#kerajaangagal164 – Are we in the midst of a fifth wave?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia has overtaken Japan two weeks before the opening of the Tokyo Olympics to be ranked No. 33 among nations in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases.

By the present rate of Covid-19 infection, by the middle of the month, Malaysia will go another step down the slippery slope of a worst-performing nation in the Covid-19 pandemic and overtake Israel to be ranked No. 32.

We are likely to break the 900,000-mark before the 20th of the month and might break the million mark at the end of the month – a month before we celebrate our 58th anniversary of the National Day – as the Muhyiddin government is not only utterly helpless but too preoccupied with its political survival in the fast-deteriorating Covid-19 situation in Malaysia.

Malaysia is the undisputed champion in the world as it is the only country in the world which has the dubious record of falling over 50 rankings in the last eight months from its 85th position in November 2020 among the nations in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases to the now 33rd ranking. By our 58th National Day on August 31, we will fall below the 30th ranking.

Before emergency was declared on January 11, 2021 to combat the new coronavirus, there were 551 deaths – the result of 12 months’ toll. But the toll for the first nine days of July – 653 deaths – is more than the total toll in the first 12 months of the Covd-19 pandemic. What type of an emergency is this?

Are we in the midst of a fifth Covid-19 wave in Malaysia?

The Health Minister said no.

In April, he said the fourth wave of Covid-19 pandemic in Malaysia will not happen unless cases involving domestic or local transmission record zero in the current third wave before the number of cases increase sharply the next day.

It is regrettable that the Health Minister was more interested in his game of semantics than with the problem on the ground and the sufferings of the people caused by the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 10th July , 2021)

 


#kerajaangagal164 — Adakah kita sedang berada dalam gelombang kelima?

Malaysia telah mengatasi kedudukan Jepun, dua minggu sebelum pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo. Kita kini berada di tempat ke-33 tertinggi dari segi jumlah kes Covid-19 terkumpul.

Dengan kadar jangkitan semasa, menjelang pertengahan bulan ini, kita akan jatuh lagi dalam carta ini sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak ini dan mengatasi kedudukan Israel di tempat ke-32.

Kita berkemungkinan akan melepasi paras 900,000 kes sebelum 20 haribulan dan mungkin akan memecahkan paras sejuta kes pada hujung bulan ini — sebulan sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan ke-58 — memandangkan kerajaan Muhyiddin ini bukan sahaja tidak boleh diharap untuk mengawal penularan wabak ini, malah kini terlalu sibuk untuk memastikan kelangsungan politik mereka.

Malaysia sememangnya memegang gelaran juara sebagai satu-satunya negara di dunia yang telah jatuh lebih 50 anak tangga dalam tempoh lapan bulan yang lepas, daripada kedudukan ke-85 pada November 2020 kepada tempat ke-33. Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-58 kelak, kita mungkin akan berada dalam kalangan 30 negara dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia.

Sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 untuk melawan wabak koronavirus ini, terdapat sejumlah 551 kematian — jumlah terkumpul korban nyawa selama 12 bulan. Tetapi hanya untuk sembilan hari pertama bulan Julai, kita menyaksikan 653 kematian, jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah kematian dalam 12 bulan pertama tahun ini. Darurat jenis apakah ini?

Adakah kita sedang berada dalam gelombang kelima penularan Covid-19?

Menteri Kesihatan kata bukan.

Pada bulan April, beliau katakan yang gelombang keempat wabak Covid-19 tidak akan berlaku di Malaysia melainkan kes melibatkan jangkitan tempatan turun ke sifar dahulu sebelum jumlah kes ini naik mendadak.

Amat malang sekali apabila Menteri Kesihatan kita lebih berminat untuk bermain perkara semantik dan bukannya fokus kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Iran telah mengisytiharkan supaya semua perniagaan tidak penting di Republik Islamik tersebut untuk ditutup di 275 buah bandar dan melarang perjalanan tidak penting kerana bimbang dengan kemungkinan gelombang kelima penularan Covid-19 di negara tersebut. Sementara itu di Sepanyol, gelombang kelima bermula pada 22 Jun semasa kadar jangkitan 14-hari berada pada paras terendah, 92 kes per 100,000 penduduk — tetapi tidak ada rujukan di kedua-dua negara ini, baik Iran mahupun Sepanyol, yang mengatakan mereka perlu mencatatkan sifar jangkitan sebelum gelombang penularan baharu boleh diisytiharkan.

Terdapat pakar perubatan yang percaya bahawa jumlah kes Covid-19 yang diisytiharkan setiap hari adalah jauh lebih rendah daripada jumlah kes sebenar dalam negara kerana kekurangan ujian saringan yang dijalankan di Malaysia — kita hanya menjalankan sepertiga daripada jumlah minimum saringan harian, yang sepatutnya dilakukan pada kadar kira-kira 200,000 ke 300,000 ujian saringan sehari. Kadar peratusan kes positif kita juga tinggi.

Kerajaan perlu merangka strategi dan pendekatan baharu untuk menggantikan strategi gagal sedia ada ini. Kerana inilah penting untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dipanggil bersidang semula.

Saya menyeru juga kepada kerajaan untuk secepat mungkin menubuhkan “food bank” di seluruh negara untuk membantu golongan yang memerlukan yang kini terjejas teruk akibat sekatan pergerakan dan wabak Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.