(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Yesterday’s Covid-19 statistics is proof that despite Malaysia fighting a losing war against the Covid-19 pandemic – as evident from the triple failures of the emergency, the twice-extended “total lockdowns” and the National Recovery Plan – there are no signs that we are turning the tides of defeat in the war against the Covid-19 pandemic.
In the first seven days of July, Malaysia registered a rolling daily average of 6,830 Covid-19 new cases, when we should be reaching the threshold of less than 4,000 cases on June 28, and the question in many minds is when the “total lockdown” will be lifted as it has proved to be a total failure.
Covid-19 has claimed 47,811 cases and 598 fatalities in the first seven days of July.
Before the emergency was declared on January 11, 2021, Malaysia had a cumulative total of 135,992 Covid-19 cases and 551 Covid-19 deaths.
Now Malaysia has a cumulative total of 799,790 Covid-19 cases and 5,768 Covid-19 deaths – which means that there had been 663,798 Covid-19 cases and 5,219 Covid-19 deaths during the six-month emergency.
This must be most failed emergency in the world, which in six months increased by six times the cumulative total of Covid-19 cases in the previous 12 months; and in six months, increased by almost ten times the number of Covid-19 fatalities of the previous 12 months.
Covid-19 cases and deaths are surging in Malaysia, and unless checked, we will exceed a million cases and over 10,000 deaths when we celebrate the 64th anniversary of our National Day on August 31 and over 1.2 million Covid-19 cases and over 11,000 Covid-19 deaths on the 58th anniversary of Malaysia Day on Sept. 16, 2021.
The Covid-19 pandemic poses an existential threat not only to the lives of Malaysians, but also to the Malaysian economy and nation.
The Covid-19 situation has gone from bad to worse in the last five weeks of “total lockdown”. We must get out of the position of being among the world’s worst performing nations in the Covid-19 pandemic as other previous worst performing nations have turned the corner and are doing well in the war against Covid-19 pandemic, with the United States for instance drastically reducing its daily new Covid-19 cases and new Covid-19 deaths by some 98% and 99% respectively from their peaks in January.
The country needs a national coalition encompassing the Executive, Parliament and all sectors of Malaysian society for an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach to win the war against Covid-19 pandemic, with the evolution of the earlier war aim of zero tolerance for the coronavirus to co-existence with it.
The invisible but lethal war against Covid-19 pandemic is going to be long haul with experts forecasting that it would take another two or three years before we can return to pre-pandemic normalcy.
We must have a government mindful of the importance of a national coalition to win the war against the Covid-18 pandemic, for this must be the preponderant challenge for all Malaysians.
With the latest political development following the UMNO Supreme Council decision last night to withdraw support for the Perikatan Nasional government, a new political scenario has emerged in the country.
This is most unfortunate for all energies should be focussed on how to build a national coalition to win the war against the Covid-19 pandemic instead of on waging political warfare.
Be that as it may, we are in a new political scenario where no one seems to be able to command a clear majority of support of Members of Parliament and this calls for an agile and creative solution based on a national coalition to win the war against Covid-19 pandemic.
This can take various combinations and permutations, including:
1. Continuation of the present government but mindful of the need for an agreed consensus to form a national coalition encompassing the Executive, Parliament and the various sectors of Malaysian society to win the war against the Covid-19 pandemic.
2. A new government with the consensus for a national coalition encompassing the Executive, Parliament and the various sectors of Malaysian society to win the war against the Covid-19 pandemic.
3. A new government, with representatives from all parties represented in Parliament, with one overriding objective: to form a national coalition to win the war against the Covid-19 pandemic.
This is the time for Malaysians, guided by the Malaysian Constitution and the five Rukun Negara principles of nation-building, to put on their thinking caps and come up with ideas as how Malaysians can win the war against Covid-19 pandemic, before more damage is done to the Malaysian economy and society, apart from more deaths and suicides as a result of the pandemic.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 8th July , 2021)
#kerajaangagal162 – Malaysia memerlukan sebuah kerajaan gabungan untuk “Memerangi Covid-19” dengan tugas tunggal untuk menang dalam perang ini
Statistik Covid-19 semalam adalah bukti bahawa meskipun Malaysia melancarkan perang habis-habisan terhadap pandemik Covid-19 — seperti yang dapat dilihat menerusi pelaksanaan darurat, “sekatan penuh” yang dilanjutkan sebanyak dua kali dan Pelan Pemulihan Negara; yang boleh dianggap sebagai kegagalan tiga serangkai – tidak kelihatan tanda-tanda yang kita akan bangkit daripada kekalahan dalam perang melawan wabak ini.
Tujuh hari pertama bulan Julai, Malaysia merekodkan purata 6,830 kes baharu Covid-19 setiap hari, sedangkan kita sepatutnya sudah mampu mencapai nilai ambang kurang dari 4,000 kes sehari pada 28 Jun lalu. Justeru timbul persoalan, bilakah “sekatan penuh” ini akan ditamatkan kerana jelas strategi itu telah gagal untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.
47,811 kes positif Covid-19 dengan 598 kematian akibat wabak itu direkodkan dalam tempoh tujuh hari pertama bulan Julai.
Sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, Malaysia merekodkan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 135,992 kes dengan 551 kematian.
Terkini, Malaysia merekodkan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 799,790 dengan 5,768 kematian. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 664,798 kes positif Covid-19 dan 5,219 kematian sejak darurat diisytiharkan enam bulan lalu.
Tidak dapat disangkal lagi, ini adalah pelaksanaan darurat paling gagal di dunia, di mana jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat enam kali ganda dalam tempoh enam bulan berbanding 12 bulan sebelumnya, malah jumlah jumlah kematian juga meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding tempoh yang sama.
Angka korban akibat Covid-19 terus melonjak di negara ini, dan sekiranya ini tidak diatasi, kita bakal menyaksikan angka korban melebihi paras 10,000 menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan bakal menyaksikan lebih 1.2 juta kes positif Covid-19 dengan lebih 11,000 kematian direkodkan di negara ini menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.
Pandemik Covid-19 mengancam bukan sahaja nyawa rakyat Malaysia, malah kestabilan ekonomi negara.
Situasi Covid-19 kian parah sejak “sekatan penuh” dilaksanakan lima minggu lalu. Kita harus segera keluar dari senarai negara-negara dengan prestasi terburuk dalam menangani wabak ini kerana negara-negara yang berada dalam senarai itu sebelum ini telah menunjukkan bibit-bibit kejayaan dalam perang melawan Covid-19. Sebagai contoh Amerika Syarikat yang dilihat telah berjaya menurunkan kes jangkitan dan kematian harian Covid-19 masing-masing sebanyak 98% dan 99% dari kemuncak pada Januari lalu.
Negara ini memerlukan sebuah kerajaan gabungan yang terdiri daripada badan Eksekutif, Parlimen dan pelbagai lapisan masyarakat berlandaskan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” bagi memenangi perang melawan pandemik Covid-19.
Perang melawan Covid-19 ini akan menjadi sebuah perang yang panjang. Pakar meramalkan bahawa pandemik ini akan berpanjangan sehingga dua atau tiga tahun sebelum kita dapat kembali semula ke era pra-pandemik.
Kita memerlukan sebuah kerajaan yang memberikan seluruh tumpuan kepada usaha untuk menang dalam perang melawan Covid-19.
Negara berdepan dengan senario politik baharu selepas Majlis Tertinggi UMNO semalam membuat keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.
Amat malang, seluruh tenaga ini sepatutnya disalurkan untuk membina gabungan kebangsaan bagi memenangi perang melawan Covid-19 dan bukannya untuk melancarkan perang politik.
Pun begitu, kita terjerat dalam senario politik baharu di mana tiada pihak yang mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan kebuntuan ini memerlukan penyelesaian kreatif dan bijak berlandaskan gabungan kebangsaan untuk memenangi perang melawan pandemik Covid-19.
Ini boleh dilaksanakan menerusi pelbagai cara, termasuk:
1. Kerajaan hari ini dibenarkan untuk terus mentadbir tetapi terikat dengan konsensus untuk membentuk sebuah gabungan kebangsaan yang terdiri daripada badan Eksekutif, Parlimen dan pelbagai lapisan masyarakat untuk memenangkan perang melawan pandemik Covid-19.
2. Sebuah kerajaan baharu yang terikat dengan konsensus untuk membentuk sebuah gabungan kebangsaan yang terdiri daripada badan Eksekutif, Parlimen dan pelbagai lapisan masyarakat untuk memenangkan perang melawan pandemik Covid-19.
3. Kerajaan baru, dengan perwakilan dari semua parti yang diwakili di Parlimen, dengan satu objektif utama: untuk membentuk gabungan kebangsaan untuk memenangkan perang melawan pandemik Covid-19.
Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia, berpandukan Perlembagaan Malaysia dan lima prinsip Rukun Negara, memikirkan cara untuk memenangkan perang melawan Covid-19, sebelum wabak ini terus menghancurkan ekonomi dan masyarakat Malaysia, selain meragut lebih banyak nyawa dan menyebabkan lebih ramai yang terkesan mengambil keputusan untuk membunuh diri.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 8 Julai 2021)