Support for the Yang di Pertuan Agong convening a Special Parliament on Covid-19 pandemic


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Tomorrow is the US Inauguration Day – the first day of Joe Biden as the 46th US President and the final day of Donald Trump as the 45th US President with a disastrous legacy of 410,000 deaths, 25 million Covid-19 cases and 30,000 falsehoods and lies.

More Americans have died in the last year of Trump’s four-year presidency than the eight years of the Vietnam war where some 58,000 Americans perished, or even the four years when the United States joined the Second World War where some 400,000 Americans perished.

Trump had admitted that although he knew in early February last year that he knew the coronavirus was “more deadly than even your strenuous flu”, he continued to compare Covid-19 to the flu.

On February 7, 2020 he said that Covid-19 could dissipate with the arrival of warmer weather, much like the seasonal flu, and that “virus hopefully becomes weaker with warmer weather, and then gone.”

On February 15, 2020, the United States had 15 Covid-19 cases and zero deaths.

On 18th January 2021, eleven months later, the United States is the world’s top nation with cumulative total of 24.6 million Covid-19 cases and 408,623 fatalities. On US Inauguration Day on 20th January, United States will be near 25 million cases and 410,000 fatalities.

This is the magnitude of the criminal irresponsibility of the 46th President of the United States, so much so that in Biden’s Inaugural Speech, the new US President will urge Americans to wear masks to fight the Covid-19 pandemic and to pledge vaccination of 100 million Americans in his first Hundred Days.

Let us learn from the lessons from Trump and Trumpism.

Malaysia is presently a poor performer in the Covid-19 pandemic on the world stage jumping 22 rankings among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases from No. 83 to No. 61 since Dec. 1, 2020 – even worse than United States of America, Brazil, UK, France, Turkey, Italy and Spain.

On December 1, Malaysia was ranked No. 83 in the world with 65,697 Covid-19 cases but we have deteriorated by leaps and bounds and today, we are ranked No. 61 with 161,740 Covid-19 cases and 605 fatalities. We are likely to be ranked No. 60 today or tomorrow and likely to ranked No. 59 in two or three days’ time.

From Dec. 1 to now, the global total cumulative of Covid-19 cases increased from 65 million Covid-19 cases to 96 million cases, an increase of 1.48 times, but Malaysia increased from 65,697 cases on Dec. 1 to 161,740 cases, an increase of 2.46 times – the worst case among the top 100 nations with the most cumulative total of Covid-19 cases.

For this reason, I support the call for a Special Parliament on the Covid-19 pandemic, which will be in keeping with Section 14(1) (b) the first Emergency Ordinance of 14th January 2021 which states that “the Parliament shall be summoned, prorogued and dissolved on a date as the Yang di Pertuan Agong thinks appropriate”.

Let Parliament set an example for all Malaysians, regardless of race, religion, politics or region to unite for the national cause to save Malaysia from the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 19th January 2021)


Sokongan kepada cadangan untuk Yang di Pertuan Agong memanggil Persidangan Khas Parlimen mengenai wabak Covid-19

Esok adalah hari angkat sumpah Presiden AS — hari pertama Joe Biden sebagai Presiden AS ke-46 dan hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden AS ke-45, yang meninggalkan legasi buruk dengan 410,000 kematian akibat Covid-19, dengan 25 juta kes dan 30,000 penipuan dan berita palsu.

Lebih ramai rakyat Amerika telah terkorban dalam tahun terakhir pemerintahan Trump berbanding dengan lapan tahun tempoh Perang Vietnam di mana sekitar 58,000 rakyat AS terkorban. Malah angka ini lebih besar berbanding dengan angka korban AS dalam Perang Dunia Kedua di mana kira-kira 400,000 rakyat AS terkorban.

Trump telah mengakui yang walaupun beliau mengetahui sejak daripada Februari lalu lagi yang wabak Covid-19 ini lebih serius berbanding dengan demam selsema biasa, beliau terus menerus membandingkan wabak ini dengan demam selsema.

Pada 7 Februari 2020, beliau mengatakan yang Covid-19 akan beransur dengan kedatangan cuaca yang lebih suam dalam musim panas, seperti mana demam selsema bermusim, dan mengatakan yang “virus ini diharapkan menjadi lebih lemah dengan cuaca yang lebih panas dan kemudiannya menghilang.”

Pada 15 Februari 2020, Amerika Syarikat mencatatkan 15 kes Covid-19 dengan sifar kematian.

Pada 18 Januari 2021, sebelas bulan kemudian, Amerika Syarikat adalah negara teratas di dunia dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, dengan 24.6 juta kes dan 408,623 kematian. Pada hari Presiden AS mengangkat sumpah pada 20 Januari ini, Amerika Syarikat akan mencatatkan hampir 25 juta kes dengan hampir 410,000 kematian.

Perkara ini menjadi bukti betapa besarnya ketidakbertanggungjawaban pemerintahan Trump sebagai Presiden ke-45, sehinggakan dalam Ucapan Pertama beliau sebagai Presiden baharu AS, Joe Biden perlu menggesa rakyat Amerika untuk memakai pelitup muka untuk melawan wabak Covid-19 dan menjanjikan vaksinasi untuk 100 juta rakyat AS dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran beliau.

Marilah kita pelajari pengajaran daripada Trump dan Trump-isme.

Malaysia kini adalah antara negara yang berprestasi buruk dalam mengendalikan wabak ini, melonjak 22 kedudukan dalam carta negara dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, daripada kedudukan ke-83 pada 1 Disember 2020 kepada kedudukan ke-61 — lonjakan yang lebih teruk berbanding berbanding Amerika Syarikat, Brazil, UK, Perancis, Turki, Itali, dan Sepanyol.

Pada 1 Disember, Malaysia berada di tempat ke-83 dari segi jumlah kes tertinggi di dunia, dengan 65,697 kes, tetapi keadaan di negara kita telah bertambah teruk dengan negara kita kini berada di tempat ke-61 dengan 161,740 kes dan 605 kematian. Besar kemungkinan kita akan ke tempat ke-60 menjelang hari ini atau esok, dan ke tempat ke-59 dalam masa dua ke tiga hari.

Sejak daripada 1 Disember sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul di seluruh dunia meningkat daripada 65 juta kes kepada 96 juta kes, peningkatan 1.48 kali ganda, tetapi kes di Malaysia meningkat daripada 65,697 kes kepada 161,740 kes, peningkatan 2.46 kali ganda — kadar peningkatan terburuk dalam kalangan 100 negara dengan jumlah kes tertinggi di dunia.

Atas sebab ini, saya menyokong seruan supaya Sidang Parlimen Khas mengenai Covid-19 dipanggil, yang selari dengan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat pertama pada 14 Januari 2021, yang menyatakan “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Marilah kita jadikan Parlimen sebagai contoh untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, politik, mahupun kawasan, untuk bersatu demi usaha menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 19 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.