Why is the Muhyiddin government continuing to undermine public confidence and trust which detract from efforts to unite all Malaysians in an all-out-war against the Covid-19 pandemic?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

When I wrote in my media statement on March 20, 2020, that “Global news about the Covid-19 pandemic continues to be bleak and ominous”, nobody had expected that after more than six months, global news about the Covid-19 pandemic would be many times more bleak and ominous.

At that time, Italy reached a new milestone when its deaths linked to the virus soared to 3,405, exceeding the toll of 3,248 deaths in China, where the virus first broke out.

The spread of Covid-19 in Italy had been swift and terrifying, even after the country imposed strict limits on people’s movements. As the death toll rose, traditional funeral services were outlawed as part of the national restrictions against gatherings.

On March 20, Italy tallied 902 deaths in the previous two days alone – at that time an unimaginable figure. Italy had at the time a cumulative total of 41,035 coronavirus cases, while China had 80,996 cases and the world cumulative total of Covid-19 cases stood at 234,130.

More than six months later, these figures are nothing compared to the astronomical numbers both in cases and deaths which are being chalked up by some countries.

The global cumulative total of Covid-19 infection now exceed 35 million cases – or more than 150 times the global cumulative total of Covid-19 infections on March 20 – and the global total fatalities stand at 1,041,823 or more than 114 times the global fatalities on March 20, which recorded 9,112 deaths.

In the United States, Covid 19 pandemic infections have recorded over 7.6 million cases and claimed more than 214,000 lives, with daily increase of over 43,000 Covid 19 infections and 739 deaths going by the past week’s average.

These are awesome numbers. How many Covid-19 infections and fatalities will be recorded before the Covid-19 pandemic becomes history?

Although Malaysia has done comparatively well in the international arena in the invisible war against Covid-19, having receded from top 18th country in the world to No.96 in terms of having the most number of Covid-19 confirmed cases and the ranking of No. 33 to No. 101 in terms Covid-19 deaths, we must not take things for granted.

It is most ironic that the three world leaders who mocked the gravity of the coronavirus pandemic are leading the three countries which top the world in the number of daily Covid-19 confirmed deaths, viz President Donald Trump’s United States which is the top No. 1 country with 7.64 million cases and 214,611 fatalities, and he himself and his wife, and several top aides, were just tested positive for Covid-19 presenting the United States with an unprecedented constitutional crisis; President Jair Bolsonaro’s Brazil with over 4.9 million Covid-19 cases and over 146,000 fatalities; and President Lopex Obrador’s Mexico with over 761,000 cases and a death toll of over 79,000 fatalities.

We must however never lose sight of the fact that Malaysia should and could have done better, as there is no reason why we should lag behind Thailand, which has now a cumulative total of 3,590 cases and 59 fatalities, as compared to Malaysia’s cumulative total of 12,381 cases and 127 fatalities – as Thailand as double Malaysia’s population.

This is why Malaysians must ask the Muhyiddin government why it is continuing to undermine public confidence and trust which detract from efforts to unite all Malaysians in an all-out-war against the Covid-19 pandemic?

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yasshin chaired a special National Security Council meeting on Covid 19 on Saturday, but conspicuously missing was the Penang Chief Minister and the Mentri Besars of Selangor and Negri Sembilan.

I asked the Penang Chief Minister Chow Kon Yeow why he did not attend, and he said he was not invited to the special NSC Meeting on Covid 19 last Saturday.

I can still remember the furore and the Chief Secretary to the Government, Zuki Ali, apologising for the exclusion of Pakatan Harapan State leaders from the first special meeting chaired by Muhyiddin after he became the Prime Minister.

Why has the Perikatan Nasional Government decided to play politics again, instead of showing an example of uniting all Malaysians regardless party politics in the face of a third wave of the Covid-19 pandemic?

The outstanding issue for Malaysians remains the mystery as to why a straightforward case like the non-compliance with the Covid-19 quarantine SOP by the Plantation Industries and Commodities Minister should take such an unbelievable length of time, made worse by the police seemingly playing the same record over and over again that the case is undergoing thorough investigation.

I call on the Prime Minister to impress on the Cabinet on Wednesday the importance of restoring public trust and confidence in the war against the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia. Will he and can he do so?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 5th October 2020)

==========================

Mengapakah kerajaan Muhyiddin terus-menerus merendahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya yang akan mengganggu usaha-usaha untuk menyatupadukan rakyat dalam melawan wabak Covid-19?

Semasa saya menulis kenyataan media saya pada 20 Mac 2020 yang “Perkembangan pandemik Covid-19 di peringkat antarabangsa secara terus-menerus menjadi semakin suram dan tidak menyenangkan”, tidak ada sesiapa yang menjangkakan yang perkembangan ini akan bertambah buruk, enam bulan kemudian.

Semasa itu, Itali telah mencatatkan rekod baharu dengan 3,405 kematian akibat Covid-19, mengatasi 3,248 kematian di China di mana virus tersebut mula muncul.

Penularan wabak ini di Itali berlaku pada kadar yang sangat pantas dan mengerikan, walaupun selepas negara tersebut melaksanakan sekatan pergerakan. Dengan peningkatan jumlah kematian, upacara pengebumian tradisional terpaksa diharamkan memandangkan terdapat sekatan daripada sebarang perhimpunan.

Pada 20 Mac, Itali mencatatkan 902 kematian dalam tempoh dua hari sebelum itu sahaja — satu angka yang tidak dapat dibayangkan ketika itu. Pada masa tersebut, Itali mencatatkan sejumlah 41,035 kes terkumpul, manakala China mencatatkan 80,996 kes terkumpul, dan sejumlah 234,130 kes dicatatkan di seluruh dunia.

Lebih daripada enam bulan kemudian, angka ini kelihatan kecil jika dibandingkan dengan angka jangkitan dan kematian semasa yang dicatatkan oleh sesetengah negara.

Jumlah jangkitan terkumpul di seluruh dunia kini melepasi paras 35 juta jangkitan — lebih 150 kali ganda jumlah jangkitan di seluruh dunia pada 20 Mac — manakala wabak ini telah mengorbankan 1,041,823 nyawa di seluruh dunia, lebih dari 114 kali ganda jumlah korban nyawa pada 20 Mac yang mencatatkan 9,112 kematian.

Di Amerika Syarikat, wabak Covid-19 ini telah menjangkiti lebih daripada 7.6 juta orang dan meragut lebih daripada 214,000 nyawa, dengan peningkatan harian lebih daripada 43,000 kes dan 739 kematian sehari mengikut purata minggu lepas.

Angka-angka ini sangatlah besar. Berapa ramaikah lagi yang akan dijangkiti dan menjadi korban sebelum wabak ini akan hanya menjadi sejarah?

Walaupun Malaysia boleh dikatakan sebagai berjaya dalam melawan wabak ini, dengan berjaya mengubah kedudukan negara kita, daripada negara ke-18 dengan jumlah kes tertinggi ke tempat ke-96, dan daripada tempat ke-33 dengan jumlah korban nyawa tertinggi kepada tempat ke-101, kita tidak boleh leka dengan wabak ini.

Apa yang ironinya, tiga pemimpin utama dunia yang tidak mengambil serius mengenai wabak ini kini memimpin ketiga-tiga negara yang mencatatkan kadar kematian tertinggi, mereka adalah, Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang kini berada di tempat pertama dengan 7.46 juta kes dan 214,611 kematian, di mana beliau, isteri beliau, dan beberapa pegawai tinggi beliau didapati positif dengan jangkitan Covid-19; Jair Bolsonaro, Presiden Brazil, yang kini mencatatkan lebih daripada 4.9 juta kes Covid-19 dengan lebih daripada 146,000 kematian; dan Lopex Obrador, Presiden Mexico, yang kini berhadapan dengan 761,000 kes dan lebih daripada 79,000 kematian.

Kita tidak boleh lupa bahawa negara kita sepatutnya berada dalam keadaan yang lebih baik, kerana kita tidak mempunyai sebarang sebab untuk berada di belakang Thailand, yang kini hanya mencatatkan sebanyak 3,590 kes dan 59 kematian — berbanding dengan 12,381 kes positif dan 127 kematian di Malaysia — memandangkan Thailand mempunyai lebih daripada dua kali ganda jumlah penduduk di Malaysia.

Kerana inilah rakyat Malaysia perlu bertanya kepada kerajaan Muhyiddin, mengapakah kerajaan Muhyiddin terus-menerus merendahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya yang akan mengganggu usaha-usaha untuk menyatupadukan rakyat dalam melawan wabak Covid-19?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 pada hari Sabtu lepas, namun begitu, dengan jelas sekali, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan tidak ada dalam mesyuarat ini.

Saya bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengapa beliau tidak menghadiri mesyuarat ini dan beliau menjawab yang beliau tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkaitan Covid-19 ini.

Saya masih lagi ingat kegelisahan yang kemudiannya disusuli dengan permohonan maaf daripada Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali, kerana tidak menjemput pemimpin negeri Pakatan Harapan ke mesyuarat khas pertama yang dipengerusikan oleh Muhyiddin selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Mengapakah kerajaan Perikatan Nasional memutuskan untuk bermain politik lagi, dan bukannya menunjukkan tauladan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira parti politik dalam usaha melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 ini?

Isu berbangkit yang kekal menjadi misteri sehingga hari ini adalah mengapa kes mudah seperti pengingkaran SOP Kuarantin Covid-19 oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi mengambil masa yang amat lama, dengan pihak Polis mengulangi jawapan yang sama, mengatakan kes ini masih dibawah siasatan.

Saya seru Perdana Menteri untuk menekankan kepada Kabinet, mengenai kepentingan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan dalam usaha melawan gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Adakah beliau akan dan mampu berbuat demikian?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 5 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.