(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Does the Parliament Speaker Azhar Harun still need to be convinced that the emergency declared on January 11, 2021 is a colossal failure to combat the 17-month Covid-19 pandemic?
Does he still need to be convinced that one reason for the emergency being such a colossal failure to combat the Covid-19 pandemic is because of the suspension of Parliament which removed the important constitutional safeguard of parliamentary scrutiny and “check-and-balance” to ensure Executive competence, efficiency and good governance?
If Azhar still thinks that the emergency declared on January 11, 2021 was the best thing that could have happened to combat the war against the Covid-19 pandemic, let him say so publicly loud and clear — for his might be a lone voice for I doubt that anyone in the bloated Cabinet, including the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin himself, would dare to say so publicly.
When the emergency was declared on January 11, 2021, there were 138,224 cases after 12 months of the Covid-19 pandemic. In the nearly five months of the emergency, the cumulative total of Covid-19 cases in Malaysia increased by more than four times to 587,165 cases.
Before the emergency, there were 511 Covid-19 deaths after 12 months of the pandemic. In the nearly five months of the emergency, total fatalities increased by nearly six times to 2,993 fatalities.
In view of such data, I dare anyone — whether the Parliament Speaker or anyone in the Muhyiddin Cabinet — to declare publicly that the emergency declared on January 11, 2021 was a huge success in the war against the Covid-19 pandemic!
If the Parliament Speaker agrees that the emergency declared on January 11, 2021 was a colossal failure in the war against Covid-19 pandemic, and that one reason was the suspension of Parliament which unconstitutionally removed the important safeguard of Parliamentary “check-and-balance” to ensure Executive competence, efficiency and good governance, I would expect the Speaker to give positive consideration to the thoughtful and well-argued view expounded by the DAP MP for Bruas and former Speaker of Perak State Assembly, Ngeh Koo Ham, that Parliament had been unconstitutionally suspended (and which was published by Malaysiakin).
I had waited for a day for the Speaker’s response but there was none.
I spoke to Ngeh last night and learnt that the Speaker had been in private exchange of views with Ngeh.
This is most unsatisfactory. Whether Parliament had been unconstitutionally suspended is not a private matter but a most important public and national issue.
In the circumstances, Azar Harun must explain his position on the arbitrary suspension of Parliament during the emergency, and in particular, why he is acting as a spokesman of the Executive to Members of Parliament, instead of representing Members of Parliament to safeguard Parliament’s power and privileges from encroachment and usurpation by the Executive.
It was William Shakespeare who said: “Some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them”.
Will Malaysia have a great Parliament Speaker?
(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 3rd June 2021)
#kerajaangagal85 — Adakah Speaker Parlimen Azhar Harun masih perlu diyakinkan yang darurat telah gagal untuk mengawal wabak Covid-19 yang telah berterusan selama 17 bulan?
Adakah Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, masih perlu diyakinkan yang darurat yang diumumkan pada 11 Januari 2021 ini adalah satu kegagalan besar dalam usaha mengawal wabak Covid-19 yang telah berterusan selama 17 bulan?
Adakah beliau masih perlu diyakinkan yang salah satu sebab darurat ini gagal adalah kerana sidang Parlimen digantung, yang telah membuang satu aspek penting perlembagaan untuk membolehkan Parlimen menyemak dan mengimbangi segala tindak-tanduk pihak Eksekutif, untuk memastikan terdapatkan tadbir urus yang kompeten, berkesan, dan baik?
Sekiranya Azhar masih merasakan yang darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 ini adalah langkah terbaik dalam memerangi wabak Covid-19, beliau patut menyatakan perkara ini dengan jelas — kerana suara beliau mungkin bersendirian dalam perkara ini, kerana saya merasakan tidak ada sesiapa pun dalam Kabinet gergasi kita, termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, yang berani mengatakan demikian.
Semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, terdapat 138,224 kes terkumpul selepas 12 bulan berhadapan dengan wabak ini. Lima bulan kemudiannya, angka kes terkumpul ini telah meningkat lebih daripada empat kali ganda kepada 587,165 kes.
Sebelum darurat, kita mencatatkan 511 kematian akibat Covid-19, 12 bulan selepas bermulanya penularan wabak ini. Dalam tempoh hampir lima bulan selepas darurat, angka ini meningkat hampur enam kali ganda kepada 2,993 kematian.
Dengan data sebegini, saya cabar mana-mana orang — sama ada Speaker Parlimen, atau sesiapa pun dalam Kabinet Muhyiddin — untuk mengatakan secara terbuka, yang darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 ini adalah satu kejayaan dalam memerangi wabak Covid-19 dalam negara kita!
Sekiranya Speaker Parlimen setuju bahawa darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 adalah satu kegagalan besar dalam memerangi Covid-19, dan salah satu sebab utamanya adalah penggantungan Parlimen yang telah merompak hak berperlembagaan Parlimen untuk menyemak imbang tindak-tanduk kerajaan untuk memastikan terdapat pentadbiran yang kompeten, berkesan, dan baik, saya menjangkakan Speaker Parlimen untuk mempertimbangkan dengan positif, pandangan Ahli Parlimen DAP Beruas yang juga merupakan mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham, bahawa Parlimen ini telah digantung sidangnya secara tidak sah dari segi Perlembagaan (yang telah diterbitkan dalam Malaysiakini).
Saya telah menunggu jawapan balas daripada Speaker untuk sehari, tetapi tiada apa yang diberikan daripadanya.
Saya bercakap dengan Ngeh malam semalam, dan diberitahu bawah Speaker telah bertukar pendapat secara peribadi dengan Ngeh.
Perkara ini amat tidak memuaskan. Perkara sama ada Parlimen telah digantung secara tidak sah di sisi Perlembagaan ini bukanlah perkara peribadi tetapi satu isu berkepentingan awam dan negara.
Dalam keadaan ini, Azhar Harun perlu menjelaskan kedudukan beliau mengenai penggantungan sidang Parlimen semasa darurat ini, dan terutamanya tindakan beliau dalam menjadi jurucakap pihak Eksekutif kepada Ahli-ahli Parlimen sedangkan beliau sepatutnya mewakili kepentingan Ahli-ahli Parlimen untuk mempertahankan kuasa dan hak-hak Parlimen daripada dicabuli pihak Eksekutif.
William Shakespeare pernah berkata: “Ada orang dilahirkan hebat, ada orang berjaya menjadi hebat, dan ada pula orang yang terpaksa menanggung hebat”.
Adakah Malaysia akan mendapat seorang Speaker Parlimen yang hebat?
(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 3 Jun 2021)