Surprising that MACC is surprised that it has a public perception problem about its independence and professionalism


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Today the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) celebrates the 53rd anniversary of its establishment and one of its greatest challenges remains the public confidence problem that it is not independent and unable to discharge its duties professionally without “outside” interference.

What is surprising is that the MACC is surprised that it has a public perception problem about its independence and professionalism, as evidenced by the comments of its Chief Commissioner, Azam Baki.

Evidence of public perception and lack of public confidence that MACC has independence and professionalism are quite galore, but the following ten instances will suffice for clarification by Azam:

1. The absence of the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin himself to grace the 53rd anniversary celebration of MACC.

2. The toppling of the 22-month Pakatan Harapan Government committed to combat corruption and kleptocracy by a backdoor Perikatan Nasional government without these commitments, and even worse, depending on a political party whose top leadership are vying with each other on the number and size of corruption charges in the courts and on the other hand, by another party which believes that it is a religious duty to vote for corrupt leaders provided they are from one’s own faith.

3. The biggest Cabinet in history with the largest number of Ministers and Deputy Ministers and the appointment of politicians to GLCs, GLICS and state-sponsored agencies – setting the country on the trajectory of a kleptocracy and kakistocracy.

4. A Cabinet conflicted by the issues of corruption and kleptocracy – with an MACC trying to co-exist with government leaders who have no commitment to public integrity, to the extent that they do not believe in the existence of a 1MDB scandal, regarded worldwide as one of the biggest financial scandal in the world. Who will swallow who?

5. How can Malaysia become corruption free or have a zero tolerance for corruption when the fragile “backdoor” government can be held to ransom by six MPs who are facing serious corruption charges in the courts?

6. Dismal record to fight corruption and money politics in the recently-held Sabah state general election, especially no action on the report by Bersih against the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin for using corrupt practices in the Sabah election campaign when he (the PM) presented mock cheques for more than RM60 million in Beaufort, Sabah.

7. Inability to resolve the 11-year-old murder of Teoh Beng Hock by MACC officers at the Selangor MACC premises.

8. Failure to prosecute anyone for the five-year RM70 million MARA corruption scandal in Australia.

9. Malaysia joining the international ranks of a “high-risk money laundering destination”.

10. What would Azam expect of Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2020 which would be released next January? Would there be an improvement on the TI CPI 2019, which ranked Malaysia No. 51, with a score of 53, registering a single-year improvement six points for the TI CPI score and 10 placings in TI CPI ranking? Or will there be a “significant decline” if the score is lower than three points?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 1st October 2020)

=======================

Mengejutkan apabila SPRM sendiri terkejut yang badan tersebut mempunyai masalah persepsi awam terhadap kebebasan dan professionalismenya

Hari ini, Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) meraikan ulang tahun ke-53 penubuhan badan tersebut, dan salah satu cabaran utama yang masih membelenggu badan tersebut adalah masalah kekurangan keyakinan awam terhadap kebebasan dan kebolehan badan tersebut untuk melaksanakan tugasnya secara profesional tanpa sebarang gangguan daripada “pihak luar”.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila SPRM sendiri kelihatan terkejut mengenai perkara ini seperti yang dikatakan oleh Pengerusinya, Azam Baki.

Bukti-bukti yang menunjukkan kekurangan keyakinan awam terhadap kebebasan dan kebolehan SPRM untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan profesional ini banyak, tetapi sepuluh perkara berikut sepatutnya memadai untuk menjelaskan perkara ini kepada Azam:

1. Ketiadaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri semasa sambutan ulang tahun ke-53 SPRM ini.

2. Penumbangan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 22 bulan yang komited terhadap usaha-usaha membanteras rasuah dan kleptokrasi oleh sebuah kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional yang tidak berpegang kepada komitmen ini. Malah lebih buruk lagi, kerajaan ini kini bergantung kepada sokongan sebuah parti politik yang mana para pemimpinnya bersaing memegang rekod kesalahan rasuah terbanyak dan sebuah lagi parti politik yang percaya yang seseorang itu perlu dipilih sebagai pemimpin walaupun korup, asalkan mereka percaya kepada agama yang sama.

3. Kabinet terbesar dalam sejarah, dengan jumlah Menteri dan Timbalan Menteri yang paling ramai, berserta dengan pelantikan politik ke dalam syarikat-syarikat (GLC, GLIC) dan agensi-agensi milik kerajaan — meletakkan negara kita ke arah sebuah kakistokrasi.

4. Sebuah Kabinet yang dibelenggu dengan masalah rasuah dan kleptokrasi — dengan sebuah badan SPRM yang cuba untuk wujud bersama dengan pemimpin negara yang tidak mempunyai komitmen terhadap integriti awam, sehingga mereka tidak percaya kepada kewujudan skandal 1MDB yang dilihat di seluruh dunia sebagai skandal kewangan terbesar.

5. Bagaimanakah Malaysia boleh menjadi bebas daripada rasuah dan mempunyai sifar toleransi kepada rasuah, jika kerajaan hari ini boleh diperas ugut sebegitu sahaja oleh enam orang Ahli Parlimen yang sedang berhadapan pertuduhan rasuah yang berat di mahkamah?

6. Rekod memalukan dalam melawan rasuah dan politik wang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru sahaja berlangsung beberapa hari yang lepas. Terutamanya laporan oleh Bersih terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengamalkan perbuatan korup semasa pilihan raya ini dengan menyerahkan cek yang bernilai RM60 juta di Beaufort, Sabah.

7. Kegagalan selepas 11 tahun, untuk menyelesaikan kes pembunuhan Teoh Beng Hock oleh pegawai SPRM di premis SPRM Selangor.

8. Kegagalan untuk mendakwa sebarang pesalah dalam skandal RM70 juta MARA di Australia.

9. Malaysia kini menyertai senarai “destinasi berisiko tinggi pengubahan wang haram”.

10. Apakah jangkaan Azam mengenai kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI-CPI) 2020 yang akan diterbitkan pada bulan Januari tahun hadapan? Adakah akan terdapat penambahbaikan berbanding dengan kedudukan negara kita pada tempat ke-51 dengan markah 53 dalam TI-CPI 2019 — yang mencatatkan peningkatan enam mata dan sepuluh kedudukan berbanding dengan kedudukan tahun sebelumnya? Atau adakah kedudukan tahun depan akan merosot teruk jika markah ini turun lebih daripada tiga mata?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 1 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.