Malaysian Diaspora worldwide should participate in drawing up the new national consensus to make Malaysia a world-class great nation – highlight factors why Malaysians abroad realise the ambitions they can’t achieve at home


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Columnist Mariam Mokhtar recently wrote an article entitled: “Malaysians abroad realise their ambitions they can’t achieve at home”.

She wrote:

“Last week, many articles were published about Malaysians abroad who excelled in their particular fields. Penang teenager Celine Chung wanted to play football and is now training with the U-17 Bayern Munich women’s team. Alor Star’s Jocelyn Yow has become the youngest mayor of a small town in California, and 60-year-old Sam Lim, formerly of Muar, has won an award as the best policeman of the year in Western Australia.

“The nationalist cybertroopers were out in full force. One said, ‘Good riddance. Hope more pendatangs leave.’

“Perhaps these nationalists need a lesson in what makes many ‘pendatangs’ more successful than some Malays.

“Success for these ‘pendatang’ came from their personal drive, ambition, tenacity, hard-work, commitment, discipline and dedication to duty.

“Many non-Malays are sidelined and overlooked in Malaysia, despite their patriotism.”

There were many other examples of Malaysians who made a success abroad which they could not do at home, like Penang-born K. Gurunathan, former Rocket editor, who was re-elected mayor of Kapiti Coast in New Zealand

The Malaysian Diaspora worldwide should participate in drawing up the new national consensus to make Malaysia a world-class great nation by highlighting the factors why Malaysians abroad realise the ambitions they can’t achieve at home.

As Mariam said, the 14th General Election gave many Malaysians in the diaspora hope, but 22 months later, they have reconsidered their decision to return.

Undoubtedly, the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin is one of the factors for this change of mind of the Malaysian Diaspora – not just the Sheraton Move, but what he stands for.

Is he a Prime Minister for all Malaysians, regardless of race, religion and region or is he still “Malay first, Malaysian second”?

Muhyiddin said at the virtual World Chinese Economic Summit on Monday that the government will continue to cultivate an ecosystem that enables businesses to thrive and make Malaysia an attractive investment destination.

Malaysia, however, is trailing behind many countries in various fields of human achievement, including conditions which determine the attractiveness of Malaysia as a country of investment.

In the second monthly Bloomberg’s Covid Resilience Ranking released on Monday, Malaysia trailed behind Taiwan (ranked No. 2), Singapore (No. 5), Japan (No.7), South Korea (No. 8), China (No. 9), Vietnam (No.12), Hong Kong (No. 13), Thailand (No. 14) as Malaysia is ranked No. 22, only better than Indonesia (No. 32) and the Philippines (No. 35).

The Covid Resilience Ranking is a snapshot of how the coronavirus pandemic is playing out in 53 major economies right now. By grading their vaccine orders, it also provides a window into how these economies’ fortunes may shift in the future.

It’s not a final verdict, nor could it ever be with imperfections in virus data and the fast pace of the Covid-19 pandemic crisis, which has seen subsequent waves confound places that handled things well the first time around. Circumstance and pure luck also play a role, but are hard to quantify.

However, there are views that Malaysia is less attractive as a country of investment than even Indonesia because like Singapore and Vietnam, Indonesia is politically stable, resourceful, the government is pro-business and they offer economic incentives for businesses.

Is Malaysia losing out to these countries in creating a workforce with technology know-how, political maturity and stability, racial harmony, the rule of law, control of corruption and government effectiveness?

I support the call by a former top civil servant that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, should retract what he said recently about reining in secularism and liberal trends in Malaysia before the damage to our image as an attractive investment centre is too serious to repair.

Malaysia’s political leaders and ministers in the Perikatan Nasional government should understand that they cannot talk about promoting foreign investments and high-tech companies to locate in Malaysia and in the same breath, frighten locals and foreigners by declaring to stamp out secularism and liberals in the country.

In the light of the worldwide adoption of the UN’s Sustainable Development Goals (SDGs), investors will stay away from Malaysia if they regard our tough stance on secularism and liberalism as being non-compliant with the SDG goals.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 23rd December 2020)


Diaspora Malaysia di seluruh dunia harus mengambil bahagian dalam menyusun konsensus nasional baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia — mengetengahkan faktor mengapa rakyat Malaysia berjaya merealisasikan cita-cita mereka di luar negara tetapi tidak di tanah air sendiri

Kolumnis Mariam Mokhtar baru-baru ini menulis sebuah artikel bertajuk: “Rakyat Malaysia di luar negara merealisasikan cita-cita yang tidak dapat dicapai di tanah air sendiri”.

Beliau menulis:

“Minggu lalu, banyak artikel diterbitkan mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang cemerlang dalam bidang yang diceburi mereka. Seorang remaja Pulau Pinang, Celine Chung bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak dan kini beliau berlatih bersama pasukan wanita U-17 Bayern Munich. Jocelyn Yow dari Alor Setar telah menjadi Datuk Bandar termuda di sebuah bandar kecil di California, dan Sam Lim yang berusia 60 tahun, kelahiran Muar, telah diberi pengiktirafan sebagai polis terbaik tahun ini di Australia Barat.

“Tentera siber dengan semangat nasionalis berbondong-bondong keluar. Antaranya berkata, Baguslah. Semoga lebih ramai pendatang berambus.”

“Mungkin golongan nasionalis ini perlu cuba memahami apa yang membuatkan ramai ‘pendatang’ ini dilihat lebih berjaya daripada orang Melayu.

“Kejayaan golongan ‘pendatang’ ini datang daripada semangat, cita-cita, ketabahan, kerja keras, komitmen, disiplin dan dedikasi mereka terhadap tugas.

“Ramai golongan bukan Melayu diketepikan dan diabaikan di Malaysia, walaupun mereka mempunyai semangat patriotisme.”

Terdapat ramai contoh rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara tetapi tidak di tanah air sendiri, seperti anak kelahiran Pulau Pinang K. Gurunathan, yang merupakan bekas editor The Rocket, yang dilantik semula sebagai Datuk Bandar Kapiti Coast di New Zealand.

Diaspora Malaysia di seluruh dunia harus mengambil bahagian dalam menyusun konsensus nasional baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia dengan mengetengahkan faktor mengapa rakyat Malaysia berjaya merealisasikan cita-cita mereka di luar negara tetapi tidak di tanah air sendiri.

Seperti yang dikatakan Mariam, Pilihan Raya Umum ke-14 memberi begitu banyak harapan kepada diaspora Malaysia di seluruh dunia, namun mereka berfikir dua kali untuk kembali ke tanah air selepas 22 bulan kemudian.

Tidak dinafikan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah salah satu faktor perubahan pemikiran Diaspora Malaysia ini — bukan sahaja dengan Langkah Sheraton, tetapi juga mengenai pendiriannya.

Adakah beliau seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan kawan atau masih berjiwa “Melayu dahulu, dan kemudiannya rakyat Malaysia”?

Muhyiddin berkata dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Dunia pada hari Isnin bahawa kerajaan akan terus memupuk ekosistem yang membolehkan perniagaan berkembang maju dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Pun begitu, Malaysia masih ketinggalan di belakang banyak negara dalam pelbagai bidang, termasuk keadaan yang menentukan daya penarik Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Dapatan Bloomberg’s Covid Resilience Ranking yang diterbitkan pada hari Isnin mendapati Malaysia ketinggalan di belakang Taiwan (kedudukan ke-2), Singapura (ke-5), Jepun (ke-7), Korea Selatan (ke-8), China (ke-9) ), Vietnam (ke-12), Hong Kong (ke-13), Thailand (ke-14) di mana Malaysia berada di kedudukan ke-22, meninggalkan Indonesia (di tempat ke-32) dan Filipina (ke-35) dengan hanya beberapa anak tangga.

Covid Resilience Ranking adalah gambaran bagaimana wabak koronavirus berkembang di 53 ekonomi utama dunia. Dengan menilai pesanan vaksin mereka, kajian ini memberi gambaran tentang bagaimana nasib ekonomi-ekonomi ini dapat berubah dalam masa hadapan.

Ini bukanlah suatu pengakhiran, dengan ketidaksempurnaan data virus dan kepantasan krisis pandemik Covid-19 merebak di seluruh dunia, yang telah menyaksikan gelombang susulan yang membuatkan negara-negara yang pada awalnya menangani dengan baik gelombang penularan virus ini menjadi keliru tentang usaha mereka. Keadaan dan nasib juga memainkan berperanan, tetapi faktor tersebut sukar untuk diukur.

Namun, ada pandangan yang berpendapat bahawa Malaysia bukan destinasi yang menarik untuk melabur berbanding Indonesia kerana seperti Singapura dan Vietnam, Indonesia mempunyai kestabilan politik, banyak idea, dilihat sebagai mesra perniagaan dan menawarkan insentif ekonomi untuk perniagaan.

Adakah Malaysia telah tewas dengan negara-negara ini dalam mewujudkan tenaga kerja yang berpengetahuan dalam bidang teknologi, mempunyai kematangan dan kestabilan politik, keharmonian kaum, kedaulatan undang-undang, pembanterasan rasuah dan kelancaran pentadbiran?

Saya menyokong seruan oleh seorang bekas pegawai tinggi kerajaan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, harus menarik semula apa yang diperkatakan beliau baru-baru ini mengenai usaha mengekang aliran sekularisme dan liberal di Malaysia sebelum kerosakan pada imej negara kita sebagai pusat pelaburan yang menarik menjadi terlalu serius untuk dipulihkan.

Pemimpin dan menteri di Malaysia yang kini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional harus memahami bahawa mereka tidak boleh pada satu sudut bercakap tentang usaha menarik minat pelabur asing dan syarikat berteknologi tinggi untuk melabur di Malaysia, tetapi dalam pada masa sama menakutkan penduduk tempatan dan orang luar dengan hasrat untuk membasmi aliran sekularisme dan liberal di negara ini.

Seperti yang disebut dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB, para pelabur akan menjauhkan diri dari Malaysia sekiranya mereka menganggap sikap tegas negara terhadap sekularisme dan liberalisme tidak selari dengan matlamat SDG itu.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 23 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.