Muhyiddin must have attracted record viewership in his live Facebook address yesterday, but it was the worst live speech he had made since becoming “backdoor” Prime Minister on March 1


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin must have attracted record viewership in his live Facebook address yesterday, but it was the worst live speech he had made since becoming “backdoor” Prime Minister on March 1.

Adverse, anxious and angry reactions were immediate on the social media when he referred to himself as “Abah” and jokingly threatened to “use the cane” if people won’t comply with the government’s SOP to curb the disease – as it was as plain as day that he was guilty of “double standards” while proclaiming that there would be “no double standards” over the Covid-19 SOP.

Public anger was palpable as a one-year told child was reported dead from Covid-19, the youngest to die from the outbreak in the country.

I agree with the Director-General of Health, Dr. Noor Hisham Abdullah that Malaysians should not let frontliners’ efforts go to waste and come together to fight the common enemy rather than “continue to cry over the spilled milk over and over again”.

But what is done about the “spilled milk” is a gauge as to whether the government is going to learn from its mistakes and begin to deal with its trust deficit in the country and start to be inspirational examples to unite all Malaysians in an all-out war against the Covid-19 virus.

It is a blessing that we do not have a Donald Trump as Prime Minister, who staged a reckless departure from Walter Reed National Military Medical Center yesterday, telling his followers the virus that dangerously deprived him of oxygen and hospitalized him for 72 hours was nothing to fear before peeling off his mask on the White House balcony. This has led one correspondent to comment: “Not only did he (Trump) not fear Covid-19, but he didn’t fear passing it on everyone in his vicinity. That’s not bravery, it’s sociopathy.”

It is somewhat tragic that the only person in the government whom the people trust on the Covid-19 issue is the Health Director-General, who had to soldier on to conduct live press conference from home while under quarantine – as the Health Minister had delivered a self knockout with his unimaginable utterings after being sworn in as Minister in March.

Noor Hisham wrote in his Facebook:

“Where do we want to be? We need to decide either to come together, be united and be stronger to fight the common enemy or continue to cry over the spilled milk over and over again when the numbers are increasing. Our frontliners are already on the ground with their sweat and tears.”

Dr Noor Hisham also noted that as Malaysia enters its 10th month since the first Covid-19 case was registered here, “controlling large-scale community transmission is the country’s top priority”.

“We need strong solidarity and unity, together we can better fight against this common enemy.”

Noor Hisham is right, especially at a time when there is an exponential surge of Covid-19 cases nationwide, with the country recording a new record-high of 691 cases yesterday, bringing the country to 2,936 Covid-19 patients under treatment – the worst level since April 5, when there were 2,595 active cases.

But Malaysians have a right to expect better performances from our Ministers, although the Cabinet has now been immobilized by Covid-19 pandemic.

Muhyidden must impress on his Ministers the urgency to restore public trust and confidence in the war against Covid-19 virus and government leaders must stop exhorting the people to comply with the Covid-19 SOP while they themselves are not prepared to comply.

As a first step, Muhyiddin should ensure that the Chief Minister and Mentri-Menteri Besar of Pakatan Harapan states of Penang, Selangor and Negri Sembilan are not excluded in the next meeting of the National Security Council meeting on Covid-19!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, October 7, 2020)

=========================

Muhyiddin pastinya telah berjaya menarik jumlah penonton tertinggi dalam Perutusan Khas melalui Facebook beliau semalam, tetapi perutusan beliau semalam adalah perutusan terburuk yang pernah beliau buat sejak menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” pada 1 Mac

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya berjaya menarik jumlah penonton tertinggi dalam Perutusan Khas melalui Facebook beliau semalam, tetapi perutusan beliau semalam adalah perutusan terburuk yang pernah beliau buat sejak menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” pada 1 Mac.

Reaksi negatif, cemas, dan marah membanjiri media sosial selepas beliau menggelarkan diri beliau sebagai “Abah” dan secara berseloroh mengugut untuk “menggunakan rotan” jika rakyat tidak mematuhi SOP kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 — kerana rakyat dapat melihat dengan jelas, layanan berbeza yang diamalkan kerajaan beliau dalam melaksanakan SOP ini sedangkan beliau baru sahaja mendakwa yang kerajaan tidak memberikan layanan berbeza kepada mana-mana orang.

Kemarahan rakyat ini dapat difahami, memandangkan seorang kanak-kanak yang berusia setahun baru sahaja dilaporkan menjadi korban terkini wabak ini, mangsa termuda Covid-19 dalam negara kita.

Saya bersetuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, yang rakyat Malaysia tidak boleh mensia-siakan usaha para petugas barisan hadapan dan kita semua harus bersatu padu untuk melawan wabak ini dan tidak terus “menangisi nasi yang telah menjadi bubur”.

Tetapi apa yang dilakukan terhadap “bubur” ini akan menjadi kayu ukur terhadap kesediaan kerajaan untuk belajar daripada kesilapannya dan mula menguruskan defisit kepercayaan yang dihadapi mereka dalam negara serta menjadi tauladan yang baik untuk menyatu padukan rakyat dalam melawan wabak Covid-19.

Syukurlah kita tidak mempunyai Donald Trump sebagai Perdana Menteri kita. Beliau telah meninggalkan Pusat Rawatan Ketenteraan Walter Reed semalam, memberitahu para pengikut beliau yang virus — yang telah menyekat pernafasan beliau dan memerlukan beliau dihospitalkan selama 72 jam — ini tidak perlu ditakuti sebelum mencabut topeng muka beliau di balkoni White House. Perkara ini telah membuatkan seorang wartawan mengatakan: “Bukan sahaja beliau tidak takut dengan Covid-19, tetapi beliau tidak takut untuk menyebarkannya kepada orang lain di sekitar beliau. Ini bukan keberanian, ini adalah sosiopati.”

Agak tragik apabila satu-satunya orang yang dipercayai ramai dalam kerajaan berkenaan dengan isu Covid-19 ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan, yang terpaksa terus menjalankan tugas beliau dan melakukan sidang media secara langsung daripada rumah beliau semasa menjalani kuarantin — memandangkan Menteri Kesihatan kita telah memusnahkan kredibiliti beliau sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai menteri pada bulan Mac lalu.

Noor Hisham menulis di Facebook, diterjemahkan:

“Di manakah kita mahu berada? Kita perlu memilih, sama ada kita mahu bersama, bersatu padu, dan menjadi lebih kuat untuk melawan musuh bersama kita, ataupun untuk terus berterusan menangisi susu yang telah pun tumpah sedangkan angkanya terus meningkat. Para petugas barisan hadapan kita telah berada di lapangan, dengan keringat dan air mata.”

Dr Noor Hisham juga telah mengatakan, dalam Malaysia memasuki bulan kesepuluh sejak kes pertama Covid-19 dicatatkan, “mengawal penularan berskala besar dalam komuniti menjadi keutamaan semasa negara”.

“Kita perlukan semangat solidariti dan perpaduan yang kuat, bersama, kita boleh melawan musuh ini.”

Noor Hisham tepat, terutamanya semasa negara kita berhadapan dengan peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh negara, dengan negara kita mencatatkan rekod baharu 691 kes semalam, membawa jumlah kes aktif di dalam negara kepada 2,936 kes — keadaan terburuk sejak 5 April di mana kita berhadapan dengan 2,595 kes aktif.

Tetapi, rakyat Malaysia berhak untuk menuntut prestasi yang lebih baik daripada para menteri kita, walaupun Kabinet kini telah dilumpuhkan oleh wabak ini.

Muhyiddin harus menggerakkan menteri beliau untuk segera mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan untuk melawan virus Covid-19 dan pemimpin kerajaan harus berhenti berhenti mengamalkan sikap menasihati rakyat mematuhi SOP Covid-19 sambil melanggarinya.

Sebagai langkah pertama, Muhyiddin perlu memastikan Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar daripada negeri-negeri Pakatan Harapan, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan tidak dikecualikan lagi dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 yang akan datang!

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 7 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.