Just as the SOP must be observed if we are to win the war against Covid 19 pandemic, there is a SOP for building a successful Sabah and Malaysia – unity and inclusivity and not poisonous and negative politics of race and religion


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Just as the Standard Operating Procedures (SOP) must be observed if we are to win the war in the Covid 19 pandemic, there is a SOP for building a successful Sabah and Malaysia – unity and inclusivity, and not the poisonous and negative politics of race and religion engendering fake news and lies to create hate and fear in our society.

In the Sabah general election, the Warisan Plus has a manifesto which provides a SOP for a New Sabah where Sabah abandon the reputation as the poorest state in the country 57 after the founding of Malaysia – worse than Kelantan, the poorest state in Peninsular Malaysia – and where the state’s rich natural resources will be used to improve the infrastructure facilities of Sabah and abolish the backwardness of the most remote areas – no need for the Veveonah Mosibins of Sabah to spend 24 hours on a treetop to gain better Internet connectivity to sit for an online exam – instead of enriching the coffers of the corrupt and the powerful and where there is unity and harmony among the various ethnic groups, languages, religions and cultures in the country.

This is why the campaign of Warisan Plus leader Shafie Apdal uses slogans of unity and inclusivity like: “In God Trust, Unite We Must” and “We are here to build a nation not a particular race or religion.”

The objection of the PN-BN-PBS “alliance within an alliance” to this Warisan Plus message of unity and inclusivity as contained in these slogans is proof that the PN-BN-PBS “alliance within an alliance” stands for disunity, exclusivity, intolerance and a most unSabah and un-Malaysian way of life.

The PN-BN-PBS “alliance within an alliance” cannot even agree on who should be Sabah Chief Minister if they win. Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yasin wants Hajiji Noor but UMNO and BN wants Bung Moktar Radin.

Although the Malayan masters of PN-BN-PBS “alliance within the alliance” are working hard on a truce among the contending factions of this alliance on Polling Day on Saturday September 26, the Warisan Plus is clearly leading in Sabah state general election, although the electoral picture is still uncertain as to the electoral outcome.

What is clear is that Warisan Plus is well ahead of PN-BN-PBS “alliance within an alliance” but still short of the 37 seats needed to secure a simple majority in the State Assembly to form the new Sabah state government. But the Warisan Plus is still a distance away from the objective of winning 49 seats to cross the two-thirds majority to bring an effective end to the disgraceful politics of “frogs”.

There are a dozen seats which are a touch-and-go for both Warisan Plus and the Opposition, and every vote must be canvassed for Warisan Plus to form not only the new Sabah state government under Shafi Apdal, but also with a two-thirds majority to wipe out the “political frog” culture in Sabah and Malaysia.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the Sabah general election ceramah at Kg Binaong, Bingkor on Tuesday, September 22, 2020 at 7 pm)

==============================

Seperti mana SOP harus dipatuhi jika kita hendak menang melawan Covid-19, terdapat juga SOP untuk membina Sabah dan Malaysia yang berjaya — perpaduan dan keterangkuman semua, bukannya politik beracun dan negatif yang memperalatkan kaum dan agama

Seperti mana kita mempunyai SOP yang mesti dipatuhi untuk memastikan kita menang melawan wabak Covid-19, terdapat juga SOP yang perlu diikuti jika kita mahu membina sebuah Sabah dan Malaysia yang berjaya — SOP ini berteraskan kepada perpaduan dan keterangkuman semua dan bukannya melalui politik beracun dan negatif yang memperalatkan kaum dan agama melalui penyebaran berita palsu dan penipuan dengan tujuan untuk menyebarkan kebencian dan ketakutan dalam masyarakat kita.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, Warisan Plus mempunyai sebuah manifesto yang menggariskan SOP untuk sebuah Sabah Baharu di mana Sabah tidak akan dikenali lagi sebagai negeri termiskin dalam negara selepas 57 tahun penubuhan Malaysia — satu kedudukan yang lebih teruk berbanding dengan Kelantan yang merupakan negeri termiskin di Semenanjung Malaysia. Di mana hasil-hasil negeri yang kaya ini akan digunakan untuk menambahbaik kemudahan infrastruktur di Sabah untuk menghapuskan kemunduran dalam negeri tersebut dan bukannya untuk menebalkan poket-poket mereka yang korup dan berkuasa. Supaya insiden di mana Veveonah Mosibin terpaksa berada di atas pokok selama 24 jam untuk menduduki peperiksaan di atas talian tidak berulang lagi. Sebuah Sabah di mana masyarakat majmuk dengan pelbagai latar belakang etnik kaum, bahasa, agama, dan budaya hidup bersama dengan aman dan harmoni.

Kerana inilah kempen pemimpin Warisan Plus, Shafie Apdal menggunakan cogan kata yang berteraskan perpaduan dan keterangkuman semua seperti “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti” dan “Marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama”.

Bantahan daripada “gabungan dalam gabungan” PN-BN-PBS terhadap mesej perpaduan yang digunakan oleh Warisan Plus ini menjadi bukti yang mereka membawa mesej perpecahan, pengasingan, dan tidak bertoleransi, satu perkara yang sangat bertentangan dengan gaya hidup di Sabah dan Malaysia.

“Gabungan dalam gabungan” PN-BN-PBS ini masih tidak mampu menentukan siapakah yang akan menjadi Ketua Menteri jika mereka menang. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Hajiji Noor menjadi Ketua Menteri tetapi UMNO dan BN mahukan Bung Moktar Radin.

Sedangkan tuan-tuan Malaya “gabungan dalam gabungan” PN-BN-PBS sedang bertungkus lumus untuk membawa persefahaman di antara pecahan-pecahan dalam gabungan ini sebelum hari pengundian pada 26 September ini, Warisan Plus terus mendahului dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ini, walaupun keputusan PRN ini masih samar-samar.

Apa yang jelas adalah, Warisan Plus jauh mendahului “gabungan dalam gabungan” PN-BN-PBS tetapi masih belum memegang erat 37 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Tetapi, perjalanannya masih lagi panjang untuk Warisan Plus memenangi 49 kerusi bagi mendapatkan majoriti dua-pertiga untuk menghapuskan budaya buruk “politik katak”.

Terdapat berdozen kerusi yang masih perlu dikempeni oleh Warisan Plus dan pihak pembangkang, dan setiap satu undi masih perlu diraih untuk membolehkan Warisan Plus bukan sahaja membentuk kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Shafie Apdal, tetapi untuk mendapatkan majoriti dua-pertiga bagi membolehkan budaya politik “katak” dihapuskan sama sekali di Sabah dan Malaysia.

(Ucapan Ceramah Kempen Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kg Binaong, Bingkor pada jam 7 petang, hari Selasa 22 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.