Two national priorities facing Malaysia – to do a better job in battling the Covid-19 pandemic and to accelerate the Covid-19 national vaccination rollout so that normality and economic restoration can be started in the third or fourth quarter of this year


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The reported 1,680 new Covid-19 cases yesterday is the fifth day in the last 14 days since Feb. 25 when the daily new cases first fell below the 2,000-mark – the daily increase on Feb. 25 was 1,924 cases.

The last time the daily increase of new Covid-19 case was below 2,000 cases was in January 4, 2021, when it registered an increase of 1,741 cases.

If offers “light at the end of the tunnel” that the third wave of the Covid-19 pandemic, which had rampaged for more than five months since Sept. 20 as a result of the power-grab causing the Sabah state general elections, may have turned the corner.

Malaysia must bring the year-long Covid-19 pandemic under control so that as much of normalcy of life and restoration of economy can be activated.

These must be Malaysia’s two top priorities – firstly, to do a better job in combatting the Covid-19 pandemic, including helping the vulnerable groups who suffered the most from the pandemic and to accelerate the Covid-19 national vaccination rollout so that so that normality of life and economic restoration can take place by the third or fourth quarter of this year.

The East Asia and Pacific region have been described as one of the few bright spots in the fight against the Covid-19 pandemic, but we must admit that Malaysia had not done well in the battle against the Covid-19 pandemic.

In the monthly Bloomberg Covid Resilience Index, which scores economies of more than US$200 billion in 10 key metrics – from growth in virus cases to overall mortality rates, testing capabilities and vaccine supply agreements – Malaysia has not only lost out to China, Taiwan Japan, South Korea and Hong Kong, we have fared poorly as compared to other ASEAN nations like Singapore, Vietnam and Thailand.

The Covid-19 pandemic has proved wrong the Global Health Security (GHS) Index, released in 2019 to identify the countries which would perform best at addressing pandemic diseases.

The experts thought that the countries best positioned to deal with pandemic diseases like Covid-19 were countries like the United States and United Kingdom but they were proved wrong.

The United States and the United Kingdom were the two countries that scored the highest on the GHS Index but they were among the top worst performers in the Covid-19 pandemic, with United States topping the countries in the world with nearly 30 million Covid-19 cases and over 535,000 deaths, while UK is the world’s fifth country with the largest caseload of Covid-19 cases – over 4.2 million cases and over 124,000 deaths.

Fortunately, we are not in the league of United States and United Kingdom. The US , has an index of total cases per million of population of 89,231 while UK’s index is 61,844. The index of United States of total deaths per million of population is 1,616 while UK is 1,826.

Malaysia has better indices – our index of total cases per million of population is 9,550 while total deaths per million of population is 36.

But we have higher indices than Indonesia (4,987) and Philippines (5,346) with regard to total cases per million of population, although we have a lower indices for total deaths per million of population – Indonesia (135) and Philippines (113).

Indonesia with a population of 275 million has more than 1.37 million cases is now ranked the world’s top 18th country with largest cumulative total of Covid-19 caseload and Philippines with a population of 110 million with a cumulative total of 591,138 Covid-19 cases is ranked the world’s top 30th country. Malaysia, with 32 million population, is ranked the world’s top 45 country, with a cumulative total of 311,777 Covid-19 cases and 1166 deaths.

Why can’t Malaysia be one of the better performing countries in the war against Covid-19 pandemic, like countries in East Asia or in ASEAN which are ranked in
February Bloomberg Covid Resilience Index – Singapore (2), China (6), Taiwan (7), South Korea (8), Japan (9), Thailand (10), Hong Kong (13), Vietnam (18) as compared to Malaysia which was ranked No.23 out of 53 nations.

The second priority is to accelerate the Covid-19 national vaccination rollout to shorten the timeline for its completion so that normality and economic restoration can be activated in the third or four quarter of this year.

The relevant authorities, whether the National Security Council on Covid-19 pandemic or the Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) should give serious considerations to these two priorities.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, 7th March 2021)

====================

Dua keutamaan kebangsaan untuk Malaysia — melawan wabak Covid-19 dengan lebih baik dan mempercepatkan pengedaran vaksin Covid-19 supaya pemulihan ekonomi dan kehidupan boleh kembali normal bermula suku ketiga atau keempat tahun ini

1,680 kes baharu Covid-19 semalam adalah hari kelima dalam tempoh 14 hari yang lepas sejak 25 Februari di mana kes baharu berada di bawah paras 2,000 kes — peningkatan harian pada 25 Februari adalah 1,924 kes.

Kali terakhir negara kita mencatatkan di bawah 2,000 adalah pada 4 Januari 2021, apabila kita mencatatkan 1,741 kes.

Perkara ini memberikan sedikit harapan yang gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara kita, yang telah melanda selama lebih daripada lima bulan sejak September 2020 akibat daripada usaha rampasan kuasa melalui Pilihan Raya Negeri Sabah, mungkin sedang reda.

Malaysia perlu mengawal wabak ini supaya negara kita dapat kembali normal dan proses pemulihan ekonomi dapat dimulakan.

Perkara ini perlu menjadi keutamaan negara — untuk menambahbaik usaha melawan wabak Covid-19, termasuklah dengan membantu kumpulan yang paling terkesan dengan wabak ini, dan untuk mempercepatkan usaha vaksinasi kebangsaan untuk mengembalikan kenormalan kehidupan dan memulakan proses pemulihan ekonomi menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.

Kawasan serantau Asia Timur dan Pasifik telah dikatakan sebagai salah titik cerah dalam usaha melawan wabak Covid-19, tetapi kita perlu mengakui yang Malaysia tidak berjaya untuk melakukan yang terbaik dalam melawan wabak ini.

Dalam penerbitan bulan Indeks Ketahanan Covid oleh Bloomberg, yang mengukur ekonomi yang bernilai AS$200 bilion dalam 10 ukuran — dari peningkatan kes kepada kadar kematian, kapasiti ujian saringan, dan perjanjian bekalan vaksin — Malaysia bukan sahaja kalah kepada China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, dan Hong Kong, tetapi kita juga berada dalam keadaan yang kurang memuaskan berbanding dengan negara ASEAN seperti Singapura, Vietnam, dan Thailand.

Wabak Covid-19 ini telah membuktikan Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada tahun 2019 untuk mengenalpasti negara-negara yang boleh mengendalikan wabak dengan baik.

Para pakar telah menjangkakan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mempunyai kebolehan yang terbaik untuk melawan penyakit wabak, tetapi mereka telah terbukti silap.

Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah antara dua negara yang mendapati markah tertinggi dalam Indeks GHS tetapi mereka juga adalah antara negara dengan rekod terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19, dengan Amerika Syarikat berada di tempat teratas dalam jumlah kes tertinggi di dunia, dengan hampir 30 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 535,000 kematian akibat wabak ini, manakala UK pula merupakan negara kelima dengan jumlah kes tertinggi, kira-kira 4.2 juta kes dan dengan lebih daripada 124,000 kematian.

Kita bernasib baik kerana kita tidak berada di dalam liga yang sama seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. AS mencatatkan 89,231 kes per sejuta penduduk, manakala UK mencatatkan 61,844 kes per sejuta penduduk. Kadar kematian akibat Covid-19 di AS adalah 1,616 kematian per sejuta penduduk, manakala di UK pula, 1,826 kematian per sejuta penduduk.

Malaysia mempunyai kadar yang lebih baik — kita mencatatkan 9,550 kes per sejuta penduduk dan hanya 36 kematian per sejuta penduduk.

Namun, kadar kes per sejuta penduduk ini masih lebih tinggi berbanding dengan Indonesia (4,987) dan Filipina (5,346), walaupun kita mencatatkan kadar kematian yang lebih rendah — Indonesia dengan 135 kematian per sejuta penduduk dan Filipina dengan 113 kematian per sejuta penduduk.

Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 275 orang mencatatkan lebih daripada 1.37 kes Covid-19, kini berada di tempat ke-18, dan Filipina dengan 110 juta penduduk mencatatkan 591,138 kes berada di tempat ke-30 di seluruh dunia. Malaysia, dengan 32 juta orang penduduk, berada di tempat ke-45 dengan 311,777 kes dan 1,166 kematian.

Mengapakah Malaysia tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik, seperti negara-negara Asia Timur atau ASEAN yang berada dalam kedudukan seperti berikut dalam Indeks Ketahanan Covid Bloomberg bulan Februari — Singapura (2), China (6),

Taiwan (7), Korea Selatan (8), Jepun(9), Thailand (10), Hong Kong (13), Vietnam (18) berbanding dengan Malaysia yang berada pada kedudukan ke-23 dari 53 buah negara.

Keutamaan kedua kita adalah untuk mempercepatkan usaha vaksinasi kebangsaan untuk memendekkan jangka masa pelengkapannya supaya kehidupan boleh kembali normal dan proses pemulihan ekonomi boleh dimulakan menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.

Pihak berkuasa berkenaan, baik Majlis Keselamatan Negara atau Pasukan Tindakan Imunisasi Covid-19 (CITF) perlu mempertimbangkan kedua-dua keutamaan ini dengan serius.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 7 Mac 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.