(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The call by the Pakatan Harapan (PH) presidential council for a confidence motion on the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, following the Fitch Ratings downgrade on Malaysia’s sovereign credit rating should be supported by all Members of Parliament, including from the Perikatan Nasional government MPs.
The Fitch Ratings downgrade cannot be simply ignored by the government and Parliament as the credibility and legitimacy of Muhyiddin as the eighth Prime Minister and his jumbo-sized Cabinet are at stake and they can only be secured whether by a confidence or no-confidence motion, so that the appellation of the Muhyiddin government as a “backdoor” government can be put to rest.
It will be most unfortunate if after 10 months in power, the Muhyiddin government still dare not allow a confidence or no-confidence motion to be tabled and voted on in Parliament. How long more must Malaysians wait?
A debate and vote on confidence or no-confidence motion is all the more necessary as the Fitch Ratings downgrade comes about one month after the presentation of the 2021 Budget to Parliament by the Finance Minister, Tengku Zafrul Abdul Aziz and is as good as an international vote of no confidence in the 2021 Budget.
Let me ask Muhyiddin why he is so afraid of a confidence motion in Parliament and whether he fears that what happened in the Perak State Assembly last Friday where a confidence motion ended up in the ouster of the Perak Mentri Besar may repeated in Parliament and result in his own ouster as Prime Minister?
Is Muhyiddin’s hold as the eighth Prime Minister so fragile and ephemeral – that after an international vote of no confidence in the Fitch Ratings downgrade, he dared not face a confidence or no-confidence motion in Parliament to redeem himself?
I call for the parliamentary calendar to be adjusted to allow for a confidence or no-confidence motion as a result of Fitch Ratings downgrade to be debated before the final and Third Reading of the 2021 Budget is voted on December 16.
How the parliamentary calendar is to be adjusted to allow for a confidence or no-confidence motion to be tabled and voted on before the final and third reading of the 2021 Budget is be left to both Government and Opposition representatives to work out.
We should not be slavish to the perspectives of rating agencies, as Malaysia and the world are facing “once-in-a-century” Covid-19 pandemic, which has grown increasingly worse despite a year of rampage, claiming nearly 68 million infections and over 1.5 million deaths. The coming months are expected to be worse despite fast work on the development of a Covid-19 vaccine.
Malaysia is facing a serious Covid-19 pandemic third wave as a result of the Sabah state general elections, recording 1,600 Covid-19 cases yesterday/
We are poised to overtake China in the total cumulative of Covid-19 cases before the end of the current parliamentary meeting in the second half of December – which is a shocker as China has a population of 1.4 billion compared to Malaysia’s 32 million
We should have an extraordinary budget in extraordinary times, but unfortunately Tengku Zafrul’s budget is a very ordinary budget in extraordinary times.
While we must be prepared to do extraordinary things in extraordinary times to help vulnerable groups, as well-known Malaysian economist K.S. Jomo has rightly reminded the government, it is no excuse for corruption or abuses of power.
Malaysian economists like Terence Gomez have also warned that Malaysia is squandering the opportunity to restructure the economy to redress the inherent structural imbalances.
Valid and credible criticisms in the Fitch Report should be addressed.
Malaysia must dare to launch long overdue reforms e.g. fiscal consolidation, greater transparency and accountability.
Between the lines of the Fitch Report, one can discern a sharp message that questions the 2021 Budget strategy e.g. the issue of “stimulus“ without reforms or spending your way out of trouble.
The direct implications linked with the downgrade are a) it will affect the cost of borrowing by the government of Malaysia; b) potential investors, both foreign and domestic, will think twice about investing in Malaysia.
We are heading for a bleak outlook with powerful market forces unleashed.
It is noteworthy that while other rating agencies may follow Fitch Rating in the downgrade, there do not appear to be downgrades thus far for other ASEAN countries.
Is Muhyiddin’s kakistocracy capable of much-need painful reforms?
These will be questions that will be raised and debated in a confidence or no-confidence motion as a result of the Fitch Ratings downgrade.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, 8th December 2020)
Takwim Parlimen perlu diubah untuk memberikan ruang untuk membahaskan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri susulan penurunan taraf kredit negara oleh Fitch sebelum Belanjawan 2021 diundi pada 16 Disember
Seruan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya satu usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentangkan patut disokong oleh semua Ahli Parlimen, termasuklah dalam kalangan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, susulan daripada penurunan taraf kredit negara oleh agensi penarafan kredit Fitch.
Penurunan taraf kredit oleh Fitch ini tidak boleh diabaikan sebegitu sahaja oleh kerajaan dan Parlimen memandangkan kredibiliti dan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Kabinet gergasi beliau kini dipersoalkan dan hanya dapat diputuskan melalui satu undi percaya atau undi tidak percaya, supaya gelaran kerajaan pintu belakang yang diberikan kepada kerajaan Muhyiddin ini dapat ditinggalkan.
Amatlah malang sekiranya selepas 10 bulan berkuasa kerajaan Muhyiddin masih tidak berani untuk berhadapan dengan usul percaya atau usul tidak percaya untuk dibentangkan dan diundi di Parlimen. Berapa lama lagi rakyat Malaysia perlu menunggu?
Perbahasan dan undian terhadap kepercayaan Ahli Parlimen yang dimiliki oleh kerajaan ini lebih mendesak memandangkan penurunan taraf kredit oleh Fitch ini diterbitkan kira-kira sebulan selepas pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, dan perkara ini boleh dilihat sebagai satu undian tidak percaya daripada komuniti antarabangsa terhadap Belanjawan 2021.
Izinkan saya untuk bertanya kepada Muhyiddin, mengapakah beliau sangat takut untuk berhadapan dengan usul berkenaan kepercayaan terhadap beliau di Parlimen dan sama ada beliau takut kejadian yang berlaku di Perak pada minggu lepas — di mana satu undi kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak berakhir dengan penolakan terhadap Menteri Besar Perak — mungkin berulang di Parlimen dan berakhir dengan penolakan beliau sebagai seorang Perdana Menteri?
Adakah pegangan Muhyiddin terhadap jawatan Perdana Menteri kelapan ini sebegitu rapuh sekali — sehinggakan selepas satu undian tidak percaya komuniti antarabangsa melalui penurunan taraf kredit oleh Fitch, beliau tidak berani untuk berhadapan dengan undian kepercayaan terhadap kepimpinan beliau di Parlimen untuk menebus maruahnya?
Saya menyeru supaya takwim Parlimen untuk dipinda bagi membolehkan satu usul kepercayaan atau usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, susulan daripada penurunan taraf kredit oleh Fitch untuk dibahaskan sebelum bacaan kali ketiga dan terakhir untuk Belanjawan 2021 diundi pada 16 Disember ini.
Bagaimana takwim Parlimen ini patut dipinda untuk memberikan ruang untuk perkara ini patut ditentukan secara bersama oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.
Kita tidak boleh terlalu terikat dengan perspektif badan agensi penarafan, memandangkan Malaysia dan seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak “sekali-dalam-seabad” Covid-19, yang terus meningkat dengan teruk selepas setahun, menjangkiti lebih daripada 68 juta orang dan mengorbankan lebih daripada 1.5 juta nyawa. Bulan yang akan datang ini dijangkakan akan mencatatkan angka yang lebih buruk walaupun kerja-kerja pembangunan vaksin terus berjalan dengan pantas.
Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga wabak Covid-19 yang serius yang berlaku akibat Pilihan Raya Negeri Sabah, mencatatkan 1,600 kes semalam.
Kita dijangka untuk mengatasi kedudukan China dari segi jumlah kes terkumpul sebelum berakhirnya sidang Parlimen semasa pada pertengahan bulan Disember — yang merupakan satu perkara yang mengejutkan memandangkan China mempunyai sejumlah 1.4 bilion penduduk berbanding dengan 32 juta di Malaysia.
Kita sepatutnya mempunyai satu belanjawan yang luar biasa untuk waktu yang luar biasa, malangnya, belanjawan Tengku Zafrul adalah belanjawan yang teramat biasa pada satu waktu yang luar biasa.
Walaupun kita perlu bersedia untuk melakukan perkara-perkara luar biasa pada masa yang luar biasa ini untuk membantu nasib golongan memerlukan, seperti yang diperingkatkan oleh pakar ekonomi Malaysia yang terkenal K.S. Jomo kepada kerajaan, perkara ini bukanlah alasan untuk rasuah atau penyalahgunaan kuasa berleluasa.
Pakar ekonomi seperti Terence Gomez juga telah memberikan amaran yang Malaysia sedang mensia-siakan usaha untuk mengstrukturkan semula ekonomi negara untuk mengatasi ketidakseimbangan struktur ekonomi kita.
Kritikan yang sah dan kredibel dalam Laporan Fitch harus diberi perhatian.
Malaysia perlu bersifat berani untuk menjalankan reformasi yang telah lama tertangguh, iaitu, konsolidasi fiskal dan lebih banyak fokus kepada ketelusan dan akauntabiliti.
Di antara baris-baris laporan ini, terdapat mesej tajam yang mempersoalkan strategi Belanjawan mengenai isu-isu “stimulus” yang tanpa reformasi dan cubaan untuk membelanjakan wang untuk keluar daripada masalah, dan persoalan mengenai kemampanan polisi untuk memberikan bantuan tunai dengan keadaan fiskal yang tidak mengizinkan.
Implikasi langsung yang berkaitan dengan penurunan taraf ini adalah a) ia akan mempengaruhi kos pinjaman oleh kerajaan Malaysia; b) bakal pelabur, asing dan domestik, akan berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia.
Ringkasnya, kita menuju ke arah yang suram apabila berhadapan dengan kuasa pasaran.
Penting untuk diingati bahawa setakat ini tidak ada sebarang penurunan taraf kredit untuk negara-negara ASEAN yang lain.
Adakah kakistokrasi Muhyiddin ini mampu untuk menggerakkan reformasi yang menyakitkan tetapi amat diperlukan ini?
Persoalan-persoalan ini yang akan dibangkitkan dan dibahaskan dalam usul kepercayaan atau usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri susulan daripada penurunan taraf kredit negara kita oleh Fitch.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa 8 Disember 2020)