#kerajaangagal128 – A day of national shame when the daily increase of new Covid-19 cases in Malaysia exceeds that of the United States of America


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

It is a day of national shame when the daily increase of new Covid-19 cases in Malaysia exceeds that of the United States of America.

Yesterday, Malaysia had an increase of 5,293 new Covid-19 cases, while the United States of America, the world’s worst performing state with a cumulative total of 34.4 million cases and 617,166 Covid-19 deaths, had an increase of 4,422 new Covid-19 cases – some 1,500 cases less than Malaysia.

For many months, Malaysians had been laughing at the United States for its atrocious handling of the Covid-19 pandemic, especially under the presidency of
Donald Trump.

Now we have become the laughing stock of the world, as we have suddenly catapulted to become one of the worst performing nations in the world in handling the Covid-19 pandemic, while nations like the United States and the European nations have made the transition to better performing nations in handling the Covid-19 pandemic.

When the United States reached its peak of daily increase of new Covid-19 cases on January 30, 2021 it had 305,067 new cases. Malaysia on that day had 2,643 cases.

Yesterday, the daily increase of new Covid-19 cases in the United States dropped drastically by 98.5% from the peak of 305,067 cases to 4,422 cases while we in Malaysia increased from 2,643 new cases on that day to 5,293 new cases – an increase of 224%!

Yet we have leaders who claim that the emergency declared on January 11, 2021 to combat the Covid-19 pandemic is a success.

We cannot have people at the helm who refuses to admit the truth, that we are losing the war against the Covid-19 pandemic and we need a superhuman effort to turn the tides of defeat to victory to win the war against Covid-19 pandemic.

What we need now is a new war mode and mentality, restoring public trust and confidence in the handling of the war against the Covid-19 pandemic and uniting Malaysians regardless of race, religion, region or politics, in a single-minded focus in the next one or two years to win the war against the Covid-19 pandemic.

This is why there is an urgent need for a political moratorium to put aside all political differences and let the best and brightest of Malaysians to step forward to win the war against Covid-19 pandemic.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri in Kuala Lumpur on Monday, June 21, 2021)

 


 

#kerajaangagal128 – Hari yang memalukan buat negara apabila Malaysia mengatasi Amerika Syarikat dalam jumlah kes baharu Covid-19

Hari yang memalukan buat negara apabila Malaysia mengatasi Amerika Syarikat dalam jumlah kes baharu Covid-19.

Semalam, Malaysia merekodkan 5,293 kes baharu Covid-19, sementara Amerika Syarikat — negara yang menunjukkan prestasi terburuk dengan kes kumulatif sebanyak 34.4 juta dan 617,166 kematian — merekodkan kes baharu sebanyak 4,422 kes — kurang hampir 1,500 kes berbanding Malaysia.

Untuk berbulan-bulan lamanya, rakyat Malaysia memandang rendah Amerika Syarikat yang dilihat gagal mengendalikan pandemik Covid-19, terutama semasa Donald Trump menjadi presiden negara tersebut.

Sekarang, kita pula yang dipandang rendah oleh masyarakat dunia, kerana menjadi salah satu negara yang mempunyai prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19, sementara Amerika Syarikat dan negara-negara lain di benua Eropah menunjukkan prestasi yang semakin baik dalam mengendalikan wabak tersebut.

Amerika Syarikat merekodkan 305,067 kes baharu sewaktu negara itu mencapai puncak jangkitan Covid-19 pada 30 Januari 2021. Malaysia ketika itu mencatatkan 2,643 kes baharu.

Semalam, kes harian baharu Covid-19 di Amerika Syarikat menurun dengan ketara sebanyak 98.5% daripada puncak 205,067 kes kepada 4,422 kes, sementara Malaysia pula menyaksikan peningkatan daripada 2,643 kes baharu pada hari tersebut kepada 5,923 kes baharu semalam — peningkatan sebanyak 224%!

Pun begitu, masih ada pemimpin yang mendakwa Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 untuk membendung wabak Covid-19 kononnya telah berjaya.

Pemimpin sewajarnya tidak takut untuk mengakui kebenaran bahawa kita sebenarnya telah tewas dalam peperangan melawan Covid-19 dan kita memerlukan usaha yang luar biasa untuk merubah strategi bagi memenangi peperangan ini.

Apa yang diperlukan sekarang adalah mentaliti seolah-olah negara sedang berperang, mengembalikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap pengendalian perang melawan wabak Covid-19 serta menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, wilayah atau politik, dalam satu tumpuan utama baik untuk satu atau dua tahun yang akan datang bagi memenangi peperangan ini.

Ini sebab mengapa perlunya moratorium politik supaya semua pihak dapat mengetepikan perbezaan politik buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang cerdas dan pintar untuk menyinar dan menggalas tugas bagi memenangkan peperangan melawan pandemik Covid-19.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 21 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.