End the “cloak-and-dagger” politics and let all political parties meet and reach a new national consensus that the country’s biggest threat is the Covid-19 pandemic and that there would be no 15GE until the threat is overcome


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

End the “cloak-and-dagger” politics and let all political parties meet and reach a new national consensus that the country’s biggest threat is the Covid-19 pandemic and that there would be no 15th General Election until the threat is overcome.

The proclamation of an emergency yesterday is the product of such “cloak-and-dagger” politics for it came as a total surprise to the nation apart from the Cabinet Ministers, especially after the Monday address by the Prime Minister, Tan Sri Muhyddin Yassin on the re-imposition of movement control order (MCO) on eight states and territories and conditional MCO on six other states, and the continuation of the recovery MCO on the two remaining states.

If the purpose of the emergency is solely to win the war against Covid-19 and to unite all politicians, civil society leaders, religious bodies, youth organisations and everyone in Malaysia behind this mission, then there is no need for the “cloak-and-dagger” approach where the whole nation was taken by total surprise by the emergency proclamation.

There should have been a full national discussion and even a debate through the summoning of a Special Parliament whether an emergency is the best means to ensure that Malaysians can win the war against the Covid-19 pandemic.

This was what happened in Spain, where the state of emergency in mid-March and its subsequent extensions were debated and passed in the Spanish Parliament.

This was also the case in France, where the French Parliament voted to extend the state of emergency in the war against the Covid-19 pandemic until Feb. 16, 2021.

But this is not the case with Malaysia.

Muhyiddin said yesterday that the emergency is no military coup and that the civilian government will continue to function and gave an assurance that the judiciary will also continue to carry out its duty without any intervention from his government.

As Malaysia practises the doctrine of separation of powers among the Executive, Legislature and Judiciary, the Prime Minister should modify the emergency conditions and announce that the Executive would not interfere with the legislative and scrutiny function of Parliament.

This would also resolve the difference between the Speaker of Parliament, Azhar Azizan Harun and the Public Accounts Committee Chairman, Wong Kah Woh – with the former maintaining that Parliament will continue to play a check-and-balance role as all parliamentary groups and select committees could continue to operate while the latter maintaining that Azhar’s comments were disingenuous since all committees could not table their reports to Parliament.

I support Wong Kah Woh’s position but his difference with the Speaker can be immediately resolved if Parliament and the various State Assemblies are not banned from operating during the emergency.

In fact, I would argue that if the Prime Minister is serious about his pledge that the emergency would not undermine the government’s commitment to uphold good governance, he should allow Parliament and the various State Assemblies to function and equally important, to spearhead an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 epidemic – an aspect which had been conspicuously absent in the past 11 months of the government’s war against Covid-19 pandemic.

All Malaysians irrespective of race, religion or politics, must unite as Malaysians to resolve the unprecedented crisis represented by the Covid-19 pandemic – without any more “cloak-and-dagger” politics or diabolical politics of race, religion, lies, falsehood and fake news.

The coronavirus is not respecter of race or religion and we can only undermine the efficacy and success of our war against the Covid-19 pandemic if we divide ourselves whether in terms of race, religion, politics or misinformation.

Yesterday’s record-setting daily increase by 3,309 new Covid-19 cases and 4 fatalities bringing the cumulative total to 141,533 Covid-19 cases and 559 fatalities have ranked Malaysia as No. 69 among countries in the world with most Covid-19 cases, overtaking China (No. 82) and Myanmar (No. 70). We seem to be set on overtaking Philippines (now ranked No. 32 with cumulative total of 491,258 Covid-19 cases and 9,554 fatalities).

Malaysians must unite to ensure this trajectory is broken.

When the MCO was first imposed on March 18, 2020, we had a cumulative total of 790 Covid-19 cases and 2 fatalities. Now, we have 141,533 Covid-19 cases and 559 fatalities.

If the present trajectory of increase of Covid-19 infections continue, and we overtake Philippines, we will among the top 30-40 nations with a cumulative total of more than half a million Covid-19 cases.

This is not glory but infamy.

All Malaysians must unite with a single-purpose to ensure that this horrible scenario does not take place, and that we return to a situation where we learn to live with the deadly coronavirus with single or double-digit daily increase of Covid-19 cases, and that we never overtake Philippines in cumulative total of Covid-19 cases.

But we must not panic as we are not in the class of the top countries paralysed by Covid-19 pandemic like the United States which has a cumulative total of over 23 million cases and nearly 400,000 deaths – yesterday registering a daily increase of 221,121 new Covid-19 cases (on January 8, it set a new record of daily increase of 307,983 new infections) and record-high of 4,259 fatalities.

Or the other 17 countries which have over a cumulative total of a million cases like India (10.5 million cases), Brazil (8.2 million), Russia (3.4 million), UK (3.2 million), France (2.8 million), Turkey (2.35 million), Italy (2.3 million), Spain (2.1 million), Germany (1.96 million), Colombia (1.8 million), Argentina (1.74 million), Mexico (1.54 million), Poland (1.4 million), Iran (1.3 million), South Africa (1.26 million), Ukraine (1.1 million) and Peru (1 million).

We must learn the best lessons and worst mistakes of other nations in the Covid-19 pandemic.

The latest nation whose mistakes we must learn from is Ireland – the country which is recording the highest infection rate in the world last week.

When Ireland came out of a strict six-week lockdown in December it had one of the lowest levels of Covid-19 cases in Europe.

Since then, the situation has dramatically unraveled. What has gone wrong?

Ireland is ranked No. 60 with a cumulative total of 155.591 Covid-19 cases and 2,397 fatalities.

Are we going to overtake Ireland?

Let us make a national resolve that Malaysia will not overtake Philippines (now ranked No. 32) or even Ireland (No. ranked No 60), or the second MCO and the proclamation of emergency will not have served their purpose in fighting the Covid-19 epidemic.

This is the time for Malaysians, regardless of race, religion, politics or region to unite for the national cause to save Malaysia from the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday 13th January 2021)


Hentikan politik “udang di sebalik batu” dan bertemu dengan semua parti-parti politik dalam negara untuk mencapai konsensus nasional baharu yang mengakui bahawa musuh terbesar negara buat masa ini adalah wabak Covid-19 dan kita tidak boleh mengadakan PRU15 sehinggalah wabak ini diatasi

Hentikan politik “udang di sebalik batu” dan bertemu dengan semua parti-parti politik dalam negara untuk mencapai konsensus nasional baharu yang mengakui bahawa musuh terbesar negara buat masa ini adalah wabak Covid-19 dan kita tidak boleh mengadakan PRU15 sehinggalah wabak ini diatasi.

Proklamasi darurat semalam adalah hasil daripada politik “udang di sebalik batu” memandangkan perkara ini datang sebagai satu kejutan untuk seluruh negara dengan hanya Menteri Kabinet yang mengetahuinya, terutamanya selepas perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) di lapan buat negeri dan wilayah, PKP bersyarat di enam buah negeri, dan penyambungan PKP pemulihan di dua negeri.

Jika tujuan darurat ini semata-mata hanya untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan menyatukan semua ahli politik, pemimpin persatuan sivil, badan keagamaan, persatuan belia, dan semua rakyat Malaysia di sebalik misi ini, tidak ada sebarang keperluan untuk membuat perkara mengejut seperti ini di mana seluruh negara dikejutkan dengan proklamasi darurat.

Sepatutnya telah ada perbincangan di peringkat kebangsaan, dan perbahasan melalui persidangan khas Parlimen untuk menentukan sama ada darurat adalah cara terbaik untuk memastikan negara kita memenangi perang melawan wabak Covid-19 ini.

Perkara ini telah berlaku di Sepanyol, apabila keadaan darurat yang berlangsung pada bulan Mac dan sambungannya dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen Sepanyol.

Perkara ini juga berlaku di Perancis, di mana Parlimen Perancis mengundi untuk meneruskan keadaan darurat untuk melawan wabak Covid-19 sehingga 16 Februari 2021.

Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia.

Muhyiddin mengatakan semalam yang darurat ini bukanlah satu rampasan kuasa ketenteraan, dengan kerajaan sivil menjalankan fungsi seperti biasa dan memberikan jaminan bahawa sistem kehakiman akan terus menjalankan tanggungjawabnya tanpa sebarang campur tangan kerajaan.

Memandangkan Malaysia mengamalkan doktrin pemisahan kuasa di antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman, Perdana Menteri perlu mengubah syarat darurat ini dan mengumumkan yang pihak Eksekutif tidak akan mencampur tangan dengan fungsi legislatif dan semak imbang Parlimen.

Perkara ini akan boleh menyelesaikan perbezaan pendapat di antara Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Wong Kah Woh — di mana Azhar mengatakan Parlimen akan terus memainkan peranan semak imbangnya memandangkan semua kumpulan dan jawatankuasa pilihan khas Parlimen masih boleh berfungsi dan Wong pula mengatakan yang komen Azhar ini tidak benar kerana ke semua jawatankuasa ini tidak boleh membentangkan laporan mereka kepada Parlimen.

Saya menyokong pendapat Wong Kah Woh, tetapi perbezaan pendapat ini dapat diselesaikan dengan segera sekiranya Parlimen dan pelbagai Dewan Undangan Negeri tidak dihalang daripada berfungsi dalam tempoh darurat ini.

Malah, saya hujahkan yang sekiranya Perdana Menteri ini serius dengan janji beliau yang darurat tidak akan merendahkan komitmen kerajaan terhadap pentadbiran yang baik, beliau patut membenarkan Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri di seluruh negara untuk berfungsi dan memimpin usaha yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat’ dalam perang melawan Covid-19 — satu perkara yang tidak dilihat dalam 11 bulan yang lepas dalam usaha kerajaan melawan wabak ini.

Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, mahupun politik, perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah besar yang dibawa oleh Covid-19 — tanpa sebarang politik “udang di sebalik batu” mahupun politik toksik perkauman, keagamaan, penipuan, fitnah, dan berita palsu.

Wabak koronavirus ini tidak mengira kaum atau agama, dan kita hanya akan terus merendahkan keberkesanan dan kejayaan usaha kita melawan wabak ini jika kita terus memecahkan masyarakat kita mengikut kaum, agama, politik, atau penipuan.

Kadar 3,309 kes baharu peningkatan harian semalam yang memecahkan rekod baharu, membawa jumlah kes terkumpul dalam negara kepada 141,533 dan 559 kematian telah meletakkan Malaysia di tempat ke-69 di seluruh dunia dengan jumlah kes tertinggi, mengatasi kedudukan China (tempat ke-82), dan Myanmar (tempat ke-70). Kita dilihat bakal mengatasi kedudukan Filipina (kini di tempat ke-32, dengan sejumlah 491,258 kes terkumpul dan 9,554 kematian).

Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk memastikan trajektori ini tidak menjadi kenyataan.

Semasa PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020, kita mencatatkan sejumlah 790 kes terkumpul dan 2 kematian. Kini kita mencatatkan 141,533 kes dan 559 kematian.

Jika trajektori semasa ini kekal berterusan dan kita mengatasi kedudukan Filipina, kita bakal menjadi dalam kalangan 30-40 negara teratas di dunia dengan lebih daripada setengah juta kes Covid-19 terkumpul.

Ini bukanlah satu perkara yang patut dibanggakan, tetapi memalukan.

Semua rakyat Malaysia perlu bersatu dengan satu tujuan, untuk memastikan senario buruk ini tidak berlaku dan kita dapat kembali untuk belajar hidup bersama dengan koronavirus ini dengan hanya satu atau dua angka peningkatan harian, dengan negara kita tidak mengatasi kedudukan Filipina.

Namun kita juga tidak boleh panik memandangkan kita belum lagi berada dalam kategori seperti negara-negara yang telah dilumpuhkan dengan wabak Covid-19 ini seperti Amerika Syarikat yang mencatatkan lebih daripada 23 juta kes terkumpul dan hampir 400,000 kematian — semalam, AS mencatatkan 221,121 kes baharu (pada 8 Januari, negara tersebut mencatatkan rekod baharu dengan 307,983 kes baharu) dan rekod baharu 4,259 kematian.

Ataupun seperti 17 negara lain yang mencatatkan lebih daripada sejuta kes terkumpul seperti India (10.5 juta kes), Brazil (8.2 juta), Rusia (3.4 juta), UK (3.2 juta), Perancis (2.8 juta), Turki (2.35 juta), Itali (2.3 juta), Sepanyol (2.1 juta), Jerman (1,96 juta), Kolombia (1,8 juta), Argentina (1,74 juta), Meksiko (1,54 juta), Poland (1,4 juta), Iran (1,3 juta), Afrika Selatan (1,26 juta), Ukraina (1,1 juta) dan Peru ( 1 juta).

Kita mesti pelajari pengajaran daripada kebaikan dan keburukan negara-negara lain dalam berhadapan dengan wabak Covid-19.

Pengajaran terbaru yang kita perlu pelajari adalah daripada Ireland — negara yang mencatatkan kadar jangkitan tertinggi di dunia dalam minggu lepas.

Semasa Ireland keluar daripada sekatan pergerakan ketat selama enam minggu pada Disember lepas, negara tersebut mencatatkan kadar kes Covid-19 terendah di Eropah.

Sejak daripada Disember, keadaan di Ireland terus meneruk. Di manakah silapnya?

Ireland kini berada di tempat-60 dengan 155,591 kes dan 2,397 kematian.

Adakah kita bakal mengatasi kedudukan Ireland?

Marilah kita beriltizam sebagai sebuah negara supaya Malaysia tidak mengatasi kedudukan Filipina (kini di tempat ke-32) mahupun Ireland (kini di tempat ke-60), jika tidak, PKP kedua dan proklamasi darurat ini akan disia-siakan dalam tujuannya untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Sekarang adalah masanya untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, politik, mahupun daerah, untuk bersatu demi negara untuk menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 13 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.