Can UMNO return to its founding decades when UMNO Presidents were known for unquestioned integrity and honesty?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Two recent news items attracted widespread attention.

The first quoted the Barisan Nasional secretary-general Annuar Musa as saying that there was a conspiracy to undo the UMNO and BN’s policy of ‘No Anwar, No DAP’.

The second quoted the UMNO advisory board chairman, Tengku Razaleigh Hamzah who said UMNO’s ‘No DAP, no Anwar’ policy may not be cast in stone.

Previously, Umno supreme council member Puad Zarkashi had expressed similar views, that the slogan is not always relevant due to shifting political circumstances.

Johor Umno deputy chairperson Nur Jazlan Mohamed, meanwhile, said cooperation between the two nemeses may not be a bad idea.

At a forum organised by the National Professor Council (MPN) yesterday, Tengku Razaleigh also said UMNO must return to power to keep the Malays safe.

But can UMNO return to its founding decades when UMNO Presidents were known for unquestioned integrity and honesty?

Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman had to sell his house in Penang to fund the running of UMNO, while the former CIMB Bank Chairman, Datuk Seri Nazir Razak had recalled how their father, the second Prime Minister, Tun Razak, had given his sons a stern lecture on integrity and honesty when they had asked that a swimming pool be built at Seri Taman, the Prime Minister’s residence where they lived.

As for the third Prime Minister, Tun Hussein Onn, his integrity and honesty were legendary.

UMNO lost power in the 14th General Election on May 9, 2018 because it had betrayed the principles of integrity and honesty – from the days when the UMNO leader had to sell his house to fund UMNO’s activities to the era when UMNO leaders built palatial homes on ill-gotten gains from their public positions of trust and responsibility, turning Malaysia into a global kleptocracy.

The 1MDB scandal would never have happened under the watch of Tunku, Tun Razak or Tun Hussein Onn.

This was why in their recent joint statement, DAP Secretary-General Lim Guan Eng and AMANAH President, Mohamad Sabu had said that they had mandated the Parliamentary Opposition Leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim, to court support from government backbenchers provided they are not kleptocrat MPs particularly Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Datuk Seri Najib Razak.

Now there is a third name to add to the duo.

Apart from the question whether UMNO could return to its founding decades when UMNO Presidents were known for unquestioned integrity and honesty, there is another problem with UMNO – kleptocratic UMNO leaders have become the worst enemies of the Malays.

Would Razaleigh agree that kleptocratic UMNO leaders have become the worst enemies of the Malays?

How many times had Razaleigh spoken up against corruption and abuse of power by UMNO kleptocratic leaders for personal gain in the name of protecting and advancing the interests and rights of the Malays?

If the policies of Malay politics and hegemony had succeeded in the past 50 years to uplift the Malay masses, the ordinary Malays would not be so poor and insecure today that Khoo Boo Teik, a retired professor writing for the Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), a think tank at the National University of Singapore, could pen a 19-page paper entitled “Malay Politics: Parlous Condition, Continuing Problems”.

But the greatest indictment of the kleptocratic UMNO leaders is not only their failure to embrace Malaysia as a plural society, as the earlier generation of UMNO leaders had done as seen by the Malaysian vision set out in the Merdeka Constitution 1957, Malaysian Constitution 1963, Rukun Negara 1970 and Vision 2020 in 1991, but in masterminding a vicious and racist campaign of lies, falsehood and fake news to demonise the DAP as anti-Malay, anti-Islam, anti-Rulers and to poison the minds of the Malays that their rights, position and future are threatened by the DAP.

More than half a century ago sometime in 1969, I was asked what the DAP stood for and I explained it in seven points:

(i) That Malaysia is a multi-racial, multilingual and multi-cultural society and that a viable Malaysian nation can only be formed if all the races and groups in the country are given an equal stake under the Malaysian sun.

(ii) That in a multi-racial society like Malaysia, violence and any ideology of force, as advocated by the Communist Party of Malaya, could only lead to the disintegration of the country because it would quickly degenerate into a racial conflict. Force and violence in all forms must be deplored.

(iii) That in a multi-racial society, if any racial group feels it is backward, either educationally, economically, culturally, linguistically or politically, then racial antagonism will be created. Every attempt must be made to remove these imbalances between the races and groups.

(iv) That poverty is not a communal problem. It is a socio-economic problem and to regard poverty as a racial problem is to increase racial antagonism in the country.

(v) That democratic socialism can close the gap between the haves and the have-nots of all races.

(vi) Establish a clean, honest, efficient, incorruptible and effective government.

(vii) That only parliamentary democracy can prevent a racial clash. Any other form of government can lead to racial mistrust.

(viii) That communism is unconducive in a multi-racial society like Malaysia.

DAP has not changed with regard to its fundamental principles and objectives, but UMNO leaders have morphed from honest and incorrupt leaders into kleptocratic leaders turning Malaysia into a global kleptocracy with 1MDB and a series of corruption scandals.

After six decades, Malaysia has lost its way. Instead of becoming a world-class great nation, we are in danger of becoming a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

Would Razaleigh agree that we need a new national consensus to return Malaysia to the road of a world-class great nation and save it from the fate and ignominy of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, December 25, 2020)


Mampukah UMNO kembali ke zaman awal penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan?

Dua perkara dalam berita baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Yang pertama, memetik Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa yang mengatakan bahawa terdapat konspirasi untuk membatalkan dasar “Menolak Anwar dan DAP” yang dipegang oleh UMNO dan BN.

Yang kedua, memetik pengerusi lembaga penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengatakan bahawa dasar “Menolak Anwar dan DAP” ini tidaklah terpahat kekal selamanya.

Sebelumnya, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi telah menyatakan pandangan yang sama, bahawa slogan itu tidak semestinya sentiasa relevan memandangkan keadaan politik semasa yang berubah-ubah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, mengatakan bahawa kerjasama antara kedua-dua parti yang bertentangan ini mungkin bukan idea buruk.

Pada forum yang dianjurkan Majlis Profesor Negara (MPN) semalam, Tengku Razaleigh juga mengatakan UMNO mesti kembali berkuasa untuk menjaga keselamatan orang Melayu.

Namun, mampukah UMNO untuk kembali ke zaman awal penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan?

Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman terpaksa menjual rumahnya di Pulau Pinang untuk membiayai UMNO, sementara mantan Pengerusi Bank CIMB, Datuk Seri Nazir Razak telah menceritakan bagaimana ayah mereka, Perdana Menteri kedua, Tun Razak, telah memberi syarahan kepada anak-anaknya mengenai integriti dan kejujuran apabila mereka meminta agar kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman Perdana Menteri semasa itu.

Bagi Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, integriti dan kejujurannya menjadi lagenda.

UMNO kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 kerana telah mengkhianati prinsip-prinsip integriti dan kejujuran – sejak hari-hari di mana pemimpin UMNO terpaksa menjual rumah sendiri untuk membiayai aktiviti UMNO hingga era di mana para pemimpin UMNO membina rumah-rumah mewah dengan keuntungan daripada penyalagunaan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat yang diberikan kepada mereka, menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global.

Skandal 1MDB tidak akan pernah berlaku di bawah pengawasan Tunku, Tun Razak atau Tun Hussein Onn.

Inilah sebabnya dalam kenyataan bersama mereka baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengatakan bahawa mereka telah memberi mandat kepada Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mendapatkan sokongan dari kalangan ahli-ahli Parlimen kerajaan dengan syarat mereka bukanlah kleptokrat terutamanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Kini, ada nama ketiga untuk ditambahkan pada duo ini.

Selain daripada persoalan sama ada UMNO mampu untuk kembali kepada era penubuhannya, di mana para Presiden UMNO dikenali dengan integriti dan kejujuran, terdapat satu masalah lagi di mana pemimpin UMNO yang kleptokratik menjadi musuh terburuk orang Melayu.

Adakah Razaleigh akan bersetuju bahawa pemimpin UMNO kleptokrat telah menjadi musuh terburuk orang Melayu?

Sudah berapa kali Razaleigh bersuara menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kleptokrat UMNO atas kepentingan peribadi kononnya untuk melindungi dan memajukan kepentingan dan hak orang Melayu?

Sekiranya dasar-dasar politik dan hegemoni Melayu yang diamalkan sejak 50 tahun yang lalu berjaya untuk mengangkat tahap kehidupan orang Melayu, orang Melayu kebanyakkan tidak akan menjadi sebegitu miskin dan berasa tidak selamat seperti hari ini sehingga Khoo Boo Teik, seorang profesor bersara yang menulis untuk Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS , sebuah badan pemikir di National University of Singapore, dapat menulis artikel sepanjang 19 halaman yang berjudul “Politik Melayu: Keadaan tidak Menentu, Masalah yang berterusan”.

Tetapi kegagalan terbesar pemimpin UMNO kleptokrat bukan sahaja pada kegagalan mereka untuk menyedari yang Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk, seperti yang disedari oleh generasi pemimpin UMNO terdahulu seperti yang dilihat melalui visi Malaysia yang dinyatakan dalam Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963, Rukun Negara 1970 dan Wawasan 2020 pada tahun 1991, tetapi apabila mereka menghidupkan kempen pembohongan, fitnah, dan berita palsu yang keji dan bersifat perkauman untuk memfitnah DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja dan meracuni pemikiran orang Melayu bahawa hak mereka, kedudukan, dan masa hadapan mereka diancam oleh DAP.

Lebih dari setengah abad yang lalu sekitar tahun 1969, saya ditanya apa yang DAP perjuangkan dan saya menerangkannya dalam tujuh perkara:

(i) Bahawa Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum, dengan kepelbagaian bahasa dan budaya dan bahawa negara Malaysia yang berdaya maju hanya dapat dibentuk jika semua kaum dan kumpulan di negara ini diberi kepentingan yang sama di bawah langit yang sama.

(ii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, keganasan dan ideologi yang berteraskan paksaan, seperti yang disokong oleh Parti Komunis Malaya, hanya akan menyebabkan perpecahan negara kerana ia akan cepat menjunam menjadi konflik antara kaum. Kekerasan dan keganasan dalam segala bentuk mesti ditolak.

(iii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, jika ada kumpulan kaum yang merasa mundur, baik dari segi pendidikan, ekonomi, budaya, bahasa atau politik, maka permusuhan antara kaum akan wujud. Setiap usaha mesti dilakukan untuk menghilangkan ketidakseimbangan antara kaum dan kumpulan ini.

(iv) Kemiskinan bukanlah masalah komunal. Ia adalah masalah sosio-ekonomi dan menganggap kemiskinan sebagai masalah perkauman hanya akan meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

(v) Bahawa sosialisme demokratik mampu merapatkan jurang antara mereka yang kaya dan miskin tanpa mengira kaum.

(vi) Membentuk pentadbiran yang bersih, jujur, cekap, dan berkesan.

(vii) Bahawa hanya demokrasi berparlimen yang dapat mencegah pertembungan antara kaum. Sebarang bentuk pemerintahan yang lain boleh menimbulkan rasa syak wasangka antara kaum.

(viii) Komunisme itu tidak kondusif dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

DAP tidak pernah lari dengan prinsip dan objektif asasnya ini, namun pemimpin UMNO telah berubah daripada sekumpulan pemimpin yang jujur dan tidak korup menjadi pemimpin kleptokrat menjunamkan Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global dengan 1MDB dan pelbagai skandal rasuah.

Selepas enam dekad, Malaysia telah hilang arah. Daripada menjadi negara hebat bertaraf dunia, kita berada dalam arah menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal.

Adakah Razaleigh bersetuju bahawa kita memerlukan konsensus nasional baru untuk mengembalikan Malaysia ke jalan negara hebat bertaraf dunia dan menyelamatkannya dari nasib dan kejian sebagai sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Jumaat, 25 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.