Malaysia must devise an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic that will enable Malaysians to live with the coronavirus for one to two years as well as to save lives and livelihoods and prepare for a quick post-Covid recovery


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

In everyone’s perception, the United States of America, with 25 million Covid-19 cases and over 415,000 fatalities, is not only the top country in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases, but the country which is the worst performer on the world stage in war against the Covid-19 pandemic.

No Malaysian would believe or could accept that Malaysia is a worse performer than the United States of America in the war against the Covid-19 pandemic.

I am no exception, which explain my shock when I look at the numbers and find that in the last two months, from Nov. 18, 2020 to January 20, 2001, the US Inauguration Day when Joe Boden took his oath of office to begin his four-year presidency, Malaysia had performed worse than the United States in the war against the Covid-19 pandemic.

On November 18, 2020, the United States recorded 11,695,711 Covid-19 cases, and on January 20, 2021, US recorded 24,998,975 Covid-19 cases – an increase of 2.14 times.

But Malaysia’s cumulative total of Covid-19 cases increased by 3.4 times, as on November 18, 2020, Malaysia had 49,730 cases while on January 20, we have 169,379 cases.

Although the general perception is that United States is the worst performer on the world state in the Covid-19 pandemic, in the last two months, it was Turkey which was the world’s worst performer, with Malaysia second, Germany third, United Kingdom fourth and the United States fifth.

On November 18, 2020, Turkey had 421,413 Covid-19 cases but on January 20, 2021, it had up shot up 5.7 times to 2,406,216 cumulative cases.

That was the position in the last two month, but in totality, Malaysia’s Covid-19 pandemic is not as serious and critical as the countries with the highest rate of total cases per one million population, which is led by United States, as follows:

Total Cases per one million population

United States – 75,279
Israel – 62,608
Belgium – 58,639
Switzerland – 58,105
Bahrain – 56,853
Portugal – 57,132
Netherlands – 54,040
Qatar – 52,710
United Kingdom – 51,491
Spain – 51,584
France – 45,370
Brazil – 40,187
Argentina – 40,057
Italy – 39,737
Singapore 10,075
Malaysia 5,196
Philippines – 4,583
Indonesia – 3,416
Japan 2,691
South Korea 1,433

The grim figure of 4,008 new cases yesterday shows that we are not out of the woods of the third wave of the Covid-19 pandemic.

Malaysia must devise an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic that will enable Malaysians to live with the coronavirus for one to two years as well as to save lives and livelihoods and prepare for a quick post-Covid recovery.

This is why the Yang di Pertuan Agong should convene a Special Parliament on the Covid-19 pandemic, because there cannot be an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic if Members of Parliament and State Assembly persons are excluded from the strategy.

This is the time for all Malaysians to unite to save Malaysia from the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 21st January 2021)


Malaysia perlu merangka strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19 yang membolehkan rakyat Malaysia untuk hidup bersama dengan wabak ini selama satu hingga dua tahun serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dan menyiap-sediakan negara untuk pemulihan pasca-Covid secepat mungkin

Menjadi persepsi umum bahawa Amerika Syarikat yang kini merekodkan 25 juta kes positif Covid-19 dengan lebih 415,000 kematian, bukan sahaja menjadi “juara” dalam jumlah kes keseluruhan Covid-19, malah menjadi sebuah negara yang dilihat gagal dalam menangani penularan Covid-19.

Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang boleh percaya atau boleh menerima hakikat bahawa Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih buruk berbanding Amerika Syarikat dalam perang melawan wabak Covid-19 ini.

Saya tidak terkecuali daripada perkara ini, kerana itulah saya sendiri berasa terkejut apabila melihat angka-angka kes Covid-19 dan mendapati bahawa dalam dua bulan terakhir ini, dari tempoh di antara 18 November 2020 hingga 20 Januari 2001 — hari di mana Joe Biden mengangkat sumpah jawatannya sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk empat tahun akan datang — Malaysia telah menunjukkan prestasi yang lebih buruk berbanding Amerika Syarikat dalam perang menentang wabak ini.

Pada 18 November 2020, Amerika Syarikat merekodkan 11,695,711 kes Covid-19, dan pada 20 Januari 2021, AS mencatatkan 24,998,975 kes Covid-19 – peningkatan sebanyak 2.14 kali ganda.

Sementara itu di Malaysia dalam tempoh yang sama, jumlah kes keseluruhan Covid-19 meningkat 3.4 kali ganda — pada 18 November 2020, Malaysia merekodkan 49,730 kes manakala pada 20 Januari, 169,379 kes.

Walaupun persepsi umum mengatakan bahawa Amerika Syarikat menunjukkan prestasi terburuk di dunia dalam soal perang melawan pandemik Covid-19, sebenarnya dalam dua bulan terakhir ini, Turki adalah negara yang menunjukkan prestasi paling buruk, dengan Malaysia ditempat kedua, Jerman ketiga, United Kingdom keempat dan Amerika Syarikat kelima.

Pada 18 November 2020, Turki mempunyai 421,413 kes Covid-19 tetapi pada 20 Januari 2021, jumlahnya meningkat 5.7 kali menjadi 2,406,216.

Begitulah keadaannya dalam dua bulan terakhir ini, tetapi secara keseluruhannya, situasi Covid-19 di Malaysia tidak begitu serius dan kritikal seperti negara-negara lain yang mencatatkan jumlah kes tertinggi per sejuta penduduk, yang “dijuarai” oleh Amerika Syarikat, seperti berikut:

Jumlah kes per sejuta penduduk

Amerika Syarikat – 75,279

Israel – 62,608

Belgium – 58,639

Switzerland – 58,105

Bahrain – 56,853

Portugal – 57,132

Belanda – 54,040

Qatar – 52,710

United Kingdom – 51,491

Sepanyol – 51,584

Perancis – 45,370

Brazil – 40,187

Argentina – 40,057

Itali – 39,737

Singapura – 10,075

Malaysia – 5,196

Filipina – 4,583

Indonesia – 3,416

Jepun – 2,69

Korea Selatan 1,433

Angka 4,008 kes baru Covid-19 yang direkodkan semalam menunjukkan bahawa kita masih dibelenggu gelombang ketiga wabak Covid-19.

Malaysia perlu merangka strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19 yang membolehkan rakyat Malaysia untuk hidup bersama dengan wabak ini selama satu hingga dua tahun serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dan menyiap-sediakan negara untuk pemulihan pasca-Covid secepat mungkin.

Inilah sebabnya mengapa Yang di Pertuan Agong harus mempertimbangkan untuk memanggil sidang Parlimen Khas mengenai pandemik Covid-19, kerana tidak mungkin strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan Covid-19 pandemik dapat dirangka dengan baik sekiranya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikecualikan daripada strategi berkenaan.

Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia bersatu untuk menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 21 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.