Will there be an UMNO leader who will rise to restore UMNO to its founding decades when UMNO Presidents were known for their unquestioned integrity and honesty and their acceptance that Malaysia is a plural society?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

One thought that has been nagging me is whether an UMNO leader will rise who will restore UMNO to its founding decades when UMNO Presidents were known for their unquestioned integrity and honesty and their acceptance that Malaysia is a plural society?

Are great and inspiring episodes when Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sold his house in Penang to fund the running of UMNO, when the second Prime Minister, Tun Razak, gave his sons a stern lecture on integrity and honesty when they asked that a swimming pool be built at the Prime Minister’s residence at Sri Taman, and when the third Prime Minister, Tun Hussein Onn, whose integrity and honesty were legendary, are to be fables of the past never to be seen again in Malaysia?

It cannot be, for Islam, the official religion, like all great religions in the world, teaches integrity and honesty.

It was only this month that the Sultan of Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, at the swearing-in ceremony of the new Perak Mentri Besar, spoke of the importance of integrity and honesty of public officials.

Sultan Nazrin said their stature was bestowed by Allah and one should not resort to corruption in exchange for power.

He said: “It is absolute that all of the powers owned come from Allah. Hence, (a leader) must submit his loyalty to the one God. He (a leader) will persevere in upholding what is right and will oppose what is wrong. His strength, the protection upon him and personal resilience come from Allah.

“He (a leader) does not need to offer bribes or gratifications in exchange for support that is not guaranteed to be entwined with loyalty.

“He also does not need to resort to committing threats to strengthen himself, as the power which he receives in return will be utterly brittle in nature.”

Malaysia has produced a scholar par excellence on corruption in Syed Hussein Alatas, former Vice Chancellor of University of Malaya.

Recently, I came across an article by Dr. Mohamed Rafick Khan entitled “Pandemic vs Endemic” where he said that he is more concerned and worried about corruption than the Covid-19 pandemic, as “corruption is so bad that it has gone to every level of society”.

He said: “It’s hard to comprehend that a person who give salam, praise the Lord, and pray five times a day has no issue to engage in corrupt practice.

“How does one explain when people with positions have been convicted with corruption charges are enjoying a cult following and now being treated like a celebrity that is our last salvation to save the country?”

Is Dr. Rafick right?

The question whether there will be an UMNO leader who will rise to restore UMNO to its founding decades when UMNO Presidents were known for their unquestioned integrity and honesty and their acceptance that Malaysia is a plural society must be posed frontally.

Does the fifth Rukun Negara principle on “courtesy and morality” have no meaning whatsoever to the extent that we have Ministers in Cabinet who openly reject it?

Will anybody in UMNO answer?

I have said that 1MDB scandal would never have happened under the watch of Tunku, Tun Razak or Tun Hussein Onn. Dare anyone in UMNO contradict this?

That Malaysia is a plural society is a fact which is entrenched in the Merdeka Constitution 1957, Malaysia Constitution 1963, Rukun Negara 1970 and Vision 2020 announced in 1991.

Yet today, there are those in high places who regard statements upholding Malaysia as a multi-racial, multilingual, multi-religious and multi-cultural society and that all races and groups in the country must be given an equal stake under the Malaysian sun as dangerous and subversive.

Are we going forwards or backwards.

Can Malaysia still become a world-class great nation or are we condemned to the fate and ignominy of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state, to be overtaken in the international arena in various fields of human accomplishments by one country after another?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Penang on Monday, 28th December 2020)


Adakah akan ada pemimpin UMNO yang akan bangkit untuk mengembalikan UMNO ke dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan yang mengiktiraf hakikat bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk?

Satu persoalan yang sering berlegaran di fikiran saya adalah adakah akan ada pemimpin UMNO yang akan bangkit untuk mengembalikan UMNO ke dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan yang mengiktiraf hakikat bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk?

Adakah episod hebat dan penuh inspirasi ketika Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman menjual rumahnya di Pulau Pinang untuk membiayai UMNO, ketika Perdana Menteri kedua, Tun Razak, memberi anak-anaknya nasihat mengenai integriti dan kejujuran apabila mereka meminta agar kolam renang dibina di kediaman Perdana Menteri di Sri Taman, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, yang integriti dan kejujurannya menjadi legenda, kini hanya kelihatan seperti satu kisah dongeng masa lalu yang tidak dapat dilihat lagi di Malaysia?

Tidak mungkin, kerana Islam yang menjadi agama rasmi — seperti semua agama utama di seluruh dunia — mengajar tentang kepentingan integriti dan kejujuran.

Baru-baru ini pada bulan ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, dalam upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu, bertitah mengenai kepentingan integriti dan kejujuran penjawat awam.

Sultan Nazrin bertitah bahawa kedudukan mereka dianugerahkan oleh Allah dan seseorang tidak boleh menggunakan rasuah untuk mendapatkan kuasa.

Baginda bertitah: “Adalah mutlak bahawa semua kekuatan yang dimiliki datang dari Allah. Oleh itu, (seorang pemimpin) harus menyerahkan kesetiaannya kepada Tuhan yang satu. Dia (seorang pemimpin) akan gigih menegakkan apa yang benar dan akan menentang apa yang salah. Kekuatannya, perlindungan ke atas dirinya dan benteng ketahanan kepada diri datang dari Allah.

“Dia tidak perlu menawarkan sogokan atau imbuhan untuk mendapat sokongan yang belum terjamin berkembar dengan kesetiaan; begitu juga, dia tidak perlu melakukan ugutan atau ancaman untuk membina kekuatan diri, kerana kekuatan yang diperoleh secara demikian, teramat rapuh sifatnya,” titah baginda.

Malaysia telah menghasilkan cendekiawan yang unggul yang mengkaji tentang rasuah secara mendalam iaitu Syed Hussein Alatas, bekas Naib Canselor Universiti Malaya.

Baru-baru ini, saya terjumpa dengan sebuah artikel oleh Dr. Mohamed Rafick Khan yang berjudul “Pandemik vs Endemik” di mana beliau mengatakan bahawa beliau lebih prihatin bimbang tentang rasuah daripada pandemik Covid-19, kerana “rasuah sangat buruk sehingga terjadi pada setiap tahap masyarakat.”

Beliau berkata: “Sukar untuk memahami bahawa seseorang yang memberi salam, memuji Tuhan, dan sembahyang lima kali sehari tidak rasa bersalah terlibat dalam rasuah.

“Bagaimana seseorang menjelaskan ketika individu yang mempunyai kedudukan disabitkan dengan tuduhan rasuah masih dipuja-puja dan kini dilayan seperti selebriti?”

Adakah Dr. Rafick benar dalam hal ini?

Persoalannya apakah akan ada pemimpin UMNO yang akan bangkit untuk mengembalikan UMNO ke dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan yang mengiktiraf hakikat bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk mesti diajukan.

Apakah prinsip Rukun Negara kelima tentang “kesopanan dan kesusilaan” tidak mempunyai erti sama sekali sehingga kita mendapat Menteri yang secara terbuka menolaknya?

Adakah pemimpin UMNO akan menjawab persoalan ini?

Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa skandal 1MDB tidak akan pernah berlaku di bawah pengawasan Tunku, Tun Razak atau Tun Hussein Onn. Beranikah mana-mana pemimpin dalam UMNO menyangkal kenyataan ini?

Bahawasanya Malaysia adalah masyarakat majmuk adalah kenyataan yang termaktub dalam Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963, Rukun Negara 1970 dan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991.

Namun hari ini, ada individu yang berada di puncak kuasa menganggap kenyataan yang menegakkan Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum, pelbagai bahasa, pelbagai agama dan budaya dan bahawa semua kaum dan kumpulan di negara ini harus diberi layan yang sama di bawah naungan Malaysia sebagai berbahaya dan subversif.

Adakah kita akan maju atau mundur ke belakang?

Mampukah Malaysia tetap menjadi negara hebat bertaraf dunia atau kita dikecam dengan takdir dan cemuhan kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal, yang akan ditewaskan oleh negara-negara lain dalam pelbagai bidang pencapaian manusia?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 28 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.