#kerajaangagal101 – the series of #kerajaangagal hashtag media statements will end when Parliament is convened


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

When I started on the #kerajaangagal hashtag media statements on Sunday, 18th April 2021, I had no idea how many such statements I would be writing.

But I found no difficulty whatsoever in writing #kerajaangagal media statements, sometimes two or even three a day, as examples of a failed and kakistocratic administration, especially in the mishandling of the Covid-19 pandemic, were aplenty.

In less than eight weeks, I had chalked up 100 #kerajaangagal media statements yesterday.

Should I continue?

I would end the series of #kerajaangagal media statements when Parliament is convened, when Parliament can play its important check-and-balance role of the Executive to ensure that there is good governance, an efficient and effective government and the rule of law as intended by the founders of the nation and as entrenched in the Malaysian Constitution.

I cannot understand how intelligent and even brilliant minds can bring themselves to say that the present government under Muhyiddin Yassin had done relatively well in mitigating the effects of the Covid-19 pandemic, when anyone following the 100 #kerajaangagal media statements would have found evidence galore that by whatever measure, whether cumulative total of Covid-19 cases or Covid-19 cases per million of population, Malaysia had failed in the last 18 months to successfully handle the Covid-19 pandemic.

Is it any wonder that Malaysia had dropped 19 rungs from No. 16 in the January 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking to No. 35 in the May 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking, and looks set to descend to an even lower ranking in the June 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking?

Lets take yesterday’s global Covid-19 data. World-wide there has been a daily drop of 52.1% of new Covid-19 cases while the reduction of Covid-19 cases is even more dramatic in countries which were previously regarded as the worst performing nations in the Covid-19 pandemic: United States (down 95.2%), United Kingdom (89.1%), India (78%), France (94.6%). Italy (95%) and Spain (86.5%) from their respective peak daily increase of new Covid-19 cases.

But Malaysia is buckling this downward trend. In the last 23 days since May 19, 2021 there were 20 days when we exceeded the peak of daily increase of new Covid-19 cases set on January 30, 2021, when 5,728 new cases were recorded – establishing a new peak of 9,020 new Covid-19 cases on May 29, 2021.

Malaysia have been warned that the new peak of daily increase of new Covid-19 cases could be in the region of 13,000 cases.

So far, 3,684 people have died of Covid-19 in Malaysia – 3,133 deaths during the five months of the emergency since January 11, 2021 as compared to 551 deaths in the first 12 months of the Covid-19 pandemic before the emergency.

How many avoidable deaths will Malaysia have to face before the end of the
Covid-19 pandemic, especially as the usage of beds at intensive care units (ICU) in Malaysia is in a critical state?

Yesterday, we have 73 Covid-19 deaths as compared to seven deaths in the United Kingdom, which at one time had 1,823 deaths on January 20, 2021.

I am therefore utterly shocked that intelligent and brilliant minds can see redeeming aspects in the government mishandling of the Covid-19 pandemic.

But I fully agree that the country’s focus must be to recover from the Covid-19 pandemic, which includes a massive and accelerated vaccination programme, and all Malaysians and political parties must unite on this common agenda.

The convening of Parliament is the first step to ensure that Malaysia recover from the Covid-19 pandemic and to save the country from ending up as a kakistocracy.

I started the series of #kerajaangagal media statements with the call on the Health Minister, Adham Baba to stop his game of semantics and to focus on checking the rise in the daily increase of Covid-19 cases and bring it down to double-digit figures or resign! But my advice fell on deaf ears.

Adham had said that the fourth wave of Covid-19 pandemic in Malaysia will not happen unless cases involving domestic or local transmission record zero in the current third wave before the number of cases increase sharply the next day.

I had noted that a strong case could be made that Malaysia would have been spared the second and third waves of the Covid-19 pandemic (let alone the fourth wave) if the Sheraton Move conspiracy had not toppled the legitimate, competent and democratic Pakatan Harapan Government at the end of February 2020.

On the occasion of having issued 100 #kerajaangagal media statements, it is apt to return to Adham Baba.

Adham Baba’s appointment to the WHO executive board is not something which caused Malaysians to be overjoyed but one that created a lot of trepidation among Malaysians as he is prone to gaffes like his “warm water” fiasco.

Recently, the Health Ministry even denied a news report which had cited Adham Baba as saying the full movement control order (MCO) nationwide may be extended for another 14 days, as the seven-day average of Covid-19 cases is still high, with more than 5,00 cases reported a day which exceeded the Health Ministry’s target of a seven-day average below 4,000 cases, saying that this was “fake”.

Will the MCO 3.0 be extended on June 14?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, June 11, 2021)

==========================

#kerajaangagal101 — Siri kenyataan media #kerajaangagal akan berakhir apabila Parlimen bersidang semula

Semasa saya memulakan siri kenyataan media #kerajaangagal pada hari Ahad, 18 April 2021, saya tidak tahu berapa banyak kenyataan yang akan saya tulis.

Pun begitu, saya tidak berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk menulis kenyataan media #kerajaangagal ini, kadang-kadang sehingga dua atau tiga kenyataan sehari, menyentuh mengenai pentadbiran yang gagal dan kakistokratik, terutama dalam cara menangani wabak Covid-19.

Dalam masa kurang dari lapan minggu, saya telah menulis 100 kenyataan media #kerajaangagal semalam.

Patutkah saya teruskan?

Saya akan menamatkan siri kenyataan media #kerajaangagal apabila Parlimen bersidang semula, selepas Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang terhadap kuasa Eksekutif untuk memastikan tadbir urus yang baik, yang efisien dan efektif serta mengangkat kedaulatan undang-undang sebagaimana yang dimaksudkan tokoh-tokoh awal negara dan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Saya tidak dapat mencerna bagaimana akal yang cerdas dan pintar boleh mengatakan bahawa kerajaan Muhyiddin Yassin telah melakukan yang terbaik dalam mengurangkan kesan wabak Covid-19, sedangkan jika sesiapa mengikuti 100 kenyataan #kerajaangagal akan tentu menemui bukti yang melimpah ruah tentang kegagalan kerajaan Muhyiddin dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini sejak 18 bulan lalu, tidak kira dalam kategori jumlah kumulatif kes Covid-19 atau jumlah kes Covid-19 per sejuta penduduk.

Itu juga menjadi sebab mengapa Malaysia telah turun 19 anak tangga dari tangga ke-16 pada Januari 2021 ke tangga ke-35 pada Mei 2021 dalam senarai Bloomberg Covid Resilience Ranking, dan nampaknya akan jatuh ke kedudukan yang lebih rendah pada bulan Jun 2021.

Jika kita rujuk data global Covid-19 semalam, terdapat penurunan sebanyak 52.1% dalam kes baharu harian Covid-19 di seluruh dunia, sementara kes Covid-19 menurun dengan ketara di negara-negara yang sebelumnya dianggap sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam wabak Covid-19: Amerika Syarikat (turun 95.2%), England (89.1%), India (78%), Perancis (94.6%), Itali (95%) dan Sepanyol (86.5%) dari puncak kes harian Covid-19.

Pun begitu, Malaysia dilihat menongkah arus trend dunia. Dalam 23 hari terakhir sejak 19 Mei 2021, terdapat 20 hari di mana kita merekodkan puncak peningkatan kes baharu harian Covid-19 melebihi puncak kes yang direkodkan pada 30 Januari 2021, iaitu sebanyak 5,728 kes – sekaligus mewujudkan puncak baru dengan 9,020 kes Covid-19 pada 29 Mei 2021.

Malaysia telah diberi amaran bahawa peningkatan kes baharu harian Covid-19 boleh mencecah sekitar 13,000 kes.

Setakat ini, 3,684 orang telah terkorban akibat Covid-19 di Malaysia – 3,133 kematian dalam tempoh lima bulan darurat dilaksanakan bermula 11 Januari 2021 berbanding dengan 551 kematian dalam 12 bulan pertama sebelum pengisytiharan darurat.

Berapa banyak kematian yang boleh dielakkan akan berlaku sebelum wabak Covid-19 berakhir, lebih-lebih lagi melihat kepada penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di Malaysia yang kini berada pada tahap kritikal?

Semalam, kita merekodkan 73 kematian akibat Covid-19 yang mana lebih tinggi berbanding di United Kingdom yang mencatatkan tujuh angka korban akibat wabak itu – perlu diingatkan bahawa negara tersebut pernah mencatatkan angka korban seramai 1,823 orang pada 20 Januari 2021.

Justeru itu, saya berasa amat terkejut apabila ada individu dengan minda yang cerdas dan pintar tidak dapat melihat kegagalan teruk kerajaan hari ini dalam menguruskan penularan wabak Covid-19.

Tetapi saya bersetuju sepenuhnya bahawa tumpuan negara sekarang adalah untuk memulihkan negara ini daripada bahana wabak Covid-19, menerusi usaha mempercepatkan program imunisasi, yang mana memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia dan parti politik bagi menjayakan agenda bersama ini.

Memanggil sidang Parlimen adalah langkah pertama untuk memastikan Malaysia cepat pulih daripada penularan wabak Covid-19 dan menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kakistokrasi.

Saya memulakan siri kenyataan media #kerajaangagal dengan menyeru Menteri Kesihatan, Adham Baba, agar berhenti memainkan hujah semantik dan sebaliknya fokus terhadap angka kadar kenaikan harian Covid-19 untuk memastikan angka ini turun ke julat dua angka, jika tidak, beliau patut letak jawatan! Namun nasihat saya ini tidak diendahkan, ibarat mencurah air ke daun keladi.

Adham berkata yang gelombang keempat Covid-19 di Malaysia tidak akan berlaku melainkan sekiranya kes domestik dan jangkitan tempatan turun ke kadar sifar dalam gelombang ketiga semasa sebelum kadar ini kemudiannya meningkat mendadak.

Saya berhujah bahawa Malaysia mungkin akan berhadapan dengan nasib yang lebih baik dan terlepas daripada gelombang kedua dan ketiga wabak Covid-19 ini (apatah lagi gelombang keempat) sekiranya Langkah Sheraton tidak menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang sah, berkebolehan, dan demokratik pada hujung Februari 2020.

Sebagai meraikan siri kenyataan media #kerajaangagal yang ke-100, adalah molek untuk saya kembali melihat prestasi Adham Baba.

Pelantikan Adham Baba sebagai Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, sebaliknya menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat Malaysia ekoran kenyataan “air suam” yang dikeluarkannya sebelum ini.

Malah baru-baru ini, Kementerian Kesihatan menafikan laporan berita yang memetik Adham Baba sebagai berkata bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara mungkin dilanjutkan selama 14 hari lagi berikutan kes masih melebihi 5,000 sehari yang mana melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari, sambil menyifatkannya sebagai “palsu”.

Adakah PKP 3.0 akan disambung lagi selepas 14 Jun?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 11 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.