#kerajaangagal158 – What is the use of talking about any Covid-19 National Recovery Plan when there is no plan for Malaysia to avoid joining the Covid-19 “millionaire club of nations” and 10,000-11,000 fatalities between National Day and Malaysia Day?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Chinese Communist Party celebrated its 100th anniversary with a 70,000-strong crowd at Tiananman, Beijing last Thursday, and it’s a sign of recovery from the Covid-19 pandemic that everyone was maskless at the celebration.

The United States celebrated its July 4 Independence Day anniversary in Washington with a the largest planned event of the Biden presidency – some 1,000 people at a White House barbecue honouring Covid-19 pandemic first responders, essential workers and military personnel – celebrating and worrying at the same time US “independence from Covid-19” as the United States is still averaging hundreds of Covid-19 deaths each day although new cases and deaths are down by more than 90 per cent from their peak in January.

What of Malaysia?

We have beaten China, which has 44 times our population, in both Covid-19 cases and Covid-19 deaths, with Malaysia having cumulative total of 778,652 cases and 5,497 deaths as compared to China’s cumulative total of 91,847 cases and 4,636 deaths.

As a result, we are ranked No. 35 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases while China is ranked No. 101.

Except for Russia and the South American countries, Malaysia has a higher “daily cases per million population” and “daily deaths per million population” than the previous world top worst performing nations including United States, India, France, Turkey, United Kingdom, Italy, Spain and Germany.

Unlike the United States, which yesterday experienced a 99% drop from its peak in both Covid-19 cases and deaths, we are in the reverse, as we are seeing new peak cases and new peak fatalities.

In fact, Malaysia is heading for new milestones in the Covid-19 pandemic.

At present, there are four countries with over 800,000 Covid-19 cases and two countries with over 900,000 cases for Malaysia to overtake before we join the “million club of nations” with over one million Covid-19 cases and be ranked No. 29 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases.

We are now ranked No. 35 with 778,652 Covid-19 cases while Japan is ranked No. 34 with 805,376 Covid-19 cases.

At the rate of Covid-19 infection in the first four days of the month, Malaysia will overtake Japan in a week’s time, well before the opening of the Tokyo Olympics on July 23, 2021.

In fact, based on the rate of Covid-19 infection and fatality in the first four days of July, we are likely to exceed over one million Covid-19 cases and 10,000 deaths when we mark our 64th National Day on August 31 and exceed 1.2 million cases and 11,000 deaths on our 58th Malaysia Day anniversary on Sept. 16, 2021.

What is the use of talking about any Covid-19 National Recovery Plan when there is no plan for Malaysia to avoid joining the Covid-19 “millionaire club of nations” and the 10,000 to 11,000 fatalities between National Day and Malaysia Day?

It is time that the authorities tell the country what positive steps it is taking to rein in the surge of Covid-19 cases and fatalities – although we have Ministers like Annuar Musa who just refuse to see this problem.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 5th July , 2021)

 


#kerajaangagal158 — Apa gunanya Pelan Pemulihan Negara sekiranya kita tidak ada rancangan untuk mengelakkan negara daripada menyertai “kelab jutawan” Covid-19 dengan 10,000 ke 11,000 kematian menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia?

Parti Komunis China telah menyambut ulang tahun ke-100 parti tersebut dengan perhimpunan seramai 70,000 orang di Tiananmen, Beijing pada hari Khamis lepas, hakikat di mana semua orang yang berkumpul tidak memakai pelitup muka semasa sambutan itu menunjukkan pemulihan negara tersebut daripada Covid-19.

Amerika Syarikat telah menyambut Hari Kemerdekaannya pada 4 Julai di Washington dengan acara terbesar dalam tempoh Biden menjadi Presiden — dengan lebih daripada 1,000 orang menghadiri majlis makan-makan barbeku di White House untuk menghargai sumbangan petugas barisan hadapan semasa Covid-19 dan kakitangan ketenteraan — menyambut dan pada masa yang sama, risau, mengenai “kemerdekaan AS daripada Covid-19” kerana negara tersebut masih secara purata mencatatkan beratus kematian setiap hari akibat wabak ini walaupun angka kes baharu dan kematian telah menurun sebanyak 90% berbanding dengan Januari.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Kita telah mengalahkan kedudukan China yang mempunyai 44 kali ganda jumlah penduduk, baik dari segi jumlah kes Covid-19 mahupun kematian akibat Covid-19, dengan negara kita mencatatkan 778,652 kes dan 5,497 kematian berbanding dengan angka 91,847 kes di China dan 4,636 kematian.

Hasilnya, kita berada di tempat ke-35 di seluruh dunia dari segi jumlah kes terkumpul sedangkan China berada di tempat ke-101.

Selain daripada Rusia dan negara-negara Amerika Selatan, Malaysia juga mencatatkan kadar “kes harian per sejuta penduduk” dan “kematian harian per sejuta penduduk” yang lebih tinggi daripada negara-negara yang sebelum ini merupakan negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak ini, termasuklah Amerika Syarikat, India, Perancis, Turki, United Kingdom, Itali, Sepanyol, dan Jerman.

Tidak seperti Amerika Syarikat yang semalam mencatatkan penurunan 99% dari kemuncak kes dan kematian Covid-19, kita berada di dalam situasi yang bertentangan dengan menyaksikan kemuncak baharu jumlah kes dan kematian.

Malah, Malaysia sedang menuju kepada satu tanda aras Covid-19 baharu.

Setakat ini, ada empat buat negara dengan 800,000 kes dan dua negara dengan 900,000 yang perlu dipintas oleh Malaysia sebelum kita pula menyertai “kelab negara jutawan” Covid-19 dengan lebih daripada sejuta kes Covid-19 dan berada di tempat ke-29 di seluruh dunia dengan jumlah kes tertinggi.

Kita kini berada di tempat ke-35 dengan 778,652 kes manakala Jepun pula berada di tempat ke-34 dengan 805,376 kes.

Pada kadar jangkitan Covid-19 dalam empat hari pertama bulan ini, negara kita akan mengatasi kedudukan Jepun dalam masa seminggu, sebelum pembukaan Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai 2021.

Malah, berdasarkan kadar semasa jangkitan dan kematian dalam empat hari pertama bulan Julai, kita mungkin akan melepasi paras sejuta kes dan 10,000 kematian akibat Covid-19 menjelang Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos dan mencatatkan lebih daripada 1.2 juta kes dan 11,000 kematian menjelang Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Apakah gunanya kita bercakap mengenai Pelan Pemulihan Negara sekiranya kita tidak ada rancangan untuk mengelakkan negara daripada menyertai “kelab jutawan” Covid-19 dengan 10,000 ke 11,000 kematian menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia?

Sudah tiba masanya pihak berkuasa di negara ini memberitahu kita semua, apakah langkah positif yang sedang diambil untuk mengawal peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19 dalam negara — walaupun kita mempunyai menteri seperti Annuar Musa yang enggan untuk melihat perkara ini sebagai satu masalah.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 5 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.