Sabahans will not be able to lift their heads high whether in Malaysia or anywhere in the world if foul-mouthed Bung Moktar unabashedly spitting out four-letter words becomes the Sabah Chief Minister


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Sabah UMNO wants its Chairman, Bung Moktar Radin to be the next Chief Minister of Sabah.

The people of Sabah will not be able to lift their heads high whether in Malaysia or
anywhere in the world if foul-mouthed Bung Moktar Radin unabashedly spitting out four-letter words becomes the Sabah Chief Minister.

Bung Moktar has asked the people of Sabah to give UMNO a chance as UMNO and BN have changed and are committed to a fairer, transparent and trustworthy administration.

Has Sabah UMNO changed without UMNO in Malaysia changing?

How has Sabah UMNO changed when it opposes the slogan “In God We Trust, Unite We Must” slogan of Warisan Plus leader, Shafie Apdal in the Sabah state general election?

In opposing this slogan, Bung is in fact opposing the five principles in Rukun Negara – which is most unfortunate and ironical, as we are presently celebrating the Golden Jubilee of Rukun Negara.

This is why I suggested that the Prime Minister must ask every Cabinet Minister to declare full and unequivocal support of Rukun Negara.

Does Sabah UMNO now stand for a clean and incorruptible government?

Then it must abandon the “Malu Apa Bossku” mentality, and all Sabah UMNO leaders must develop a morality which befits the five principles of Rukun Negara.

If Bung is not prepared to abandon the “Malu Apa Bossku” mentality, condemn the 1MDB scandal, corruption and abuses of power, then what is the change that he is referring to?

Bung is famous for four-letter words in Parliament and utter disrespect for the dignity and role of women in Malaysian society.

Is Bung prepared to apologise for his four-letter words in Parliament and the frequent attacks on the dignity and role of women in Malaysian society in his 21 years in Parliament?

Where in the world has there been a leader of a nation or a state who is so foul-mouthed liberally uttering four-letter words like Bung?

Yes, Sabah UMNO has changed – but it has changed for the worse, not better.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the Likas DAP ceramah for the Sabah state general election on Saturday, 19th September 2020 at 9.30 pm)

============================

Rakyat Sabah akan tertunduk malu sama ada di Malaysia mahupun di mana-mana pun dalam dunia jika Bung Moktar yang bermulut kasar dan kerap menyumpah seranah menjadi Ketua Menteri Sabah

UMNO Sabah mahu pengerusi mereka, Bung Moktar Radin untuk menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRN Sabah.

Rakyat Sabah hanya akan mampu tertunduk malu sama ada di Malaysia mahupun di mana-mana pun dalam dunia jika Bung Moktar yang bermulut kasar dan kerap menyumpah seranah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Bung Moktar telah meminta rakyat Sabah untuk memberikan UMNO peluang lagi, kerana katanya UMNO dan BN telah berubah dan kini komited kepada pentadbiran yang adil, telus, dan boleh dipercayai.

Adakah UMNO Sabah telah berubah bersendirian tanpa UMNO Malaysia?

Bagaimanakah UMNO Sabah ini telah berubah apabila mereka menentang penggunakan slogan “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti” yang digunakan oleh pemimpin Warisan Plus, Shafie Apdal dalam kempen PRN Sabah beliau?

Dalam menentang slogan ini, Bung telah menentang prinsip-prinsip Rukun Negara — satu kejadian yang amat malang di bulan sambutan Jubli Emas Rukun Negara.

Kerana inilah saya telah mencadangkan Perdana menteri untuk meminta semua Menteri Kabinet untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Rukun Negara.

Adakah UMNO Sabah kini mahukan kerajaaan yang bersih dan bebas rasuah?

Jika ya, UMNO Sabah perlu meninggalkan mentaliti “Malu Apa Bossku” dan semua pemimpin UMNO Sabah perlu mempunyai nilai moral yang bertepatan dengan kelima-lima prinsip Rukun Negara.

Jika Bung tidak bersedia untuk meninggalkan mentaliti “Malu Apa Bossku”, mengutuk keras skandal 1MDB, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa, perubahan apakah yang beliau sedang katakan ini?

Bung terkenal dengan perbuatan mengucapkan perkataan jelik empat-huruf di Parlimen dan juga terkenal sebagai seorang yang tidak menghormati maruah dan peranan yang dimainkan oleh wanita dalam masyarakat Malaysia.

Adakah Bung bersedia untuk memohon maaf di atas penggunaan perkataan jelik ini serta di atas perbuatan beliau yang sering merendahkan maruah dan peranan golongan wanita di Malaysia yang dilakukan sepanjang kerjaya beliau di Parlimen selama 21 tahun?

Terdapatkah mana-mana pemimpin dunia yang bermulut kasar seperti Bung, yang mengeluarkan kata-kata jelik sewenang-wenangnya seperti beliau ini?

Benar, UMNO Sabah telah berubah, bukannya berubah kepada yang lebih baik, tetapi berubah menjadi lebih teruk.

(Ucapan Ceramah Kempen Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di ceramah DAP Likas pada jam 9:30 malam, hari Sabtu 19 September 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Sunday, 20 September 2020 - 9:41 pm

    Here is an idea.

    Everytime there is an election, BN comes around and give out goodies, make promises and make threats. What Sabah should is is that when BN breaks enough promises, refuse Sabah’s requests. they should hold state election, every year if they have to. Let’s see how many times PN-BN-MN can keep losing election…

You must be logged in to post a comment.