#kerajaangagal105 – Muhyiddin should not move the goalpost from his telecast on January 12 that the Special Independent Committee and not the Cabinet or the designated Minister will advise the Yang di Pertuan Agong whether the emergency will be extended on 1st August 2021


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia seems to moving towards a serious constitutional crisis.

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, should not move the goalpost from his national telecast on January 12 that the Special Independent Committee and not the Cabinet or the designated Minister will advise the Yang di Pertuan Agong on whether the emergency declared on January 11 will be extended on August 1, 2021.

In his January 12 national telecast, Muhyiddin announced an Independent Special Committee to advise the Yang di Pertuan Agong “whether a major emergency still exist to continue with the period of Emergency Proclamation or terminate the Proclamation earlier than the date designated”.

This is a solemn commitment by the Prime Minister that the question whether Emergency Proclamation would be extended on August 1 would not be exercised under Article 40(1) which provides that the Yang di Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet or of a Minister acting under the general authority of the Cabinet, but by the advice of the Independent Special Committee established under the 2021 Emergency Ordinance.

The Muhyiddin Cabinet is now estopped from insisting that it is the Cabinet’s responsibility to advise the Yang di Pertuan Agong whether or not the emergency should be extended, as argued by the Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law), Takiyuddin Hassan, yesterday.

The Prime Minister has given his word that this constitutional function will now be exercised by the Special Independent Committee – which was probably why it was headed by the former Chief Justice, Arifin Zakaria – and the Prime Minister will be accused of being untrustworthy and not keeping his word if he now dishonour his commitment in his national telecast of January 12, 2021.

I agree with the Health director-general, Noor Hisham Abdullah that the King has the discretion whether to extend the emergency based on the advice of Special Independent Committee as the Prime Minister had made this very clear in his January 12 national telecast.

As the Dewan Rakayt Deputy Speaker, Azalina Othman tweeted last night, the government will be shifting the goalposts on when the emergency will end if Takiyuddin insists that the Cabinet or the designated Minister will advise the Yang di Pertuan Agong on whether or not to extend the emergency.

As Azalina rightly asked: “If that’s the case (that the cabinet will advise the king), what’s the point of forming an Independent Special Committee to advise the Yang di-Pertuan Agong under Section 2(1) of the Emergency Ordinance 2021?”

In actual fact, the events of the last five months of the emergency have validated the legitimate doubts whether a proclamation of emergency and the suspension of Parliament and State Assemblies were the proper solutions to the Covid-19 pandemic.

Unlike countries which have not declared any emergency, new Covid-19 cases and Covid-19 deaths have continued to soar until there is a two-week extension of MCO 3.0.

On November 18, 2020, we ranked No. 85 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases.

Some seven months later, with 652,204 Covid-19 cases yesterday, we overtook Austria and is now ranked No. 38 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases.

China, which topped the world at the start of the pandemic, is now No. 98 with 91,394 Covid-19 cases.

For daily cases per million of population yesterday, we beat the world’s top 37 nations with the most cumulative total of Covid-19 cases except for four countries in South America – Brazil, Argentina, Colombia and Chile.

So far, 3,844 people have died of Covid-19 in Malaysia – 3,293 deaths during the five months of the emergency since January 11, 2021 or seven times the fatalities in the five months of emergency as compared to 551 deaths in the first 12 months of the Covid-19 pandemic before the emergency.

In terms of daily deaths per million population yesterday, we lost out to six of 37 countries which topped the world with the most cumulative total of Covid-19 cases – Brazil, Argentina, Colombia, Chile, Peru and Romania.

There were 76 Covid-19 deaths in Malaysia yesterday compared to 12 deaths in United Kingdom which had a peak daily increase of 1,823 Covid-19 deaths on January 20, 2021.

It is clear that that proclamation of emergency to combat the Covid-19 pandemic is a dismal failure, and horror of horrors, there is now a suggestion that Parliament should not convene until Malaysia achieves herd immunity against Covid-19 – especially as this may never happen.

Many lawyers are of the view that it is unconstitutional to suspend Parliament as it will be unconstitutional to suspend the Judiciary, because the Malaysian Constitution is founded on the doctrine of separation of powers.

It is time to return to constitutionality – to uphold the doctrine of separation of powers and Malaysia being founded on constitutional monarchy based on parliamentary democracy.

Parliament and the State Assemblies should be convened immediately to restore public trust and confidence in the handling of the Covid-19 pandemic, end all Covid-19 SOP flip-flops, U-turns and double-standards and launch a national mobilisation of a “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, June 13, 2021)

========================

#kerajaangagal105 — Muhyiddin tidak boleh lari dari apa yang dijanjikan dalam perutusannya pada 12 Januari bahawa Jawatankuasa Bebas Khas dan bukan Kabinet atau Menteri yang akan menasihati Yang di Pertuan Agong sama ada darurat akan diperpanjang pada 1 Ogos 2021

Malaysia nampaknya sedang menuju ke arah satu krisis perlembagaan yang serius.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak boleh lari dari apa yang dijanjikan dalam perutusannya pada 12 Januari bahawa Jawatankuasa Bebas Khas dan bukan Kabinet atau Menteri yang akan memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Agong mengenai sama ada darurat yang diumumkan pada 11 Januari akan disambung pada 1 Ogos 2021.

Dalam siaran langsung beliau pada 12 Januari, Muhyiddin mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong “sama ada masih ada keperluan untuk meneruskan tempoh Proklamasi Darurat atau menghentikan Perisytiharan lebih awal dari tarikh yang ditentukan”.

Ini adalah komitmen serius Perdana Menteri bahawa perkara mengenai pelanjutan Pengisytiharan Darurat pada 1 Ogos tidak tertakluk di bawah Artikel 40 (1) yang menetapkan bahawa Yang di Pertuan Agong akan bertindak sesuai dengan nasihat Kabinet atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet, sebaliknya atas nasihat Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat 2021.

Kabinet Muhyiddin kini terhalang daripada menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Kabinet untuk memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Agong sama ada darurat harus diperpanjang atau tidak, seperti yang dibahaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan semalam.

Perdana Menteri telah menyatakan kata-katanya bahawa fungsi perlembagaan ini sekarang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bebas Khas — yang diketuai oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria — dan Perdana Menteri akan dituduh sebagai seorang tidak boleh dipercayai dan seorang mengkhianati janjinya sendiri sekiranya beliau memungkiri janji beliau dalam siaran langsung pada 12 Januari 2021.

Saya setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah bahawa Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong mempunyai budi bicara sama ada untuk memperpanjang darurat berdasarkan nasihat Jawatankuasa Bebas Khas seperti mana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri dalam siaran langsung 12 Januari beliau.

Seperti yang dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman malam tadi, kerajaan hanya akan “mengalihkan tiang gol” mengenai bila darurat akan berakhir sekiranya Takiyuddin menegaskan bahawa Kabinet atau Menteri yang dilantik akan memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Agong mengenai perkara ini.

Sepertimana yang ditanyakan Azalina: “Jika demikian (kabinet akan menasihati Yang di Pertuan Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?”

Pada hakikatnya, peristiwa darurat selama lima bulan terakhir telah mengesahkan keraguan mengenai sama ada pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen dan Dewan Negeri adalah penyelesaian yang tepat untuk wabak Covid-19.

Tidak seperti negara-negara yang belum mengisytiharkan darurat, kes Covid-19 baru dan kematian Covid-19 terus melambung sehingga berlanjutan PKP 3.0 selama dua minggu.

Pada 18 November 2020, kita menduduki tempat ke-85 di antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 terkumpul tertinggi.

Kira-kira tujuh bulan kemudian, dengan 652,204 kes Covid-19 semalam, kita mengatasi Austria dan kini berada di kedudukan ke-38 di antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 terkumpul tertinggi.

China, yang mendahului dunia pada awal penularan wabak ini, kini berada di tempat ke-98 dengan 91,394 kes Covid-19.

Untuk kes baharu per sejuta penduduk semalam, kita mengalahkan 37 negara dengan jumlah kes Covid-19 terkumpul kecuali empat negara di Amerika Selatan — Brazil, Argentina, Colombia dan Chile.

Setakat ini, 3,844 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia – 3.293 kematian dalam tempoh lima bulan darurat sejak 11 Januari 2021 atau tujuh kali kematian dalam lima bulan darurat berbanding dengan 551 kematian dalam 12 bulan pertama wabak Covid-19 sebelum darurat.

Dari segi korban harian per juta penduduk semalam, kami kehilangan enam dari 37 negara yang menduduki tempat teratas di dunia dengan jumlah kes Covid-19 yang paling terkumpul – Brazil, Argentina, Colombia, Chile, Peru dan Romania.

Terdapat 76 kematian Covid-19 di Malaysia semalam berbanding 12 kematian di United Kingdom yang mengalami kenaikan harian tertinggi iaitu 1.823 kematian Covid-19 pada 20 Januari 2021.

Jelas bahawa pengisytiharan darurat untuk memerangi wabak Covid-19 adalah kegagalan yang menyedihkan, kini ada cadangan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang sehingga Malaysia mencapai kekebalan terhadap Covid-19 — terutamanya kerana ini mungkin tidak akan pernah berlaku berlaku.

Sebilangan besar peguam berpendapat bahawa tindakan menggantung Parlimen tidak sah dari segi perlembagaan, seperti mana tidak sah untuk digantung bidang Kehakiman, memandangkan Perlembagaan Malaysia diasaskan pada doktrin pemisahan kuasa.

Sudah tiba masanya untuk kembali ke prinsip berperlembagaan — untuk menegakkan doktrin pemisahan kuasa dan Malaysia yang berasaskan kepada sistem raja berperlembagaan dengan demokrasi berparlimen.

Sidang Parlimen dan Dewan Negeri harus segera diadakan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dalam menangani wabak Covid-19, mengakhiri semua SOP Covid-19 yang kucar-kacir dan mengelirukan dan melancarkan mobilisasi nasional dengan strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan Covid-19.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 13 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.