaysia has become one of the worst-performing nations in the world in the 18-month long Covid-19 pandemic, overtaking in less than eight months over 50 countries having the most cumulative total of Covid-19 cases – falling from 85th rank in November last year to 33rd rank today.
We will overtake Israel to be ranked No. 32 tomorrow if not today, and from the present rate of Covid-19 infection, Malaysia will be ranked among the 30 worst countries in the world in the Covid-19 pandemic and have more than a million Covid-19 cases and over 10,000 Covid-19 deaths when we celebrate our 64th National Day on August 31.
We need a new strategy and approach to stop this upsurge of Covid-10 infection and deaths as well as to inject hope for the future among Malaysians as the government’s present strategy not only cost lives – marked by rising toll and increasing suicides – but destroys livelihoods.
Such despair and hopelessness is clearly evident from the prevalence of “White
Flags”, but how long can the donors last? What happens if even the donors get fewer and fewer and the white flags go unanswered?
The time has come to draft a new strategy in the war against Covid-19 pandemic to replace the National Recovery Plan, which should be presented to Parliament for endorsement.
I call on the Muhyiddin government to begin to engage with the Parliamentary Opposition to draft such a new strategy, which focuses on re-opening the economy instead of total lockdowns taking into account the view that the new coronavirus cannot be eliminated and human beings must learn to live with it.
(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 12th July , 2021)
#kerajaangagal169 — Masa untuk merangka dan bentang ke Parlimen strategi baharu perang melawan wabak Covid-19 untuk menggantikan Pelan Pemulihan Negara
Ahli-ahli Parlimen masih belum menerima sebarang makluman mengenai sidang Parlimen yang akan bersidang dalam masa lima hari lagi bermula pada 26 Julai seperti yang diumumkan oleh kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada 5 Julai 2021.
Sebagai mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, telah tekankan, perkara ini amat tidak berpatutan memandangkan sidang lima hari ini kelihatan seakan-akan cuba untuk mengelakkan sesi pertanyaan dan juga upacara pembukaan Parlimen dengan Titah Diraja.
Hasilnya, perkara ini hanya menghina demokrasi berparlimen di Malaysia.
Hanya ahli politik yang teramat tidak jujur sahaja yang akan terus cuba menafikan hakikat bahawa strategi kerajaan, darurat selama enam bulan yang lepas, dan “sekatan pergerakan menyeluruh” sejak 1 Jun ini semua adalah satu kegagalan. Kegagalan yang kini semakin nyata dengan tinjauan penerbitan antarabangsa seperti berikut:
1. Carta Ketahanan Covid Bloomberg untuk bulan Jun 2021 di mana Malaysia jatuh 35 anak tangga daripada tempat ke-16 pada bulan Januari 2021 kepada tempat ke-51 daripada 53 buah negara dengan saiz ekonomi yang lebih besar daripada ASD200 bilion;
2. Indeks Kenormalan Global The Economist yang meletakkan Malaysia di tempat ke-50 daripada 50 negara; dan
3. Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei yang diterbitkan pada 7 Julai yang meletakkan di tempat ke-114 daripada 120 negara dari segi pengurusan jangkitan, pemberian vaksin, dan mobiliti sosial.
Dalam tempoh 40 hari yang lepas sejak 1 Jun, terdapat peningkatan 31% kes Covid-19 walaupun kita menyaksikan penurunan 17% dalam kadar ujian saringan yang dijalankan dalam tempoh yang sama. Kita juga menyaksikan peningkatan 111% kadar kematian akibat Covid-19.
Malaysia telah menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita untuk 18 bulan yang lepas ini, mengatasi kedudukan 50 buah negara dalam masa tidak sampai lapan bulan dari segi jumlah kes terkumpul — daripada tempat ke-85 pada November tahun lepas, ke tempat ke-33 hari ini.
Kita akan mengatasi kedudukan Israel di tempat ke-32 esok sekiranya bukan hari ini, dan berdasarkan kadar jangkitan semasa, kita akan berada dalam kalangan 30 negara teratas dengan jumlah kes tertinggi dengan lebih daripada sejuta kes dan 10,000 kematian menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos akan datang.
Kita perlu strategi dan pendekatan baharu untuk menghentikan lonjakan peningkatan kes dan kematian ini, dan juga untuk menyuntik harapan untuk masa hadapan kepada rakyat Malaysia. Strategi semasa kerajaan ini bukan sahaja mengorbankan nyawa — dari kematian akibat Covid-19 dan juga kes bunuh diri — tetapi juga memusnahkan punca pendapatan dan kehidupan rakyat.
Perasaan putus asa dan tidak mempunyai harapan ini dapat dilihat daripada jumlah “bendera putih” yang dikibarkan, namun, berapa lama penderma boleh membantu? Apa yang akan jadi apabila semakin lama semakin sedikit yang mampu menderma dan semakin banyak “bendera putih” yang tidak dapat dibantu?
Masanya telah tiba untuk kita merangka, membentangkan dan meluluskan di Parlimen sebuah strategi baharu untuk melawan wabak Covid-19 yang akan menggantikan Pelan Pemulihan Negara.
Saya menyeru kerajaan Muhyiddin untuk mula mendekati Ahli-ahli Parlimen Pembangkang untuk melibatkan semua dalam strategi ini, yang perlu fokus kepada usaha untuk membuka semula ekonomi secara selamat, bukannya terus menutup pelbagai sektor kehidupan rakyat, memandangkan wabak ini kelihatan seakan-akan tidak dapat dihapuskan dan sebaliknya kita yang perlu belajar untuk hidup bersamanya dengan selamat.
(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 12 Julai 2021)