#kerajaangagal92 — Adham is up to another “warm water” gaffe when he compared Malaysia to UK on Covid-19 deaths when for the past week, Malaysia’s fatalities was 11 times that of UK


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Health Minister, Dr. Adham Baba is up to another “warm water” gaffe when he compared Malaysia to UK on Covid-19 deaths, when for the past week Malaysia’s fatalities from Covid-19 was 11 times that of United Kingdom.

In Johor Baru yesterday, Adam said UK’s success in recording zero death from Covid-19 recently has given the Malaysian government confidence in the effectiveness of the National Covid-19 Immunisation Programme.

I do not know what Adham was talking about.

In the first place, from the past one week, UK has reduced daily Covid-19 fatalities to lower double-digit or single-digit figures, with one day with zero death, but Malaysia achieved a new record of daily fatalities with 126 deaths on 2nd June, as shown as follows:

Daily Covid-19 fatalities

Date Malaysia United Kingdom
31.5.2021 67 1
1.6.2021 71 0
2.6.2021 126 12
3.6.2021 103 18
4.6.2021 86 11
5.6.2021 109 13
6.6.2021 87 4
Total 649 59

As for vaccination, Malaysia is  far behind the United Kingdom.

More than 2.12 billion doses have been administered across 176 countries, at the latest rate of about 38.9 million doses a day.

The United Kingdom has administered about 68 million doses, but Malaysia has administered less than 3.5 million doses. As a result in United Kingdom, 41.4% of the population had been fully vaccinated and 60.4% of the populatio0n had been given one dose of the vaccine, as compared to Malaysia, where only 3.5% of the population had been vaccinated while 7.3% of the population had been given one dose of vaccine.

If we are to compare Malaysia with UK, two conditions must take place – firstly, the Covid-19 death rate in Malaysia must come down sharply and  secondly, the national vaccination rollout must be  greatly accelerated.

According to an article late last month, UK is expected to achieve herd immunity in two months while Malaysia will take 22 months to achieve herd immunity, where 75% of the population is vaccinated.

Would Adham state when Malaysia would achieve herd immunity, and give the time-line for each state as to when herd immunity would be achieved?

I had long proposed that we should accelerate and complete the national vaccination rollout by Malaysia Day on September 16, 2021.

Will Adham support  this Malaysia Day target for completion of the national vaccination rollout?

I had asked whether Malaysia is heading towards  a situation where there would  be more daily Covid-19 deaths in Malaysia than in the United States.

This is not an academic question, as the fatalities from Covid-19  had fallen from the United States peak of 4,462 deaths on January 12, 2021 to 158 deaths yesterday – a humongous drop of 96.5%!

Adham should ensure that this state of affairs do not materialise, where the daily number of Covid-19 deaths is more in Malaysia than in the United States, or this will his final infamy!

But Adham’s greatest  failure so far  is his inability to ensure that during the Covid-19 pandemic, the government can maintain public trust and confidence in its handling of the Covid-19 pandemic and to mobilise Malaysians and spearhead a “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic.?

What are the  concerns of Malaysians after  the 18-month Covid-19 pandemic?  Undoubtedly, it is the Covid-19 SOP flip-flops,  U-turns and  double standards.

This is an abysmal failure indeed!

 

Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 7th June 2021


#kerajaangagal92 — Adham Baba sekali lagi melakukan satu perkara yang memalukan apabila beliau membandingkan kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia dengan di UK, sedangkan kadar di Malaysia ini 11 kali ganda lebih tinggi berbanding kadar di UK

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba sekali lagi melakukan perkara yang memalukan apabila beliau membandingkan kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia dengan di United Kingdom, sedangkan kadar di Malaysia ini 11 kali ganda lebih tinggi berbanding kadar di UK.

Di Johor Baru semalam, Adham mengatakan yang kejayaan UK untuk mencatatkan sifar kematian akibat Covid-19 baru-baru ini telah memberikan kerajaan Malaysia keyakinan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Saya tidak pasti apa yang Adham sedang cuba sampaikan.

Pertamanya, dalam seminggu yang lepas, UK telah menurunkan kadar kematian akibat Covid-19 di negara itu ke julat dua angka rendah atau satu angka, dengan satu hari yang mencatatkan sifar kematian, sedangkan dalam masa yang sama, negara kita mencatatkan rekod baharu angka kematian tertinggi pada 2 Jun dengan 126 kematian. Angka-angka ini adalah seperti berikut:

Kadar Korban Harian Covid-19

Tarikh Malaysia United Kingdom
31.5.2021 67 1
1.6.2021 71 0
2.6.2021 126 12
3.6.2021 103 18
4.6.2021 86 11
5.6.2021 109 13
6.6.2021 87 4
Jumlah 649 59

Dari segi pemberian vaksin pula, Malaysia berada jauh di belakang United Kingdom.

Lebih daripada 2.12 bilion dos telah diedarkan di sekitar 176 buah negara, pada kadar kira-kira 38.9 juta dos sehari.

United Kingdom telah mengedarkan sekitar 68 juta dos vaksin, manakala Malaysia pula hanya mengedarkan 3.5 juta dos. Hasilnya, di United Kingdom, 41.4% populasi mereka telah menerima vaksinasi penuh, dan 60.4% populasi mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, sedangkan di Malaysia hanya 3.5% peratus populasi kita telah menerima vaksinasi lengkap dan 7.3% populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sekiranya kita mahu membandingkan keadaan di UK dengan negara kita, dua perkara perlu berlaku dahulu — kadar kematian akibat Covid-19 perlu turun segera dan program imunisasi Covid-19 perlulah dipercepatkan dengan segera.

Menurut satu artikel yang diterbitkan pada hujung bulan lepas, UK dijangkakan akan mencapai imuniti kelompok dalam masa dua bulan lagi sedangkan Malaysia pula dijangkakan akan mengambil masa 22 bulan untuk mencapai imuniti kelompok, di mana 75% populasi telah menerima vaksinasi.

Bolehkah Adham menyatakan bilakah kita akan mencapai imuniti kelompok, dan memberikan jangka masanya untuk setiap negeri untuk mencapai imuniti kelompok ini.

Lama sudah saya cadangkan supaya program vaksinasi ini dipercepatkan supaya dapat dilengkapkan menjelang Hari Malaysia pada 16 September 2021.

Adakah Adham akan menyokong cadangan pelengkapan menjelang Hari Malaysia ini?

Saya telah tanya sebelum ini, adakah Malaysia sedang bergerak ke arah di mana terdapat lebih banyak kematian akibat Covid-19 di negara kita berbanding di Amerika Syarikat?

Persoalan ini bukanlah satu perkara mustahil untuk berlaku, memandangkan kadar kematian di Amerika Syarikat telah menurun daripada kemuncak 4,462 kematian pada 12 Januari 2021 kepada 158 kematian semalam — penurunan besar sebanyak 96.5%!

Adham perlu memastikan perkara ini — di mana kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat — tidak berlaku, atau pun ia akan selama-lamanya menjadi titik hitam terhadap maruahnya.

Namun, setakat ini, kegagalan terbesar Adham adalah dalam memastikan kerajaan dapat mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan untuk mengendalikan wabak Covid-19 ini dan untuk menggerakkan keseluruhan negara dalam memerangi wabak ini.

Apakah perkara yang masih dibimbangi rakyat selepas 18 bulan berhadapan dengan wabak ini? Semestinya ia adalah prosedur operasi standard (SOP) yang sering bertukar dan kucar-kacir, dan juga layanan berbeza yang diamalkan kerajaan.

Perkara ini memanglah satu kegagalan yang sangat teruk!

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 7 Jun 2021

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.