Mahathir’s egregious blunder resigning as PM


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I am surprised that I was mentioned in the last paragraph of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s statement yesterday, where he said:

“I thought that something similar was needed. But I failed because Kit Siang said I was trying to become a dictator. He supported Anwar as the PH candidate. Had the 92 votes gone to me I would have 154 votes. You can imagine what direction the nation would take when all parties put the nation first.”

This is Mahathir’s own conjecture. To put the record straight, PH’s decision to support Datuk Seri Anwar Ibrahim as Prime Minister after Mahathir’s shocking resignation, was made unanimously by all three component parties of PH – DAP, PKR and Amanah. PH made the decision after Mahathir refused to continue as PH Prime Minister as well as abide and be bound by the PH General Election Manifesto.

There must be a PH Prime Minister and government to uphold and respect the people’s mandate granted in the 2018 general election. It is indeed unfortunate that Mahathir still refused to assume responsibility for his egregious blunder in resigning as Prime Minister when he had retained the support of the majority of the MPs, from Pakatan Harapan, Warisan and even Bersatu MPs.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, Feb. 4, 2021)


Kesilapan besar Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM

Saya terkejut apabila nama saya dipetik dalam perenggan terakhir kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, di mana beliau mengatakan:

“Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama.”

Perkara ini hanyalah sangkaan Mahathir sendiri. Untuk rekod, keputusan Pakatan Harapan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri — selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Mahathir — dibuat secara sebulat suara oleh semua parti komponen PH — DAP, PKR, dan Amanah. PH mencapai keputusan ini selepas Mahathir enggan untuk terus menjadi Perdana Menteri PH dan enggan untuk mematuhi dan terikat dengan Manifesto Pilihan Raya Umum PH.

Perlunya ada seorang Perdana Menteri PH dan sebuah Kerajaan PH untuk mempertahankan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018. Amat malang sekali apabila Mahathir masih enggan untuk bertanggungjawab di atas kesilapan besar beliau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, daripada Pakatan Harapan, Warisan, dan juga Bersatu.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 4 Februari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.