#kerajaangagal151 – Minister for Women, Family and Community Development should give a special report to Parliament in July on what the government had done to help the “White Flag” victims and the rise of suicides because of Covid-19 pandemic


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

We have finally come to July, 2021, the last month before the end of emergency on August 1, 2021 but there is no news that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin is accepting the decree of the Yang di Pertuan Agong to convene Parliament before August 1, 2021.

The weekly Wednesday Cabinet meeting yesterday was postponed because the Prime Minister was hospitalised for diarrhoea.

We wish the Prime Minister all’s well for being hospitalised for diarrhoea but this should not disable him from agreeing to convene Parliament before August 1.

If the decision is left to the next Cabinet meeting on 7th July, it will be impossible to comply with the Dewan Rakyat Standing Order requirement of the 28 days’ notice for convening Parliament, although there are provisions under Dewan Rakyat Standing Orders 9(2)(a) and 11(2) to dispense with the 28-day notice requirement.

The Dewan Rakyat Speaker, Azhar Azizan Harun and the Senate President, Rais Yatim, have confirmed in their joint statement yesterday that the Yang di Pertuan had told them on Tuesday that Parliament should convene before August 1 to debate the Emergency Proclamation and Ordinance, as well as the National Recovery Plan.

The Parliament meeting that is convened should be a regular parliamentary meeting, with the Official Opening by the Yang di Pertuan Agong on the first day, followed by a debate on the Royal Address, together with other parliamentary matters including the debates on the Emergency Proclamation and Ordinance and the National Recovery Plan – and not a special meeting of Parliament in July and a regular meeting of Parliament at the end of August as suggested by Rais.

Malaysia has been presented with a constitutional conundrum, how to square two important constitutional issues – whether an emergency ordinance is justiciable in the courts and how to repair a violation of the constitutional principle that Parliament cannot be suspended in an emergency.

With the convening of Parliament before August 1, the country can at least move ahead on the constitutional basis of Malaysia being founded on a constitutional monarchy based on parliamentary democracy.

At the July meeting of Parliament, the government should give a full report on its war against the Covid-19 pandemic in the past 18 months and why Malaysia has suddenly catapulted to be one of the world’s worst performing nations in the Covid-19 pandemic.

The Minister for Women, Family and Community Development should also give a full report on what her Ministry had done to help the “White Flag” victims and the rise or suicide particularly this year – the direct results of the government’s mishandling of the Covid-19 pandemic.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur Thursday, July 1, 2021)

 


#kerajaangagal151 — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat perlu membentangkan laporan khas ke Parlimen dalam bulan Julai mengenai apa yang kerajaan telah buat untuk membantu mereka yang mengibarkan “bendera putih” meminta bantuan dan juga mengenai peningkatan kadar bunuh diri akibat Covid-19

Akhirnya kita telah sampai ke bulan Julai 2021, bulan terakhir sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos 2021, tetapi sehingga kini masih tidak ada sebarang berita yang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos 2021.

Mesyuarat mingguan Kabinet semalam ditangguhkan kerana Perdana Menteri telah dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit.

Kita doakan yang terbaik dan semoga beliau sembuh segera, tetapi perkara ini tidak sepatutnya menghalang beliau untuk bersetuju untuk memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos.

Sekiranya keputusan ini dibawa ke mesyuarat Kabinet pada 7 Julai, mustahil untuk kerajaan menepati keperluan notis 28 hari yang diperuntukkan oleh Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, walaupun terdapat peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 9(2)(a) dan 11(2) untuk mengetepikan notis 28 hari ini.

Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, dan Yang di Pertua Dewan Negara, Rais Yatim, telah mengesahkan dalam kenyataan bersama mereka semalam bahawa Yang di Pertuan Agong telah menitahkan kepada mereka pada hari Selasa bahawa Parlimen perlu bersidang semula sebelum 1 Ogos untuk membahaskan Proklamasi dan Ordinan Darurat dan juga Pelan Pemulihan Negara.

Sidang Parlimen yang perlu dipanggil ini haruslah mengambil bentuk sidang Parlimen seperti biasa, dengan Pembukaan Rasmi oleh Yang di Pertuan Agong pada hari pertama, diikuti dengan perbahasan titah diraja, dan diikuti dengan perkara-perkara lain yang perlu dibahaskan termasuklah Proklamasi dan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara — bukan sidang khas pada bulan Julai yang kemudiannya disusuli dengan persidangan penuh pada penghujung bulan Ogos seperti yang dicadangkan Rais.

Malaysia kini berhadapan dengan dilema perlembagaan, bagaimana untuk mengendalikan dua perkara berperlembagaan ini — sama ada ordinan darurat ini boleh dihakimi di mahkamah dan bagaimana untuk memperbaiki pencabulan prinsip perlembagaan bahawa Parlimen tidak boleh digantung dalam tempoh darurat.

Dengan persidangan Parlimen sebelum 1 Ogos, sekurang-kurangnya negara kita boleh terus bergerak ke hadapan dengan asas pembentukan negara yang berteraskan sistem raja berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen.

Dalam sidang Parlimen Julai ini, kerajaan perlu membentangkan laporan penuh mengenai usaha memerangi wabak Covid-19 dalam tempoh 18 bulan yang lepas dan menjelaskan mengapa Malaysia telah terjunam menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19 di dunia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat perlu membentangkan laporan khas ke Parlimen dalam bulan Julai mengenai apa yang kerajaan telah buat untuk membantu mereka yang mengibarkan “bendera putih” meminta bantuan dan juga mengenai peningkatan kadar bunuh diri akibat Covid-19.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 1 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.