Where is the “all-of-government” and “whole-of-society” mindset and strategy to fight the third wave of Covid-19 pandemic in Malaysia?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

On Sunday night, the question was whether Tan Sri Muhyiddin Yassin would resign as Prime Minister following the rejection by the Yang di Pertuan Agong of the Cabinet’s advice to declare a state of emergency and suspend Parliament to fight the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia.

Last night, the question was whether the Muhyiddin Yassin backdoor government would fall if the UMNO Supreme Council resolved to pull UMNO out of the Perikatan Nasional government formed after the infamous Sheraton Move plot in February.

All the talk use the language of political reconciliation and national unity, but the action was all about political divisiveness and national polarisation.

It would appear that the Yang di Pertuan Agong’s advice to Malaysians to stop politicking and destabilise the government so that all people, regardless of background and particular ideology, could set aside their differences and disagreements and unite as one against the Covid-19 pandemic and that of the Malay Rulers to translate the principles of constitutional monarchy and parliamentary democracy into a culture of governance to ensure justice and curtail any abuse of power had fallen on deaf ears.

Where is the “all-of-government” and “whole-of-society” mindset to fight the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia, which is the nub of the message from the advice of the Yang di Pertuan Agong and the Malay Rulers on Sunday?

Yesterday, one online news website blared the headline “Spain declares virus emergency as global cases soar” as if to lament “an opportunity lost” for the failure to declare a state of emergency and suspend Parliament in Malaysia.

But has Malaysia become a Spain in the Covid-19 pandemic?

Spain is the first European nation to pass the bleak milestone of one million cases and has now been joined and overtaken by France.

France is now the world’s top fifth country in Covid-19 infections, with 1,165,278 cases with 35,018 fatalities , while Spain ranks No. 6 with 1,156,498 infections and 35,031 fatalities.

United Kingdom ranks No. 9 in the world with 894,690 Covid-19 cases and 44,998 fatalities while Italy ranks No. 14 with 542,789 cases and 37,479 fatalities.

Four days ago, Spain set a new national record of daily increase of Covid-19 infections to reach 20,986 cases – which was almost Malaysia’s cumulative total of 27,805 cases after nine months and three waves of the Covid-19 pandemic.

Spain has 24,732 Covid-19 cases and 536 fatalities per million of population as compared to Malaysia’s 856 Covid-19 cases and 7 fatalities per million of population.

On Sunday night, Spain declared a state of emergency and the government ordered a nationwide curfew that will limit Spaniards’ movement between 11 p.m. and 6 a.m., except in the Canary Islands, where there are fewer new cases. The new emergency powers also mean regional officials can impose harsher restrictions on movement between areas and limit gatherings to six people.

The Covid-19 pandemic situation in Malaysia is serious and alarming, but we must bring it under control – but definitely we not in the league of Spain or the top 20 countries with Covid-19 infections, led by the United States, India, Brazil and Russia.

In the last 24 hours, Malaysia’s ranking in the world have worsened from No. 88 to 86th, beating North Macedonia and Australia.

We must not deteriorate further, in fact, we must strive to be better than Thailand, which is ranked No. 146 in the world with most Covid-19 infections, with 3,743 cases and 59 fatalities – representing 54 cases and 0.8 fatalities per million of population.

But the most important difference is that Spain’s state of emergency does not involve the suspension of the Spanish Parliament. In fact, it would be the Spanish Parliament which would decide whether the decree of a state of emergency would be extended beyond 14 days!

In Malaysia, however, the intention is to suspend Parliament rather than to impose an emergency!

We have wasted two days and should not waste any more time to focus and forge an “all-of-government” and “whole-of-society” mindset and approach in the war against the third wave of the Covid-19 pandemic Malaysia.

It is heart-breaking that Malaysia had registered a second four-digit daily increase yesterday – 1,240 cases although not in the Spanish league of daily increase of 20,000 cases or that of United States which recorded more than 84,000 new Covid-19 cases last Friday.

We will be doing a disservice to the frontliners who risked their health and lives to combat the Covid-19 pandemic if we further delay and fail to forge a “all-of-government” and “whole-of-society” mindset and approach in the fight against Covid-19 pandemic.

We must start immediately and now.

Are we going to have an “all-of-government” and “whole-of-society” mindset and strategy to fight the third wave of Covid-19 pandemic in Malaysia?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, October 27, 2020)

==========================

Di manakah pemikiran dan strategi melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk memerangi gelombang ketiga pandemi Covid-19 di Malaysia?

Pada malam Ahad, persoalannya adalah sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan penolakan Yang di Pertuan Agong terhadap cadangan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen bagi memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia.

Malam semalam, persoalannya bertukar kepada adakah pemerintahan pintu belakang Muhyiddin Yassin ini akan tumbang sekiranya Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menarik keluar UMNO daripada kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk melalui plot Langkah Sheraton pada bulan Februari lalu.

Semua percakapan menggunakan bahasa politik perdamaian dan perpaduan nasional, tetapi tindakan yang dilihat menunjukkan tanda-tanda politik perpecahan dan polarisasi nasional.

Nampaknya, nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada rakyat Malaysia untuk berhenti berpolitik dan menggugat kestabilan kerajaan supaya semua orang, tanpa mengira latar belakang dan ideologi, dapat mengetepikan perbezaan dan perselisihan mereka dan bersatu sebagai satu dalam memerangi wabak Covid-19 dan nasihat Raja-raja Melayu untuk menerjemahkan prinsip-prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen menjadi budaya pentadbiran untuk memastikan keadilan dan membendung sebarang penyalahgunaan kuasa tidak diendahkan.

Di manakah pemikiran pemikiran melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia, yang merupakan intipati pesanan Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada hari Ahad lepas?

Semalam, satu laman web berita dalam talian mengeluarkan berita “Sepanyol mengisytiharkan darurat virus semasa kes global melambung tinggi” seolah-olah meratapi “peluang yang hilang” atas kegagalan mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen di Malaysia.

Tetapi adakah Malaysia telah menjadi seperti Sepanyol dalam wabak Covid-19?

Sepanyol adalah negara Eropah pertama yang berjaya mencapai satu juta kes dan kini telah disertai dan didahului oleh Perancis.

Perancis kini menjadi negara kelima teratas di dunia dengan jangkitan Covid-19, dengan 1,165,278 kes dan 35,018 kematian, sementara Sepanyol berada di tangga ke-6 dengan 1,156,498 jangkitan dan 35,031 kematian.

United Kingdom menduduki tempat ke-9 di dunia dengan 894,690 kes Covid-19 dan 44,998 kematian manakala Itali berada di tempat ke-14 dengan 542,789 kes dan 37,479 kematian.

Empat hari yang lalu, Sepanyol mencatatkan rekod baharu dengan peningkatan harian jangkitan Covid-19 mencapai 20,986 kes – yang hampir dengan jumlah terkumpul 27,805 kes yang dicatatkan di Malaysia selepas berhadapan dengan sembilan bulan dan tiga gelombang wabak Covid-19.

Sepanyol mempunyai 24,732 kes Covid-19 dan 536 kematian per sejuta penduduk berbanding 856 kes Covid-19 dan 7 kematian per sejuta penduduk di Malaysia.

Pada malam Ahad, Sepanyol mengisytiharkan keadaan darurat dan kerajaannya telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara yang akan mengehadkan pergerakan di antara pukul 11 malam sehingga 6 pagi, kecuali di Kepulauan Canary, di mana hanya terdapat sedikit kes baharu. Kuasa darurat yang baru ini juga bermaksud pegawai berkuasa tempatan boleh mengenakan sekatan yang lebih tegas terhadap pergerakan antara kawasan dan menghadkan perhimpunan kepada hanya enam orang.

Situasi wabak Covid-19 di Malaysia adalah serius dan membimbangkan, dan kita perlu mengawalnya — tetapi apa yang pasti, kita masih tidak berada dalam keadaan yang sama seperti Sepanyol atau 20 negara teratas dengan jangkitan Covid-19, yang didahului oleh Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia.

Dalam 24 jam terakhir, kedudukan Malaysia di dunia bertambah sedikit buruk, daripada kedudukan ke-88 kepada kedudukan ke-86, mengatasi Macedonia Utara dan Australia.

Kita tidak boleh terus merosot, malah, kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik daripada Thailand, yang berada di kedudukan ke-146 di dunia dari jumlah jangkitan Covid-19, dengan 3,743 kes dan 59 kematian – kira-kira 54 kes dan 0.8 kematian per sejuta penduduk.

Namun, perbezaan yang paling penting adalah bahawa keadaan darurat di Sepanyol tidak melibatkan penggantungan Parlimen Sepanyol. Malah, Parlimen Sepanyol sendiri akan memutuskan sama ada darurat akan dilanjutkan melebihi 14 hari!

Bagaimanapun, di Malaysia, tujuan darurat adalah untuk menggantung Parlimen daripada dan bukannya melaksanakan perintah darurat!

Kita telah membazirkan dua hari dan tidak boleh membazir masa lagi daripada untuk fokus dan menumpukan perhatian kepada pemikiran dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

Amat memilukan melihat negara kita mencatatkan peningkatan harian empat angka buat kali kedua semalam – dengan 1,240 kes walaupun tidak seperti keadaan di Sepanyol dengan peningkatan harian sebanyak 20,000 kes atau Amerika Syarikat yang mencatatkan lebih daripada 84,000 kes Covid-19 baharu pada hari Jumaat lepas.

Kita hanya akan mensia-siakan usaha para petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan nyawa mereka untuk memerangi wabak Covid-19 ini jika kita terus berlengah dan gagal membentuk pemikiran dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam memerangi wabak Covid-19 ini.

Kita mesti bermula dengan segera dan sekarang.

Apakah kita akan mendapat pemikiran dan strategi melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa, 27 Oktober 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Tuesday, 27 October 2020 - 3:55 pm

    They are investigating Ronnie Liu for FB posting about protest against their King in Thailand. We have Orwellian thought police in this country..The Deep State is real.

    At least we know demonising DAP and its top leader(s) is alive and well – “Semua Salah DAP/LKS/LGE” is alive and well, no matter the pandemic and corruption destroying us all.

    Tony Pua is right to reject any Government with Najib can go to hell, the only problem is we will have a Govt with Najib in it and we will go to hell..

You must be logged in to post a comment.